Posted by
Unknown
|
0
comments
Syukran Lakum Semua : Semoga Dilimpahkan Rahmat di Bulan Barakah Ini
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana follower blog ini telah mencapai 100 orang dan ketika saya menulis ketika ini, telah bertambah menjadi 101 orang.
Tidaklah saya menulis di blog ini kerana inginkan kepopularan di alam maya namun hanya sekadar luahan perasaan, coretan ilmu yang hanya secubit saya miliki yang ingin dikongsi dan disebarkan kepada orang ramai. Namun, masih ada insan yang menghargai penulisan-penulisan saya yang tidak seberapa ini.
Dan, saya mengucapkan bebanyak terima kasih dan salam sayang daripada saya kepada saudara dan saudari semua yang telah mengunjungi dan mengikut blog ini. Semoga keberkatan ramadhan yang Allah janjikan akan dikurniakan kepada kita sepanjang kita menyokong secebis usaha dakwah yang disebarkan melalui alam maya.
SYUKRAN LAKUM SEMUA !!!
InsyaAllah, saya akan sentiasa mengemaskini blog ini walaupun pada waktu sekarang saya amat dikekang dengan batasan waktu yang amat sibuk dan padat.
Akhir kata, semoga kita semua dipertemukan dengan malam seribu bulan pada sepuluh malam terakhir di dalam bulan Ramadhan ini...Rajin-rajin la yer perbanyakkan ibadat dan bangunlah pada akhir malam untuk merebut janji Allah.
Wallualam.

0 comments: