Posted by Unknown | 0 comments

PROVOKASI


Real Terrorist

Tidak cukupkah membohongi dunia dengan peristiwa 9/11? Apa pula bakal mereka lakukan kali ini?


ISLAMABAD: Gambar yang diperoleh Reuters dan dirakam sejam selepas serangan tentera Amerika Syarikat terhadap kediaman Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan, menunjukkan mayat tiga lelaki berlumuran darah. Mereka bagaimanapun tidak bersenjata.

Tindakan Provokasi terhadap Pakistan susuli berita "pembunuhan Osama". Atas alasan apakah tindakan tersebut diambil? 

Baca berita dibawah: Saya bawakan berita dari Harian Metro untuk kita renungi kaitannya dengan senario dunia hari ini. Peristiwa ini menjadi perbahasan hangat di semua laman web anti konspirasi. Hanya mereka yang percaya kewujudan "konspirasi" sahaja yang berminat mengkajinya, namun orang ramai juga ingin tahu apakah rahsia di sebalik peristiwa ini kerana terdapat beberapa keadaan yang meragukan. Terlalu banyak percanggahan maklumat antara berbagai sumber. Biasanya orang ramai hanya melihat perkara sebegini tidak begitu penting dan kurang menarik. Sebenarnya, penyelongkaran kebenaran adalah sesuatu yang amat mengujakan.

Berbalik kepada peristiwa di Pakistan, jika diteliti mendalam kita akan dapat meneka bahawa semua ini adalah satu permainan. Semua permainan ini mempunyai motif yang terselindung. Pasti akan terserlah juga hakikat kebenaran sekali pun ditutup rapi. Di satu masa kita akan menemui berbagai keganjilan terutama berita-berita yang bercanggah dengan apa yang kita baca dan dengar di media sekarang.

Kita akan terpinga-pinga berhadapan dengan kebohongan ini. Namun seperti biasa, media arus perdana dunia milik mereka akan sentiasa menutup pintu kebenaran. Semua maklumat yang sampai kepada pembaca semuanya rekaan dan bohong semata-mata. Sesuai dengan ungkapan bahawa zaman ini adalah zaman para pendusta bermaharaja lela. Konsep kehidupan dan lakuan Dajjal.

Dari berita yang disiarkan seperti dibawah, Osama bin Laden tiada dalam senarai yang dibunuh, maklumat ini mungkin menyusahkam Obama dalam periwayatan dongeng Osama ini dan Amerika tentunya amat gusar bakal diperkatakan oleh Pakistan nanti. Rakyat Pakistan sendiri tentunya lebih tahu keadaan yang sebenar dan akan mempertikai cerita Obama.. Pemerintah Pakistan pula merasa terhina dipermainkan sebegitu oleh USA seolah-olah negaranya tidak lagi mempunyai kedaulatan sehingga USA boleh bertindak sesuka hati. Paling menakutkan jika rakyat Pakistan bangun mempersoalkan kewibawaan para pemimpin mereka. Ini semua akan menyukarkan media Amerika untuk mengatur pembohongan seterusnya seperti yang dikehendaki CIA.

Untuk itu Pakistan mesti ditekan. USA bertindak segera menuduh Pakistan bersalah kerana melindungi Osama selama 10 tahun di dalam negaranya. Pakistan tersepit dan inilah yang diharapkan oleh USA untuk meneruskan cerita dongeng yang telah dikarang sebelum ini..

Bagi USA, pembohongan (pembunuhan Osama) ini mestilah kelihatan "benar" kerana ia amat berharga bagi Amerika terutama Obama walaupun terpaksa mengaibkan Pakistan (kononnya negara sahabat). Oleh itu mulut Pakistan mestilah dikunci supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan apa yang telah disusun oleh Amerika.

Pembunuhan warga Pakistan yang tidak bersenjata itu amatlah malang, tetapi ia sesuatu yang wajar dalam pandangan rakyat Amerika dan Obama pula tentu sekali merasa amat senang apabila media negaranya menobatkannya sebagai pahlawan padahal sebenarnya seorang "penjenayah" dan juga "pendusta".  Lebih mengecewakan kita, mangsa yang terbunuh tersebut adalah saudara seIslam kita.

Bagi menghalang kebenaran disebarkan, Pakistan akan disibukkan dengan tuduhan demi tuduhan disamping pelbagai ancaman dan gertakan. Umum mengetahui selama ini pun Pakistan sentiasa dipaksa akur oleh USA dan mengambil sikap mendiamkan diri terhadap semua tingkah laku USA.  Kenapa kali ini ia menjadi begitu heboh dan kusut? Itulah permainan (BIJAK?) mereka di bawah seliaan THH (baca Illuminati/Masons). Setiap saat ada sahaja mangsa yang dikorbankan.

Para pengkaji konspirasi sudah tahu kenapa berita Osama ini merupakan sesuatu yang penting bagi Amerika. Pertama untuk melarikan tumpuan berita terhadap kekejaman NATO membunuh anak dan cucu Muammar Gadhafi. Mereka bimbang peristiwa itu akan menukar sentimen seluruh dunia Arab yang selama ini bersetuju dengan kempen mereka terhadap Muammar. Tindakan kejam NATO itu mungkin akan menganggu operasi di Libya memandangkan Russia dan China sudah pun mula bersuara. Keduanya, membuka laluan baru menguasai sepenuhnya negara nuklear Islam. Ketiganya, untuk dijadikan umpan bagi membolehkan USA menyerang dan menguasai seluruh negara Islam.  Keempat (ini pandangan saya), mencari dan membunuh Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahadi ra,

Asia Barat dan negara Arab sudah hampir dikuasai sepenuhnya oleh Israel melalui Amerika. Tinggal Parsi, Asia Tengah dan Asia Tenggara (termasuk Malaysia). Sebenarnya tindakan mengebom kediaman Muammar Gadhafi telah dirancang, matlamatnya mengakhiri perang dengan segera. Malangnya Gadhafi terselamat. Sebaliknya 3 kanak-kanak yang tidak berdosa terbunuh. Kesilapan dan kegagalan yang memalukan ini mesti ditutup segera dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain yang lebih sensasi.

Siapakah mangsa yang mempunyai keupayaan istimewa untuk tujuan ini? Maka watak Osama dipilih. Namun akibat kegopohan dan kurang cermat, skrip yang ditulis menjadi sedikit "longgar" telah menyebabkan Obama mengalami kesukaran untuk membuktikan Osama benar-benar telah dibunuh, berbeza dengan kisah Saddam Hussein dahulu. Kelemahan skrip ini mesti ditutup segera oleh skrip baru, maka terciptalah pergolakan dan pertikaian dengan Pakistan lanjutan peristiwa ini. Skrip ini perlu disegerakan. Jika tidak Obama akan berpeluh menjawab soalan demi soalan dari rakyatnya dan juga masyarakat dunia.

Teraniayalah rakyat Pasistan yang dipilih menjadi kambing hitam itu . Dikorbankan demi memberi laluan kepada satu berita sensasi iaitu "Osama telah dibunuh" oleh hero Amerika Syarikat.

Isteri muda Osama? Satu lagi bahan yang menarik untuk digossipkan. Masyarakat dunia tentunya tidak sabar menanti maklumat baru terutama kesahihan peristiwa ini. Skrip yang agak baik direka untuk melupakan kekejaman NATO di bumi ARAB.

Komputer Osama? Adakah ia benar-benar wujud? Tiada siapa pun dapat mengesahkan dakwaan Amereka tersebut. Jika benar wujud pun, tiada siapa dibenar memeriksanya kecuali CIA dan kuncunya. Apa yang yang terkandung didalamnya? Amerika boleh kata apa sahaja sekehendaknya untuk menyokong penceritaan sensasi ini. Bahan ini juga boleh memberi alasan untuk menakutkan rakyat Amerika. Sebelum ini dihebahkan berita bahawa alQaeda mempunyai bom nuklear!  Adakah selepas ini rakyat Amereka akan menjadi mangsa nuklear pula sebagaimana 911 untuk membuktikan betapa jahatnya alQaeda. Hebat sangatkah alQaeda?

USA amat bijak dalam hal ehwal Islam (kononnya), mendakwa Osama tidak wajar dikebumikan di dalam kuburan (tanah). Bimbang pusaranya akan dipuja oleh kumpulan alQaeda. Memang hebat permainan syaitan ini. Mereka akan terus berdusta tanpa henti.

Sama-samalah kita tunggu skrip terbaru selepas ini. Selamat menanti!


Isteri Osama jadi rebutan

SLAMABAD: Pakistan dan Amerika Syarikat terbabit dalam perbalahan diplomatik berhubung nasib isteri muda Osama bin Laden.

Amal al-Sadah menjadi tumpuan perebutan antarabangsa untuk menahannya selepas Pakistan enggan membenarkan Amerika Syarikat menyoalnya semalam.

Wanita warga Yaman berusia 27 tahun itu, berusaha melindungi suaminya daripada ditembak oleh anggota tentera elit Amerika dalam serangan Ahad lalu tetapi ditembak di kaki sebelum ditawan oleh tentera Pakistan. Amal kini terperangkap dalam perbalahan Pakistan dan Amerika Syarikat mengenai nasibnya ketika kedua-dua negara berkenaan menyelar satu sama lain mengenai sama ada Pakistan melindungi Osama sepanjang 10 tahun lalu.

Tentera Amerika berhasrat membawa Amal bersama mereka selepas serangan itu tetapi meninggalkannya selepas sebuah helikopter yang terbabit dalam serangan berkenaan terhempas.

Amerika menuduh Pakistan melindungi ketua al-Qaeda itu menyebabkan pegawai negara itu enggan membenarkan Amerika menyoal siasatnya di sebuah hospital tentera di Rawalpindi, tempat Amal dirawat.

Menurut mereka, Amal akan dihantar pulang ke Yaman sebaik pulih. Tindakan itu akan menghalang Amerika memperoleh maklumat penting mengenai Osama di Pakistan.

Ia akan meningkatkan lagi dakwaan kononnya perkhidmatan perisikan Pakistan melindungi Osama dan tidak mahu butir mengenai hubungan Pakistan dengan al-Qaeda terbongkar. - Agensi


AS enggan dedah gambar Osama


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar mayat pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden. Beliau berkata, Amerika Syarikat tidak sepatutnya memperagakan ‘piala’ kemenangannya.

Kabinet Perang Obama sebelum ini berbelah bagi sama ada untuk menyiarkan gambar ngeri mayat Osama yang ditembak mati oleh komando elit Amerika Syarikat dalam serangan di Pakistan Ahad lalu.

“Adalah penting untuk kita memastikan bahawa gambar seseorang yang ditembak di kepala tidak beredar kerana ia boleh mencetuskan lebih banyak keganasan dan dijadikan alat propaganda,” kata Obama ketika diwawancara dalam rancangan ‘60 Minutes’ terbitan CBS.

“Kita bukan seperti itu. Anda tahu, kita tidak memperagakan bahan seperti itu sebagai piala,” katanya.

Menurutnya. ujian DNA dan teknik pengecaman wajah membuktikan Osama yang didakwa merancang serangan 11 September 2001 sudah mati.

Selain Osama, pegawai Amerika dan Pakistan berkata, empat orang lagi terbunuh dalam serangan itu, termasuk dua beradik yang menjadi orang perantara paling dipercayai pemimpin al-Qaeda berkenaan dan seorang lagi dipercayai anak Osama.

Seorang anak perempuan Osama, yang kini ditahan bersama-sama isterinya, warga Yaman, melihat bapanya ditembak, kata seorang pegawai perisik Pakistan.

“Gadis berusia 12 tahun itu adalah orang yang mengesahkan kepada kami bahawa Osama sudah mati akibat ditembak dan mayatnya dibawa tentera Amerika,” kata pegawai itu.

Pembantu kanan Obama sebelum ini berbahas mengenai sama ada akan menyiarkan gambar mayat Osama tetapi pada masa sama bimbang tindak balas daripada masyarakat Islam hingga mendorong kepada serangan terhadap tentera dan kepentingan Amerika.

Meskipun tanpa gambar sebagai bukti, sebahagian besar media Pakistan menerima hakikat bahawa Osama sudah mati, ketika teori mengenai konspirasi tersebar luas.

Mayat Osama dikebumikan di laut oleh tentera Amerika Syarikat.

Pentadbiran Obama tidak mahu beliau dikebumikan di darat bagi mengelak pusaranya dipuja kumpulan pelampau.

Sementara itu, vila di Abbottabad, tempat Osama ditembak mati, sehingga semalam masih menjadi tumpuan penduduk tempatan dan media. - Agensi

Imej 3 lelaki korban komando AS diperoleh


ISLAMABAD: Gambar yang diperoleh Reuters dan dirakam sejam selepas serangan tentera Amerika Syarikat terhadap kediaman Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan, menunjukkan mayat tiga lelaki berlumuran darah. Mereka bagaimanapun tidak bersenjata.



Gambar itu yang dirakam pegawai keselamatan Pakistan yang memasuki kediaman itu selepas serangan berkenaan menunjukkan dua lelaki berpakaian tradisional Pakistan dan seorang berpakaian kemeja-T dengan darah mengalir di telinga, hidung dan mulut masing-masing.


Foto


Pegawai itu yang enggan dikenali menjual gambar itu kepada Reuters. Tidak seorang pun daripada mereka kelihatan seperti Osama.

Presiden Barack Obama enggan mendedahkan gambar mayat pemimpin al-Qaeda itu kerana ia boleh mencetuskan keganasan dan dijadikan alat propaganda al-Qaeda.

Berdasarkan masa yang tertera, gambar yang dirakam paling awal ialah pada 2 Mei, 2.30 pagi, kira-kira sejam selepas serangan yang membunuh Osama berakhir.


Gambar lain dirakam antara jam 5.21 pagi dan 6.43 pagi.

Reuters yakin kesahihan gambar yang dibelinya itu kerana maklumat dalam gambar berkenaan menunjukkan rangka helikopter, sama dengan butir daripada gambar yang diperoleh sebelum ini. Tentera Amerika Syarikat kehilangan sebuah helikopter dalam serangan itu akibat masalah mekanikal. Ia kemudian dimusnahkan. - Reuters


Komputer ketua al-Qaeda dijangka bongkar rahsia


WASHINGTON: Pegawai perisikan Amerika Syarkat yang menyelongkar komputer dan peranti penyetoran yang ditemui di kediaman Osama bin Laden di Pakistan menjangka memperoleh banyak data penting.

Data berkenaan mungkin boleh mendedahkan rancangan serangan, lokasi tokoh al-Qaeda lain dan sumber kewangan. Kelengkapan yang dirampas selepas pembunuhan Osama dalam serangan Ahad lalu, termasuk lima komputer, 10 cakera padat dan 100 peranti penyetoran, adalah pencapaian penting bagi Amerika Syarikat dalam memerangi Al-Qaeda, kata pakar.

“Saya akan terkejut jika ia bukan ‘lombong emas’ untuk kami,” kata bekas Timbalan Pengarah CIA, John McLaughlin.

“Saya berpendapat kami akan menemui laporan mengenai rancangan melancarkan serangan. Kami mungkin mengetahui mengenai hubungannya dengan Pakistan,” katanya. - AFP


Maklumat terbaru: Fake photo 

Perhatikan jari tangan yang terdapat pada foto Amal al-Sadah yang tersiar di DailyMail photo of the passport ia merupakan kerja ubahsuai melalui Photoshop.
.

This is photoshop creation and a very clumsy one at that. The face seems to be an overlay as well and not part of the actual image of the passport.

dikatakan Amal, isteri Osama warga Yaman




0 comments: