Posted by Unknown | 0 comments

Yahudi Zionis Telah Menyerang Malaysia !!!


Adakah Malaysia sudah dikuasai Yahudi Zionis ??? Sejak sekian lama beberapa pertubuhan yahudi zionis telah bertapak subur di negara kita yang tercinta ini. Antara pertubuhan yahudi zionis yang paling berpengaruh di Malaysia adalah Freemason.

 Ingatkah anda, YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengusulkan supaya pertubuhan ini diharamkan di Malaysia ketika satu sidang parlimen pada tahun 80-an. Namun, usul beliau telah ditolak mentah-mentah oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad.

Alasannya, tiada bukti untuk mengaitkannya dengan agenda yahudi zionis dan pertubuhan ini sah serta berdaftar. Pertubuhan ini juga dikatakan menjalankan aktiviti kebajikan dan kemanusiaan di negara kita.

Benarkah begitu ???

Memang la susah nak dapat bukti sebab aktiviti pertubuhan ini dijalankan secara teramat rahsia. Tiada orang boleh tahu dan masuk kecuali ahli-ahli mereka sendiri. Itupun mengikut pangkat-pangkat tertentu yang terdapat dalam pertubuhan tersebut. Tapi, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Ada beberapa ahli yang telah sedar dan insaf lantas keluar daripada pertubuhan ini. Lantas, menceritakan kepada kita semua kebobrokan pertubuhan ini yang sesat. Di sini saya sertakan serba sedikit asal usul pertubuhan ini.


Freemasonry (bahasa Inggeris) adalah sebuah organisasi persaudaraan antarabangsa. Freemasonry pada zaman moden bermula dengan berdirinya Grand Lodge di London, Inggris pada tahun 1717. Sebagian peneliti Barat berkeyakinan bahwa Freemasonry sebenarnya sudah didirikan di Scotland pada abad ke-14, ketika Ksatria Templar dihapuskan oleh Raja Perancis Philipe le Bel dan Paus Clement V.

Di Scotland, Knight Templar ini menyusup ke dalam organisasi-organisasi buruh binaan (Mason) dan menguasai kelab-kelab pekerjanya (lodge). Mereka kemudian menggelarkan diri mereka sebagai Freemasonry, sebuah istilah yang sebenarnya nama lain dari perkumpulan Kabbalah Yahudi-Talmud.

Dari Eropah, Freemasonry yang terbahagi dalam dua kelompok besar (Scotland Rites dan York Rites) menyebar ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Freemason adalah campuran ritual mistik ajaran sesat Kabbalah dan gerakan politik. Tetapi sejak tumbuhnya banyak pertubuhan politik dan ekonomi Dajal (Bilderberg Group contohnya) yang lain, maka Freemason banyak menumpukan kepada kebajikan sosial dan konsep persamaan dan persaudaraan manusia.

Freemason jika ditelusuri adalah berasal dari ajaran sesat Kabbalah, iaitu ajaran sesat Yahudi yang diwarisi dari era Firaun Mesir dan era Babilon Kuno. Sihir adalah intipati ajaran Kabbalah dan ini membawa kepada penyembahan Syaitan dan Iblis untuk memohon tercapainya sihir-sihir yang dilakukan.Kabbalah sebenarnya yang mengajar bahawa setiap nombor mempunyai kuasa sihir (magic) juga dari sini timbul beraneka ragam simbol, rajah dan sigil yang dipercayai dapat memanggil kuasa sihir.

Freemason mempunyai peringkat-peringkat penyertaan (level). Peringkat terendah akan diajar konsep persamaan dan persaudaraaan manusia. Agama tidak disentuh.Tetapi setiap kali menaiki peringkat, ahli akan dimasukkan sedikit demi sedikit doktrin Satanism dan mistik Kabbalah. Akhirnya pada peringkat tertinggi (contohnya 33rd degree) seseorang itu akan menyembah Iblis sepenuhnya dan tunduk kepada perintah-perintah Dajal Laknatullah.

Satu soalan cepu emas telah dilontarkan, kenapa pertubuhan Freemason ini masih bebas bertapak di Malaysia sejak sekian lama ??? Jawapannya kerana ada menteri,VIP,VVIP serta orang yang berpengaruh di Malaysia menjadi ahli dalam pertubuhan ini.



#Maaf jika terkasar bahasa, saya tidak memaksudkan yang Tun Dr Mahathir Mohammad adalah seorang pendukung Freemason tetapi saya bersangka baik yang beliau masih tidak mengetahui agenda sebenar pertubuhan ini ketika itu. Semoga rahmat dan hidayah Allah di curahkan kepada kita semua rakyat Malaysia tidak kira parti politik dan fahaman terutamanya pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan dan parti-parti politik tidak kira PAS,UMNO ataupun PKR.

0 comments: