Posted by
Unknown
|
0
comments
Pembongkaran Sejarah Kedatangan Islam Di Nusantara
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan sejarawan Indonesia dan Malaysia, Islam mula sampai ke dalam wilayah Benua Nusantara Melayu setahun selepas RSAW diperintahkan laksana dakwah terbuka yakni pada tahun 617M dan negeri Melayu pertama menerima perundangan Islam adalah Kesultanan Islam Barus yang terletak di pesisir Pantai Barat Pulau Sumatera.
Dipercayai golongan ahlul bait bersama kalangan sahabat RSAW yang mengikuti saudagar tempatan yang berdagang ke Asia Tengah sampai ke sini lalu membentuk kelompok mereka dan menjadi penasihat kepada kaum kerabat diraja serta penguasa tempatan.Penemuan makam-makam pendakwah berketurunan Arab di satu tempat dalam negeri Barus telah didapati telah pun wujud semenjak tahun 625M.
Pihak sejarawan Indonesia dan Malaysia yang membuat penelitian...menyatakan ada kemungkinan..dari sinilah Islam berkembang ke Utara Pulau Sumatera melalui Fansur yang berlokasi di bahagian atas negeri Barus dan tersebar ke Samudera-Pasai (Aceh).Dalam masa yang sama,Islam turut sampai ke Samudera-Pasai melalui terus dari Hadramaut Yaman dan Parsi (Iran).
Penyebaran Islam turut bermula di sini (Barus) menuju ke Selatan Pulau Sumatera melalui Pagar Ruyung Tanah Adat Melayu Minangkabau-tanah lahir kebanyakkan nenek moyang kepada anak Melayu yang menetap di Semenanjung Malaysia.Kerajaan Hindu-Buddha Srivijaya yang terletak di Palembang pula tumbang sekitar tahun 1293M hasil tentangan dari Kesultanan Majapahit yang diislamkan terlebih dahulu daripadanya.
Kesultanan Islam Majapahit diislamkan oleh para pendakwah yang terdiri daripada anak tempatan hasil perkahwinan campur ahlul bait RSAW yang menetap di sana dengan wanita tempatan seperti wali songo dan beberapa ulama dan pendakwah islam yang lain tidak perlu disenarai panjang dalam post kali nie.
Setelah hampir seluruh Pulau Sumatera dan Pulau Jawa diislamkan,Semenanjung Malaysia turut menerima kesan besar dari pengaruh yang berlaku.Hampir semua pintu-pintu masuk di pesisiran Pantai Semenanjung Barat dan Timur didapati menerima kedatangan serta kemasukan gelombang islam.
Hal ini menunjukkan bahawa islam mula tersebar di Asia Tenggara serta di Tanah Melayu lebih awal daripada yang dicatat oleh orientalis barat dan yang terdapat dalam kebanyakan buku teks yang diajar di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Namun yang paling menarik,kajian yang dibuat oleh Dr. Rusydi, seorang ahli arkeologi Indonesia iaitu anak kepada Hamka ke atas Batu Bersurat Kuala Berang sekitar tahun 2001M.Kajian beliau adalah kesinambungan daripada penyelidikan almarhum bapanya berkenaan seorang tokoh paling berjasa dalam pengislaman kerajaan Majapahit dan Srivijaya sebelum jejaknya didapati hilang entah kemana.
Tokoh ini bukan calang-calang orangnya.Beliau ialah seorang ulama yang dikenali sebagai Sayyid Muhammad Khalifah.Beliau dilantik sebagai Mufti Besar bagi Kesultanan Islam Pagar Ruyung dan mengetuai ekspedisi dakwah ke Majapahit membantu Raden Fatah-Pemerintah Kesultanan Bentara-Demak mengislamkan Majapahit.
Setelah Majapahit berjaya diislamkan,Sayyid Muhammad Khalifah telah mengetuai sekali lagi perang sabil ke Palembang untuk mengislamkan Srivijaya dan berjaya.Pada waktu inilah,para peneliti sejarah tidak dapat menemui jejak tokoh misteri ini baik di Pagar Ruyung mahupun di Pulau Jawa.
Namun, Dr. Rusydi telah menyatakan ada kemungkinan tokoh Islam Pagar Ruyung yang dikenali gelaran Sayyid Muhammad Khalifah ini ada kaitan dengan Syariff Muhammad al-Baghdad.Hal ini kerana ada beberapa titik persamaan antara kedua-dua personaliti ini.
Pertama, Sayyid Muhammad Khalifah mula hilang sebaik sahaja Srivijaya diislamkan. Apabila islamnya Palembang,seluruh jajahan takluknya turut bebas merdeka termasuk fo-lo-an (kuala berang) dan didapati tokoh yang bernama Syarif Muhammad al-Baghdadi tiba-tiba muncul di fo-lo-an sebaik bebas dari taklukan Srivijaya yang diislamkan oleh Majapahit.
Kedua, Syarif Muhammad al-Baghdadi yang kononnya, dikatakan menukil sendiri teks perundangan Islam pada batu bersurat Kuala Berang melalui pahatan jari tangannya datang dari Pulau Jawa. Ada versi lain, turut mengatakan beliau datang dari Pagar Ruyung. Ada cerita menyatakan beliau datang dari Baghdad.
Ketiga-tiga sumber lisan ini mempunyai persamaan ketara apabila diperhatikan yang tokoh yang bergelar Sayyid Muhammad Khalifah yang diceritakan turun-temurun oleh kaum kerabat dan keturunannya, sebenarnya berhijrah dari Pagar Ruyung dan Pulau Jawa sebelum dikatakan menuju ke Tanah Melayu.
Maka dapat disimpulkan bahawa, Sayyid Muhammad al-Baghdadi dan Sayyid Muhammad Khalifah adalah orang yang sama iaitu orang yang menulis batu bersurat itu.Kita perlu ingat, mana mungkin wujudnya sebuah perundangan islam yang merangkumi sebahagian besar urusan kehidupan jika tidak terdapatnya sebuah kerajaan islam yang kukuh di kawasan berkenaan.
Oleh itu, islam sebenarnya telah bertapak di Tanah Melayu dan kawasan Asia Tenggara lebih awal daripada yang diuar-uarkan oleh pihak barat.Mereka sengaja melambatkan tarikh sebenar penyebaran islam di sini untuk membutakan mata hati generasi sekarang tentang sejarah bangsa mereka sendiri.Mereka hanya membuatkan supaya generasi sekarang mengagung-agungkan orientalis serta sejarawan mereka serta menutup perkara yang sebenar.
Antara sahabat RSAW yang terkemuka sempat sampai ke Pulau Sumatera adalah Salman al-Farisi dan Saad Abi Waqas. Mereka berdua tidak lama menetap di sini dan didapati jaluran kembara dakwah mereka menelusuri ke India dan China sebelum kembali semula ke pangkuan RSAW.
Tapi,Salman al-Farisi telah meninggalkan warisnya di Kesultanan Islam berkembar Samudera-Pasai. Harus diingat,Samudera-Pasai ketika ini adalah Samudera-Pasai lama dan bukannya di zaman pemerintahan Sultan al-Malikul Salleh.
Maksudnya, ketika ini Samudera-Pasai dikenali sebagai Jeumpa.Jeumpa ini kemudiannya diubah kepada negara kota Perlak.Seterusnya kepada Pasai. Dari sinilah Pasai mengambil-alih Samudera lalu membentuk kerajaan Samudera-Pasai. Dalam sekitar seratus ratus tahun kemudian, kisah al-Malikul Salleh muncul dalam sejarah.
Dalam period ini sahaja, ada pendapat mengatakan tidak kurang 84 orang sahabat RSAW pernah sampai ke barat, utara dan selatan Sumatera termasuk di Jawa.Tapi, pihak sejarawan Indonesia masih meneliti kesahihan tersebut. Namun yang disahkan adalah tiga. Selain daripada Salman al-farisi yang meninggalkan waris menjadi pemerintah Jeumpa di Aceh sekarang, dua lagi adalah Saad Abi Waqas dan Abdul Rahman ibni al-Auf-pernah berdagang sehingga ke negeri Barus.
#maklumat diterima daripada seorang bekas ahli arkeologi Malaysia.
Wallahualam
0 comments: