Posted by
Unknown
|
0
comments
Keberanian Angkatan Tentera Malaysia Yang Dilupakan
Di sini saya sertakan sebahagian kisah pengorbanan sebahagian anggota Angkatan Tentera Malaysia yang tidak mendapat penghargaan sewajarnya daripada masyarakat antarabangsa yang mana telah terlibat dalam salah satu daripada adengan pertempuran yang paling popular di dunia iaitu pertempuran di Pasar Bakhara, Mogadishu di Somalia.
Batalion 19 Rejimen Askar Melayu DiRaja (Mekanis) telah ditempatkan untuk bertugas di Mogadishu mulai 18 Jun 1993. Dalam Perkhidmatan batalion ini dengan UNOSOM, batalion ini telah ditugaskan sebagai Pasukan Atur Cepat UNOSOM. Pada 3 dan 4 Oktober 1993, Pasukan Petugas US Ranger dan Delta Force (unit elit dan komando khas US Army) melakukan operasi untuk menawan beberapa konco kanan Mohamed Farrah Aidit.
Malangnya operasi ini menghadapi masalah. Pasukan tentera tersebut terperangkap. Terdesak, tentera Amerika Syarikat meminta bantuan UNOSOM dan 19 RAMD untuk memberikan bantuan meyelamatkan anggota Tentera Amerika yang terperangkap.
Tentera Amerika Syarikat mahu menggunakan Kenderaan Perisai Radpanzer Condor milik 19 RAMD dan tidak mahukan bantuan askar 19 RAMD . 19 RAMD enggan menyerahkan Radpanzer Condor kepada Tentera Amerika, dan akhirnya satu kompromi dicapai. 19 RAMD membenarkan anggota tentera Amerika menaiki Condor, tetapi pemandu, komander dan pengendali senjata akan terdiri dari anggota 19 RAMD . 60 orang anggota 19 RAMD terbabit dalam operasi menyelamat askar Amerika Syarikat ketika itu.
Selepas diberi taklimat operasi, pasukan yang diketuai Leftenan Azman bergerak pada jam 11 malam. 16 buah Radpanzer Condo bergerak secara konvoi. Perjalanan ke tempat di mana tentera Amerika berlindung penuh dengan halangan, dan konvoi sering dihujani peluru dan roket.
Mereka terpaksa mengelak periuk api yang ditanam di atas jalan dan tembakan penembak curi dari arah merata tempat menyebabkan pergerakan terganggu. Leftenan Azman memberi arahan dengan tenang semasa menghadapi serangan pemberontak ketika operasi menyelamat menaikkan semangat pasukan.
Akhirnya pada jam 7.45 pagi, 75 Renjer Amerika Syarikat berjaya diselamatkan. Dari 19 RAMD seorang askar telah terbunuh. Prebet Mat Aznan Awang telah terbunuh apabila roket RPG-7 menembusi kompartmen pemandu kereta perisai Kondor yang dipandunya.
Peristiwa ini telah menjadi inspirasi kepada pengeluar filem Amerika untuk menerbitkan sebuah filem berjudul "Black Hawk Down" bagi 'mengenangkan' kembali kegagalan askar-askar mereka dalam operasinya di Mogadishu. Malangnya dalam filem ini tidak ditonjolkan penglibatan anggota 19 RAMD yang telah bersama-sama menyelamatkan askar-askar elit/komando Amerika terbabit !!!
Satu lagi peristiwa yang berlaku di Somalia adalah kejadian yang melibatkan arwah Prebet Aznan dan seorang lagi anggota komando (sekarang pegawai). Pada masa itu,konvoi arwah berhenti di Hunter base dan mempelawa Kolonel Robbani (bersara RSM) dan seorang anggota menyertai mereka. Apabila diserang, hanya komando kita yang melawan dan enggan menyerahkan senjata hinggalah mereka tidak lagi berdaya melawan sambil tidak berhenti henti menyebut "ya Allah', ya Allah."
Sememangnya angkatan komando Malaysia telah diasuh dengan dengan disiplin islam yang tegas. Namun, mereka dibebaskan setelah Jeneral Aboo Samah ketua pemerintah UNOSOM 11,iaitu kompeni ATM yang terlibat memberi amaran, tentera Malaysia akan 'amuk' kubu kuat Jeneral Farah Aidit jika mereka tidak dilepaskan dalam masa 24 jam.
Peristiwa lain, bagaimana keberanian Jeneral Aboo Samah yang cuma diiringi oleh sekumpulan kecil (kalau tak silap seramai 7-10 orang) escort dari komando bertemu empat mata dengan Jeneral Farah Aidit, di kubu kuat Farah Aidit. Cerita komando kita yang kerdil berbanding saiz orang Somalia itu, menguak dan merempuh barisan pengawal Farah Aidit, hebat dan beraninya mereka itu hanya Allah yang tahu.
Kita perlulah bersyukur kerana dikurniakan angkatan tentera yang melindungi tanah berdaulat ini, yang bukan sahaja memiliki keberanian malah iman yang teguh walaupun ada juga sebilangan kecil yang hampeh terlibat dengan penyelewengan dan rasuah. Memang mana-mana institusi pun ada kekurangannya.
Walaupun saya tidak berapa bersetuju kerana negara kita agak rapat dengan US dalam bidang ketenteraan kerana umum telah mengetahui US telah melakukan banyak konspirasi untuk melemahkan umat islam.
Apa-apa pun, sikap anggota tentera kita di Somalia menunjukkan mereka juga masih lagi mempunyai maruah yang tinggi untuk menjatuhkan ego tentera US. Angkatan komando US yang dibangga-baggakan telah diselamatkan oleh sejumlah komando kita yang kerdil, melayu dan yang paling penting islam.
0 comments: