Posted by Unknown | 0 comments

[BACA NI] Korang Ingat PAS Ini Macam Tuuuutuuut !!!



"PAS kayu! PAS bodoh! PAS jumud! PAS tak releven! PAS purba! PAS khianat! PAS lembap! Ulama' PAS tak betul! Singkir pimpinan ulama' PAS!" 

Mungkin inilah perkataan yang keluar daripada segelintir rakyat Malaysia yang "lupa". Ramai yang mengutuk, mengeji, memperkecilkan serta memperlekehkan PAS serta pimpinan ulama' PAS kini. Anda semua akan malu dengan segala perbuatan, perkataan anda selepas anda baca artikel ini sepenuhnya. Betapa ada perbezaan yang amat besar dengan apa yang dinamakan perjuangan dengan hanya menegakkan keadilan, menjatuhkan kezaliman dengan perjuangan menegakkan Islam. Kerana Islam akan menjamin keseluruhannya termasuklah keadilan, kebebasan dan hak tak lupa apa yang paling penting mentadbir dunia dengan syariat Allah. Fahami artikel ini, fahami PAS. Khas ditujukan kepada lawan mahupun kawan. ;)


------>

Pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat sudah mengeluarkan kenyataan bahawa PR tidak akan terlibat dengan sebarang usaha menggulingkan kerajaan secara demonstrasi jalanan.

PAS bersama dalam hal ini.

Namun, ada sesetengah pihak yang memperlekehkan PAS mengatakan PAS penakut dan tidak berani.

Tuduhan yang sungguh tidak berasas kerana dalam sejarah politik negara, sudah ramai pejuang-pejuang PAS yang ditangkap, diISA, dipenjara, dibelasah malah ada yang dibunuh.

Lihat tragedi Memali, peristiwa berdarah Lubuk Merbau, dan tragedi Samad Gul menyaksikan para ulama PAS dan para pejuangnya dibunuh dengan kejam tanpa pembelaan.

Lihat pula era millenium, siapa yang menjadi benteng hadapan siri-siri demonstrasi BERSIH, kalau bukan petugas-petugas pemuda PAS daripada Unit AMAL yang siap sedia dibelasah, dibelantan dan dipukul FRU.

Sesungguhnya kami para pemuda PAS sudah sebati dengan seruan jihad yang menjadi jalan perjuangan kami dan syahid sebagai cita-cita tertinggi kami.

Kami para pemuda PAS tidak mudah melatah dengan sebarang provokasi murahan.

Kami juga tidak tahan melihat segala penipuan yang berlaku. Kami juga sukar untuk menerima kekalahan disebabkan tipu daya SPR. Kami juga marah dengan putar belit Pengerusi SPR yang menjadi anjing suruhan BN. Kami juga tidak rela melihat calon-calon kami kalah dengan cara pembohongan.

Darah muda kami membuak-buak untuk protes di jalan raya. Unit AMAL kami senantiasa bersiap sedia untuk turun berdemonstrasi. Para pemuda jihad kami pun sudah bersiap siaga untuk syahid!

Namun kami ada ulama yang berpandukan Quran dan Sunnah untuk membimbing perjuangan ini.

Andai hari ini Majlis Syura Ulama PAS memutuskan untuk berjuang secara revolusi di jalan raya dan tiupan semboyan jihad dibunyikan, nescaya ratusan ribu ahli PAS akan turun dan kami akan berada di saff paling hadapan sebagai benteng pertahanan!

AllahuAkbar!

Syarhan Humaizi Abdul Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak.


------->
Siapa yang dah merasa makan peluru hidup di Memali? PAS bukan Sosialis.
Siapa yang diberi kepercayaan berkawal di barisan hadapan setiap kali bertempur dengan FRU? PAS bukan Sosialis.

Tiba2 kanak2 Sosialis gila menjaja PAS takut untuk turut serta meledakkan 'Spring' di Malaysia. Memasak pun ada kaedah, tak akan berjuang tiada kaedah? Main semberono menonong gitu je? Orang muda kita perlu belajar sesuatu dari pepatah Arab:

بين حكمة الشيوخ و حماسة الشباب
"ِAntara bijaksananya orang tua, semangatnya orang muda"

Bagaimana semangat sekali pun orang muda, jangan dilupakan nasihat dan pengalaman orang tua. Itulah antara sebab Allah mengutuskan Nabi SAW pada usia 40 tahun. Untuk mengimbangi semangat pengikut-pengikut baginda yang lebih muda.



Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad


------>
Kenyataan Balas Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terhadap kenyataan Ketua A.M.K

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

1- Saya merujuk kepada ucapan Ketua A.M.K Sdr Shamsul Iskandar Md Akin di Kongres Nasional Keadilan seperti yang disiarkan oleh The Malaysian Insider bertarikh 24 Mei 2013. Berikut adalah kenyataan balas Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

2- Apa ingin saya tegaskan, PAS ialah sebuah gerakan Islam yang tidak akan mengkhianati janji kerana itu adalah akhlak Islam. Sekalipun berlaku salah faham, maka sewajarnya guna saluran yang baik dalam menegur demi menjaga keharmonian dan tidak memberi ruang pada pihak lawan.

3 - PRU -12 adalah sejarah hitam bagi Perak apabila ada di kalangan YB P.K.R sendiri telah lompat parti. Ianya merupakan pengajaran untuk PR di Perak secara umum dan PAS di Perak secara khusus untuk lebih berhati hati dan berwaspada dalam soal pemilihan calon.

4 - PAS bergerak di atas dasar kepentingan Islam tanpa mengkhianati prinsip dan perjuangannya maka tindakan yang dilakukan adalah diteliti dan dikaji. Tindakan oleh AMK ini mencerminkan nilai pemikiran politik AMK masih tidak matang dan mudah untuk pihak lawan memperkotak katikkannya.

6 - Seandainya DAP boleh menghormati segala permuafakatan dalam PR maka selayaknya PKR juga mencontohi nilai budaya politik mereka agar tidak tersasar daripada landasan matlamat sebenar.

7- Apabila Ketua AMK berani memburukkan dan menuding jari kepada Presiden PAS tanpa penjelasan secara rundingan bersama maka ia boleh diertikan sebagai tuduhan melulu. Sikap dan tindakan ini amat sukar diterima oleh para ahli PAS.

Salam persaudaraan dari saya
YB. Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
ADUN Gunong Semanggol
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak


Komen Saya------->
PAS telah lama dalam perjuangan semenjak sebelum kemerdekaan lagi. Berkat perjuangan orang-orang lama serta ulama'-ulama' dululah yang ramai telah pergi meninggalkan kita kini, kerana keikhlasan, usaha serta taqwa merekalah yang telah mengalirkan hikmah dan barokah dalam perjuangan menegakkan Islam di Malaysia. Delegasi ulama' ini perlu kita perkukuhkan lagi. Anda tak tersentuh lagi jika membaca artikel ini saya tak tahu la nak kata apa lagi. 

Siapa kita? Yang baru setahun jagung dalam perjuangan ini, untuk menidakkan segala hasil usaha para amilin, pejuang terdahulu yang telah membela agama serta memperjuangkan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia zaman berzaman. Nak dibandingkan ujian serta penderitaan mereka dengan apa yang kita hadapi sekarang...Allahurabbi, jauh sekali. Mohon muhasabah. Saling hormat menghormati. Kukuhkan barisan serta pakatan kita demi menumbangkan kezaliman serta kemungkaran yang lebih besar iaitu Barisan Nasional. Saya sayang PAS! Saya sayangkan kepimpinan ulama'!

Saya syorkan kepada anda semua baca artikel ini:- 

0 comments: