Posted by Unknown | 0 comments

[GEMPAR] Loji Nuklear: Lapan lokasi dikenalpasti !!!




Adakah Malaysia tanah air kita akan menjadi satu kuasa nuklear pada masa hadapan dan memacu negara-negara Islam yang lain bagi mengimbangi kuasa-kuasa nuklear barat yang sedang bermaharajalela dengan kuasa mereka menjadi polis-polis dunia kononnya. Padahal semua pihak sudah tahu mereka hanya bermuka-muka dengan menjaga keamanan dunia. Merekalah yang sebenarnya mengatur segala peperangan dunia serta konspirasi dan kononnya menjadi pendamainya. Adakah kerajaan sekarang boleh mencapainya ???


Pada pendapat saya dasar kerajaan sekarang adalah pembinaan loji nuklear ini lebih kepada tujuan keamanan dan bukannya untuk ketenteraan. Namun, saya percaya ada sedikit peruntukan yang dikhaskan untuk tujuan ketenteraan negara kita. Saya yakin akan diwujudkan satu jabatan untuk penyelidikan pertahanan nuklear atau jabatan ini sudah tertubuh sebenarnya berdasarkan kepada maklumat saya perolehi. Yang mana, seorang bekas pegawai tinggi pertahanan pernah bersembang dengan kakak saya. 


Beliau memberitahu bahawa Malaysia sebenarnya sudah ada satu pasukan khas untuk kajian dan pembangunan pertahanan nuklear. Katanya, pasukan itu telah berjaya menemui formula untuk mempertahankan negara kita daripada serangan peledak nuklear yang mana negara kita adalah yang pertama menemui formula untuk menangkis peledak nuklear namun hal ini dirahsiakan lantaran bagi menjaga keselamatan dan kerahsiaan negara.


Walaupun dalam akhbar mengatakan Jerman adalah negara pertama yang menemui formula tersebut, namun hakikatnya negara kita sudah menemuinya jauh lebih awal daripada mereka cuma dirahsiakan. Kalau tidak silap saya berita ini ada disiarkan pada 4 atau 5 tahun lepas. 


Saya sertakan laporan berkenaan loji nuklear yang mungkin dibina dalam masa terdekat. Adakah kerajaan sekarang dapat menguruskannya dengan baik, bergantung kepada keupayaan dan bajet semasa.


Laporan :


Kerajaan sudah mengenal pasti lapan lokasi di Semenanjung Malaysia untuk membina loji janakuasa nuklear pertama negara yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad berkata lokasi itu bagaimanapun masih lagi dalam kajian untuk dipilih sebagai lokasi sesuai yang memenuhi kriteria sebelum diumumkan oleh kerajaan.

"Antara kriteria yang mesti ada untuk membina loji janakuasa nuklear ini ialah kita memerlukan kawasan yang berhampiran dengan sumber air, mempunyai struktur tanah yang berbatu keras dan kawasan yang tidak mudah banjir.

"Jika ada penduduk di kawasan yang dipilih itu, mereka harus berpindah manakala kawasan yang sudah dibangunkan pula kita perlu pindahkan tetapi kosnya sangat mahal.

"Apa-apa pun segala keputusan akhir akan dibuat oleh kerajaan dan dijangka ditetapkan dalam tahun 2012," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Pengurusan Kualiti 2010 di Kuala Lumpur hari ini.

Mengenai aspek keselamatan loji janakuasa nuklear itu, Daud berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang kerana pelbagai proses penambahbaikan telah dilakukan mengikut peredaran teknologi pada masa kini.

Menurutnya pihak agensi turut mengadakan pelbagai program untuk menghebahkan maklumat kepada orang ramai mengenai kebaikan dan keburukan pembinaan loji janakuasa itu.



Beliau berkata semua pihak termasuk Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli politik termasuk pembangkang, dan pihak swasta boleh memberi pandangan mengenai pembinaan pusat janakuasa itu.

"Kita perlukan maklum balas daripada mereka, jadi adalah penting untuk mereka tahu mengenainya (loji janakuasa nuklear) sebelum keputusan dibuat," katanya.

Mengenai simposium itu, Daud berkata ia menyentuh tentang budaya kualiti dan pengurusan pengetahuan, penanda aras kualiti dan penjenamaan, perkhidmatan pelanggan, standard dan akreditasi, pengurusan kualiti menyeluruh, penambahbaikan kualiti berterusan dan persaingan pasaran.

Seramai 120 peserta dari agensi-agensi kerajaan, NGO dan swasta menghadiri simposium dua hari itu.

- Bernama


0 comments: