Posted by Unknown | 0 comments

Keretakan PKR, Siapa Salah Siapa Benar ???

Sekali lagi isu kalimah Allah menjadi punca keretakan rumah tangga PKR yang mana menyebabkan Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas semalam.

Mohsin (foto), 65, yang dilantik mewakili PKR di kerusi utara Perak adalah ahli parlimen ketiga parti itu yang bertindak keluar parti.

Dua yang lain yang telahpun meninggalkan parti itu ialah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng dengan isu masing-masing. Mungkinkah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin juga akan mengikut jejak langkah mereka?


Pada sidang media, pagi ini di Ampang, Moshin diiringi oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.

Salehuddin sebelum ini juga muncul pada dua sidang media di mana dua ahli parlimen PKR berkenaan mengumumkan tindakan keluar parti mereka.

Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.
Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Mohsin yang pertama kali bertanding mengalahkan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin dari Umno dengan majoriti 3,413 undi.
Parlimen Bagan Serai mempunyai 47,111 pengundi berdaftar.

Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang.
Jumlah itu adalah kurang daripada kerusi yang dimiliki oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP.
DAP mempunyai 28 kerusi, manakala PKR sekarang ini memiliki 27 dan PAS 23.

Bagaimanpun pemimpin DAP dan juga PAS semalam memaklumkan mereka akan terus memberi sokongan kepada ketua umum PKR untuk menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.
Isnin lalu, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.

Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Mohsin (kiri, berketayap) berkata beliau bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah.

Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Salehudin (kiri) pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.

Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi. 

Siapakah sebenarnya punca beberapa ahli parlimen ini meninggalkan parti ?Jika diteliti  beliau adalah seorang yang berketrampilan agama. Isu yang dibangkitkan pula adalah isu kalimah Allah sama seperti isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin.

Adakah benar dakwaan mereka ada ahli majlis tertinggi yang tidak ambil peduli dan meremehkan isu berkenaan kalimah Allah, mempersendakan kalimah agung ini ???

Jika hal yang demikian benar-benar berlaku, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyiasat secara menyeluruh tentang perkara ini. Ingatlah, hal-hal yang berkenaan dengan kemaslahatan umat islam di Malaysia lebih penting daripada mengejar cita-cita menubuhkan kerajaan. 

Tiada guna kita dapat menubuhkan kerajaan jika hal-hal yang berkenaan dengan kemaslahatan umat islam di Malaysia telahpun tergadai dan kucar-kucir.

Sesi perbincangan dan dialog perlu segera dilakukan yang mana akan membincangkan isu kalimah Allah ini yang disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, ahli majlis tertinggi parti masing-masing,para ulama' serta anggota-anggota parti yang tidak sependapat ini.

Jangan jadikan hal-hal yang mengganggu Pakatan Rakyat kini sebagai satu penghalang bagi menubuhkan satu kerajaan yang bukan saja mempunyai pentadbiran yang lancar malah memperjuangkan syiar islam di negara ini. Cubalah sedaya upaya menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dengan penuh hemat dan baik.


0 comments: