Posted by
Unknown
|
0
comments
Tanda-tanda Kedatangan Penyelamat Terakhir 3
Ramalan-ramalan Lain di Dalam Atharva Veda
Atharva Veda X, 2, 28: [mengenai Kaabah]
Sama ada ia dibina tinggi, sama ada dindingnya lurus atau tidak, namun Tuhan tetap dilihat di setiap penjurunya. Dia yang mengenali Rumah Tuhan mengenalinya kerana Tuhan diingati di situ.
Kaabah tidak tepat berbentuk segi empat dan sisinya tidak sama panjang. Kaabah terletak di tengah-tengah Masjid Haram yang dibuka sepanjang hari dan malam sepanjang tahun dan sentiasa dipenuhi oleh orang ramai yang berdoa kepada Allah (satu-satunya Tuhan Yang Benar). Umat Islam menghadapkan wajah mereka ke arahnya semasa sembahyang, membentuk suatu bulatan di rumah Suci dan bulatan ini melunjur di seluruh permukaan bumi.
Atahrva Veda X, 2, 31 [mengenai Rumah Suci dan Kaabah]
Tempat tinggal malaikat ini mempunyai lapan bulatan dan sembilan pagar. Ia tidak dapat ditakluki, ia kekal abadi dan ia gemilang dengan cahaya yang Tertinggi.
Masjid Haram yang di tengah-tengahnya terletak Kaabah dibuka siang dan malam sepanjang tahun dan sentiasa dipenuhi oleh orang ramai yang bersembahyang dan berdoa kepada Allah (satu-satunya Tuhan Yang Benar). Ia tidak pernah ditakluki. Abrahah al-Ashram, gabenor Yaman pernah cuba merobohkannya pada tahun 570 M dengan angkatan tentera yang kuat dan sekumpulan gajah-gajah tetapi dihalang daripada memasuki bandar tersebut (kawasan suci). Penduduk Mekah memutuskan untuk tidak mempertahankan Kaabah dan lari meninggalkan bandar itu dan berlindung di bukit-bukit yang berhampiran dengan Kaabah. Dengan perintah Allah, burung ababil telah melemparkan batu kepada tentera Abrahah dan menghancurkannya, meninggalkan mereka bagaikan tanaman yang rosak dimakan ternakan. Peristiwa ini diterangkan di dalam Surah (bab) 105 di dalam Qur'an. Tahun 570 lebih dikenali oleh orang Arab sebagai Tahun Gajah dan Nabi Muhammad dilahirkan pada tahun tersebut.
Dr. Vidyarthi mengetengahkan fakta-fakta berikut. Rumah Tuhan mempunyai sembilan pintu - Baab-e-Ibrahim, Baab-al Widaa, Baab-as-Safa, Baab-e-Ali, Baab-e-Abbas, Baab-un-Nabi, Baab-as-Salaam, Baab-az-Ziyarat dan Baab-e-Haram. Selanjutnya, terdapat lapan bulatan yang merupakan garisan semula jadi yang melingkari kawasan-kawasan di bukit-bukit sekitarnya. Nama bukit-bukit tersebut adalah Jabal-e-Khaleej, Jabal-e-Qaiqaon, Jabal-e-Hindi, Jabal-e-Laalaa, Jabal-e-Keda, Jabal-e-Abu Hadidah, Jabal-e-Abi Qabees dan Jabal-e-Umar.
Atharva Veda X, 2, 33 [mengenai Ibrahim, Masjid Haram dan Kaabah]
Brahma (Abraham/Ibrahim) tinggal di sini yang diterangi oleh cahaya dari langit dan dihujani keberkatan Tuhan. Ia adalah tempat yang memberikan kehidupan (spiritual) kepada manusia dan tidak dapat ditakluki.
Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia tidak pernah ditakluki sehingga ke hari ini seperti yang diceritakan oleh ayat di atas. Banyak ayat-ayat di dalam Qur'an dan Perjanjian Lama, Bible yang menceritakan keberkatan yang dianugerahkan Tuhan ke atas Rumah Suci ini.
Ramalan Di Dalam Sama Veda
Sama Veda mengandungi banyak ramalan-ramalan tentang kebangkitan Nabi Muhammad. Salah satu daripadanya dibentangkan di sini. Di dalam Sama Veda, II:6, 8 kita dapati:
Ahmad menerima undang-undang agama (Syariah) daripada Tuhannya. Undang-undang agama ini penuh dengan kebijaksanaan. Aku menerima cahaya daripadanya seperti menerima cahaya dari mentari.
Nama lain bagi Nabi Muhammad adalah Ahmad (kedua-duanya adalah daripada huruf akar h, m dan d); kedua-dua nama bermakna "yang terpuji" tetapi nama kedua menekannya pada darjah yang lebih tinggi. Qur'an menyatakan bahawa Nabi Isa (Jesus a.s.) menyebut Nabi terakhir sebagai Ahmad.
Ramalan Di Dalam Rig Veda
Rig Veda V, 27, 1
Pemilik kereta kuda, yang benar dan mencintai kebenaran, yang amat bijaksana, berkuasa dan pemurah, Mamah [Muhammad] telah memilihku dengan kata-katanya. Anak kepada yang Maha Berkuasa, yang memiliki semua sifat-sifat yang mulia, yang mengasihani dunia telah menjadi masyhur dengan sepuluh ribu [sahabat].
Ini merujuk kepada sepuluh ribu orang sahabat-sahabat Nabi yang menang semasa pembukaan Mekah dan membersihkan Kaabah daripada berhala dan segala kehinaan.
Ramalan-ramalan Lain Di Dalam Kitab Hindu
Veda mengandungi banyak ramalan mengenai Nabi Muhammad. Beberapa penterjemah Eropah dan Hindu yang menterjemah Veda telah membuang nama yang merujuk kepada Nabi sementara yang lain cuba menerangkan ayat-ayat mengenai peristiwa-peristiwa di dalam kehidupannya, Kaabah, Mekah, Arabia dan peristiwa-peristiwa lain dengan menggunakan terminologi Hindu seperti ritual penyucian, dan tanah dan sungai-sungai di India. Beberapa Mantra mengandungi ramalan-ramalan yang bercampur-baur dengan penjelasan-penjelasan yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada ramalan tersebut.
Beberapa ramalan ditemui di dalam Atharva Veda: (1) XX: 21, Ayat 6, 7 dan 9; (2) XX:137, Ayat 7 - 9; dan (3) X:2, Ayat 26, 27, 28, 29, 30 dan 32. Begitu juga beberapa lagi ramalan ditemui di dalam Rig Veda: (1) VII: 96, Mantra 13 - 16; dan (2) I: 53, ayat 6 dan 9. Akhir sekali, satu ramalan ditemui di dalam Sama Veda III: 10, Ayat 1. Ini hanyalah beberapa contoh daripada banyak ramalan-ramalan. Pembaca yang beri minat untuk merujuk kepada hasil kerja seorang sarjana boleh membaca buku Dr. Vidyarthi bertajuk "Mohammed in World Scriptures", 1990. Buku ini menerangkan terminologi Hindu yang digunakan di dalam Mantra dan makna serta penggunaan perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan tertentu di dalam Veda dan Kitab-kitab Hindu yang lain.
Sebenarnya banyak lagi anekdot tentang nabi-nabi di dalam seluruh kitab-kitab Hindu yang berasal dari suhuf-suhuf nabi terdahulu.Adakah ini cukup meyakinkan bahawa sememangnya Muhammad benar-benar penyelamat yang dijanjikan itu?
Smith: More.
Ok,jika begitu kita lihat siapa Kalki Avatar.
Kalki Avatar
Pundit Vedaprakash Upadhyay, professor beragama Hindu, dalam bukunya yang menghebohkan mengklaim bahwa “Avatar” yang tertera dalam Kitab Suci agama Hindu cocok dengan kepribadian Nabi Muhammad SAW. Di India buku tentang fakta itu telah dipublikasikan. Buku itu menjadi topik hangat diskusi dan isu di dalam negeri. Penulisnya adalah Pundit Vedaprakash Upadhyay yang merupakan seorang Profesor Hindu.
Judul bukunya adalah Kalki Avatar. Pundit Vedaprakash Upadhyay adalah pemeluk Hindu Brahmin berasal dari Bengali. Dia merupakan peneliti di universiti Allahabad. Setelah bertahun-tahun meneliti kitab Veda, Purna and Upnishad dia mempublikasikan bukunya itu dan tidak kurang dari delapan orang pundit terkenal mengakui argumen-argumen yang disodorkannya. Menurut keyakinan Hindu, dunia Hindu sedanmenanti kedatangan “seorang pembimbing sekaligus pemimpin” namanya Kalki Avatar. Diskripsi yang ada dalam teks agama Hindu hanya menerangkan nabi Muhammad SAW dari arab Saudi. Oleh karena itu umat Hindu si seluruh dunia tidak perlu menunggu kedatangan Kalki Avatar (sang Inspirasi) dan harus segera mengimani nabi Muhammad SAW sebagai Kalki Avatar. Ini merupakan fakta yang diakui oleh pundit-pundit terkenal. Apa yang penulis dapat katakan adalah siapapun yang masih menunggu kedatangan Kalki Avatar adalah menyiksa diri. Utusan Allah itu telah datang dan pergi pada empat belas abad yang lalu. Penulisnya mengutip keterangan dari kitab Veda dan Kitab Suci umat Hindu lainnya:
Dalam Purana (kitab Hindu), dinyatakan bahwa Kalki Avatar adalah utusan Tuhan terkahir di dunia. Dia akan menjadi pembimbing bagi seluruh manusia di dunia.
Menurut keyakinan hindu kelahiran Kalki Avatar akan terjadi di sebuah wilayah, yang menurut keyakinan Hindu sendiri adalah di wilayah Arab.
Dalam kitab suci agama Hindu, nama ayah dan ibu Kalki Avatar adalah VISHNUBHAGAT dan SUMANI. Bila dicermati arti dari nama-nama itu kita akan sampai pada kesimpulan yang sangat menarik. VISHNU (artinya Allah) + BHAGAT (artinya Hamba). Hamba Allah = ABDULLAH (dalam bahasa Arab) adalah nama ayah rasulullah.SUMAANI (artinya damai atau ketenangan). Aminah (dalam bahasa Arab berarti Damai) adalah nama ibu rasulullah.
Dalam kitab suci Hindu, disebutkan bahwa makanan pokok Kalki Avatar adalah kurma dan minyak zaitun dan dia merupakan orang paling jujur dan dapat dipercaya dalam agamanya. Tidak diragukan nabi Muhammad SAW memiliki sifat-sifat seperti itu.
Dalam kitab Veda, Kalki Avatar akan terlahir dari sebuah suku terhormat. Kenyataannya nabi Muhammad lahir dari suku terhormat yaitu suku Quraysh.
Tuhan mengajar Kalki Avatar melalui utusan-Nya (malaikat) dalam sebuah gua. Allah mengajarakan nabi Muhammad (SAW) melalui malaikat-Nya, Jibril, dalam gua yang terkenal dengan Gua Hira.
Tuhan akan memberi Kalki Avatar kuda yang larinya kencang sehingga mampu melintasi dunia serta tujuh langit. Inilah yang kita kenal dengan Burraq dan Mi’raj (perjalan malam nabi Muhammad SAW melintasi tujuh langit).
Tuhan akan menyediakan Kalki Avatar pertolongan gaib. Ini terjadi dalam peperangan Uhud.
Satu keterangan luar biasa adalah disebutkan Kalki Avatar akan dilahirkan pada hari keduabelas di suatu bulan. Tepat sekali, nabi Muhammad dilahirkan pada tanggal 12 Rabbiul Awwal (kalender Hijriah).
Kalki Avatar memilki kuda bagus dan merupakan seorang mahir pedang.
Sebagai bonus,penjelasan ini ditambah lagi dengan kajian Pundit tersebut yang juga seorang PAKAR BAHASA SANSKRIT.
Beliau yang ketika itu bertugas di Universiti Prayag, mengatakan Muhammad (s.a.w.) disebut di dalam kitab Veda dan Purana (kitab agama Hindu) dengan empat nama dan gelaran iaitu:
-Narashangsa (The Praised) – Yang Terpuji.
-Antim Rishi (Final Sage) – Utusan Terakhir.
-Kalki Avatar (Sage of the Last Period) – Utusan Akhir Zaman
-Mamaha dan Ahamiddhi (Muhammad) – Muhammad dan Ahmad.
Veda juga menceritakan sifat-sifat utusan akhir zaman ini. Sebagai contoh dalam Atharva-Veda disebutkan:
(1) “He will use camels as his mounts.” (Atharveda 20:127:2) – (Dia menggunakan unta sebagai kenderaannya).
(2) “He will have twelve wives.” (Dia mempunyai 12 orang isteri)
(3) “God will honour Narashangsa with ten garlands.” (Tuhan memuliakannya dengan 10 kalungan di leher)
(4) "He will receive a gift of ten thousand cows.” (Dia menerima anugerah 10,000 ekor lembu)
Maksudnya:
(1) Kenderaan yang digunakan Nabi Muhammad s.a.w. adalah unta. Imam Bukhari berkata, “Anas melaporkan, Nabi memiliki seekor unta yang bernama Adhba’ yang tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun dalam perlumbaan (semasa latihan).”
Keterangan:Unta adalah haiwan yang menjadi identiti di padang pasir Arab.Ia bukan identiti Tanah India.Dewa-dewi Hindu tidak pernah menaiki unta.Pernahkah anda melihat patung-patung dewa Hindu menaiki unta??
(2) Nabi Muhammad s.a.w. memang memiliki 12 orang isteri.
(3) Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai 10 orang sahabat istimewa yang dikenali sebagai ‘sepuluh yang terjamin syurga’.
(4) Dr. Ved Prakash mengatakan perkataan ‘lembu’ adalah metafora yang melambangkan golongan yang baik dan bepekerti mulia. Menurut Dr. Ved Prakash ‘10,000 ekor lembu’ mungkin dikaitkan dengan 10,000 sahabat Nabi yang berjaya menguasai kota Mekah pada tahun ke-8 Hijrah.
*Dalam kitab Shahih Imam Bukhari, dari ANAS katanya: "Aku pernah melihat Rasulullah (Muhammad) menunggang kuda dengan sebilah pedang tergantung di sampingnya."
Teks Hindu menggambarkan Kalki Avatar menaiki kuda putih dan Nabi Muhammad sememangnya mempunyai kuda putih.Malah dalam Injil/Taurat juga diterangkan ramalan tentang orang agung menaiki kuda putih.Lihat keterangan dibawah,
Wahyu 19: 10-18
10.Maka tersungkurlah aku di depan kakinya untuk menyembah dia, tetapi katanya kepadaku : “Janganlah begitu. Aku pun hamba, sama dengan engkau juga dan dengan segala saudaramu yang memegang kesaksian Jesus. Sembahlah Allah, kerana kesaksian Yesus itulah roh nubuat.
11.Maka aku melihat sorga terbuka, lalu ku lihat seekor kuda putih dan ia menungganginya bernama: Yang setia dan yang benar. Ia menghakimi dan berperang dengan adil.
12.Dan matanya bagaikan nyala api dan di atas kepalanya terdapat banyak mahkota dan padanya tertulis suatu nama yang tidak diketahui oleh seorang pun, kecuali ia sendiri.
13.Dan ia memakai jubah yang telah dicelup dalam darah dan namanya disebut ‘Firman Allah’
14.Dan semua pasukan dari sorga mengikuti dia; mereka menunggang kuda putih dan memakai lenan halus yang putih bersih.
15.Dan dari mulutnya keluar sebilah pedang tajam yang akan memukul segala bangsa. Dan ia akan menggembalakan mereka dengan gada besi dan ia akan memeras anggur dalam kilangan anggur, yaitu kegeraman murka Allah, Yang Maha Kuasa.
16.Dan pada jubah-Nya dan paha-Nya tertulis suatu nama yaitu: “Raja segala raja dan tuan diatas tuan”
Keterangan
Makna dari ayat-ayat di atas menunjukkan ciri dan sifat nabi yang akan datang sebagai berikut:
a.menolak untuk disujudi
b.setia kepada hukum dan dapat dipercaya karena selalu benar
c.matanya seperti nyala api dan dikepalanya ada mahkota
d.sebagai Firman Allah yang hidup
e.sebagai raja diatas segala raja dan tuan di atas segala tuan.
-----------------------
KETERANGAN:
• Ayat 10 menerangkan bahwa Yohannes berniat untuk sujud kepadanya , tetapi ia mencegahnya. Yang diisyaratkan ayat ini tak lain adalah Nabi Muhammad saw yang selalu menolak untuk disujudi oleh umatnya. Beliau menegaskan adat sujud menyembah itu berlaku di kalangan non muslim. Ketika Ja’far bin Abu Tholib memimpin rombongan sahabat hijrah ke negara Habsyi, ia menolak untuk sujud kepada Raja negeri itu yang beragama Kristen (Raja Najasyi). Ketika ditanya oleh Raja itu, beliau menjawab bahwa Allah melarang manusia untuk sujud kepada sesama manusia dan yang berhak disujudi hanyalah Allah. Bagaimana dengan Yesus? Ternyata dia tidak menolak jika ada orang yang sujud kepadanya (Lukas 8:41 dan Yohannes 9:38), berarti, nubuat diatas jelas bukan untuk Jesus, melainkan untuk Muhammad.
• Ayat 11 menerangkan, kuda putih yang penunggangnya bernama Yang Setia dan Yang Benar, dengan keadilan ia memutuskan hukum dan mengadakan peperangan. Jesus tidak pernah menunggang kuda putih,melainkan seekor keledai (Zecchariah 9:9, Matius 21:7). Sedangkan Nabi Muhammad selalu menunggang kuda putih. Sebelum beliau menjadi Nabi, gelar beliau adalah “ Al Amin”, artinya “ Yang dapat dipercaya, Yang setia dan Yang benar”. Dalam memutuskan perkara Beliau tidak pernah pandang bulu, dengan keberanian yang luar biasa beliau memimpin peperangan melawan dan menghancurkan kekuatan kaum kafir. Sedangkan Jesus sama sekali tidak pernah mengikuti peperangan, sebab kerajaan Jesus bukan di dunia, melainkan di langit (Yohannes 18:36)
• Ayat 12 mengatakan, matanya seperti nyala api dan di kepalanya banyak mahkota. Nabi Muhammad dalam memimpin peperangan, matanya merah berapi-api dan mampu mengalahkan raja-raja serta merebut singgasananya. Menurut orang Kristen, Jesus tidak pernah berperang sehinggaia tidak bermahkota. Ketika disalib, orang Romawi dan Yahudi memberinya mahkota duri sebagai lambang penghinaan terhadap Jesus.
• Ayat 13 menjelaskan, nabi itu disebut Firman Allah. Mungkin orang akan bertanya: Bukankah Jesus itu Firman Allah?. Memang benar, Jesus adalah Firman Allah demikian juga Muhammad. Firman Allah yang diberikan kepada Muhammad ada tiga macam. Pertama wahyu yang dibacakan oleh Malaikat Jibril (wahyu matlu) yaitu Al Qur’an. Kedua, wahyu yang tidak dibacakan (ghoiru matlu) dan langsung melalui Nabi yaitu hadits dan hadits qudsi.
• Ayat 14, bahwa Nabi Muhammad selalu dikelilingi tentara malaikat yang turun dari Surga
• Ayat 15, bahwa Nabi Muhammad akan menghancurkan kekuatan orang kafir
• Ayat 16 menyebut dia sebagai raja diatas raja dan tuan diatas tuan, sebab nabi Muhammad mampu mengalahkan raja-raja lainnya. Bagaiman Jesus?. Dia tidak pernah berperang dan tidak pernah mengalahkan seorang raja pun?
==============================
Sebagaimana pengakuan kaum kafir Quraisy dalam perang badr. Salah satu Panglima Quraisy saat itu, Abu Sufyan mengaku melihat tentara-tentara berbaju putih bersih, menunggang kuda-kuda putih yang sangat indah ikut berperang di pihak kaum Muslimin. Sebagai ilustrasi, jumlah kaum muslimin yang berangkat berperang adalah 300 orang (disebut ahlu badr), sedang jumlah kaum kafir, sekitar 1000 orang.
Sebagai tambahan lagi
Bagaimana?Veda,Purana dan lain-lain mengesahkan kehadiran Muhammad.
Mahukan lebih lagi bukti?
to be continue...
0 comments: