Posted by
Unknown
|
0
comments
Gempar !!! Keselamatan Malaysia Terancam
Kes kehilangan enjin pesawat F-5E pun belum selesai timbul pula kes lain. Apa kes ni ??? Tetapi kes ini lebih serius. Anggota tentera mengkhianati negara kita, Malaysia yang tercinta ini dengan membocorkan rahsia negara kepada kedutaan asing. Kes ini tidak dijual dengan harga RM 500 ribu tetapi dijual dengan harga nyawa seluruh rakyat Malaysia.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sendiri telah mendedahkan ada kedutaan asing yang memperalatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendapatkan maklumat rahsia negara.Tindakan membocorkan rahsia negara dan usaha mendapatkannya oleh sebuah kedutaan asing adalah jenayah yang serius.
Berdasarkan siasatan Kor Risik ATM, terdapat individu yang diupah oleh kedutaan terbabit yang mengambil peluang berada di negara ini menjalankan kegiatan itu. Maklumat rahsia tersebut sebenarnya tertakluk dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 yang agak longgar sebenarnya. Kebocoran rahsia negara ini pula berlaku ketika proses mengemaskini Akta tersebut sedang dijalankan untuk diperketatkan lagi selepas kes kehilangan enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Apakah tahap kerahsiaan maklumat yang bocor ini tidaklah saya ketahui. Mungkin rahsia atau rahsia besar atau yang paling tinggi iaitu sulit. Memang insiden ini amatlah boleh mengganggu dan menggugat keselamatan kita sebagai rakyat Malaysia.
Mungkin anda tertanya-tanya, kedutaan asing negara manakah yang nak sangat rahsia keselamatan negara kita ni. Seorang wartawan telah menyoal Datuk Seri Dr Zahid Hamidi ketika sidang media kelmarin, " Datuk, kedutaan asing yang cuba mencuri maklumat rahsia negara kita adalah negara serantau atau luar ? "
Anda nak tahu apa jawapannya, " Ermmmmm, jauh sikit kot ". Haaaaa, itulah jawapan yang diberikan oleh Datuk Seri Dr Hamid Hamidi sambil ketawa yang dibuat-buat.Ok, sekarang cuba anda fikir tentang jawapan beliau. Hermmmm, " jauh sikit kot " yer??? Beliau cuba sedaya upaya supaya jawapan yang beliau berikan tidak akan menimbulkan spekulasi tetapi mungkin sudah ada antara anda yang mengagak negara tersebut.
Ayat 'jauh sikit kot' boleh menimbulkan beberapa tanggapan. Pertama, ayat itu bermaksud betul-betul negara luar bukan negara serantau iaitu negara di luar Asia Tenggara. Kedua, negara yang terletak amat hampir dengan negara kita iaitu kawasan Asia Tenggara tetapi dikiaskan dengan ayat jauh sikit kot supaya masyarakat tidak menimbulkan sebarang spekulasi. Ketiga, memang negara tersebut terletak di luar Asia Tenggara tetapi tidak terlalu jauh sehingga ke barat.
Di sini saya membuat beberapa teori tentang beberapa negara yang mungkin telah mencuri rahsia negara kita.
Sememangnya sejak berpisah daripada Malaysia, negara kecil ini sentiasa melakukan provokasi ketenteraan terhadap Malaysia. Dan tidak mustahil kes kebocoran rahsia negara yang berlaku juga adalah sebahagian daripada provokasi yang dilakukan oleh negara anak angkat Israel itu, Singapura.
Lee Kuan Yew pernah berucap dalam satu sidang yang dihadiri oleh para pegawai tinggi ketenteraan Israel, "Anda telah berjaya menjinakkan singa padang pasir (orang arab).Sekarang beritahu kami cara untuk menjinakkan harimau di hutan belantara (Malaysia). Anda boleh fikir sendiri apa maksud yang tersirat.
Walaubagaimanapun, ini adalah hanyalah satu teori. Mungkin insiden ini dilakukan oleh negara lain. Apa-apa pun, kita tunggu apa pula kenyataan media yang akan dikeluarkan oleh kementerian pertahanan selepas perbincangan yang dijalankan bersama Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.
Apa pula pendapat anda ???

- Mungkin ada antara anda mengandaikan negara tersebut adalah Israel. Tetapi ternyata teori ini boleh ditolak mentah-mentah. Kenapa ? Kerana tiada sebuah pun kedutaan negara yahudi itu di negara kita.
- Amerika. Teori ini boleh diterima kerana memang terdapat kedutaan US di negara kita.
- Indonesia. Mungkin tetapi agak mustahil mereka ingin melakukan perbuatan itu kerana hubungan kita dengan negara tersebut bertambah erat walaupun pada mulanya dicemari insiden tarian pendet. Kedua-dua pemerintah negara dapat mengawal hubungan tersebut semula lagipun kitakan satu rumpun dengan mereka.
- Britain, Perancis dan Russia juga berkemungkinan tetapi tiada insiden yang kukuh.
- Ini adalah pendapat saya, negara tersebut adalah Singapura. Ini adalah pendapat yang paling saya rasa berkemungkinan besar.

0 comments: