Posted by
Unknown
|
0
comments
Sejarah Islam Menakluki China
Berdasarkan sumber dari China, Maharaja Tang II telah menghantar utusan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menghantar pendakwah ke negara tersebut. Nabi telah menyambut baik dengan menghantar tiga orang pendakwah. Dua daripada pendakwah itu meninggal dunia semasa perjalanan yang amat jauh, dan hanya seorang sahaja yang selamat sampai ke China. Maharaja tersebut telah membina sebuah masjid untuknya. Bermula dari itu beliau mula menyebarkan Islam di negeri China.
Semasa pemerintahan khulafah Al-Rasyidin yang ketiga (Uthman bin Affan), baginda telah mengutuskan Saad bin Abi Waqqas ke China pada tahun 651 Masehi (29 Hijrah.). Hasilnya lawatan tersebut, maharaja China tersebut telah mengarahkan pembinaan Masjid yang besar dan indah di Bandar Canton atau kini dikenali sebagai Guangzhou. Setelah itu, hubungan Islam dan China berkembang pesat sehingga munculnya perkampungan Muslim yang pertama, dibangun adalah Cheng Aan.
Hal ini berlaku pada masa dinasti Tang. Setelah itu, ribuan Muslim dari Arab, Parsi dan Asia Tengah menyerbu masuk China yang mana ketika itu berada di puncak peradabannya.
Tentera Islam dibawah Qutaibah bin Muslim menjalankan penaklukan ke atas Bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada tahun 714 M dan menyeru Maharaja China memeluk Islam. (Turkestan Timur adalah sebuah negara merdeka sehingga ditakluk oleh kerajaan Manchu tahun 1759. Pada tahun 1876 ia memberontak dan merdeka dari kerajaan Manchu dan pada tahun 1949 ia di kuasai oleh kerajaan komunis China.)
Dalam tahun In 757 M. (138 Hijrah) Jeneral Lien Chen memberontak menentang Maharaja Su Tsung. Atas permintaan Maharaja Khalifah Abbasiyah iaitu Khalifah AL-Mansor telah mengirimkan 4000 orang tentera yang terdiri daripada orang Islam berbangsa Turki ke China. Tentera Islam yang dikirimkan berjaya dalam misi tersebut. Namun begitu tentera tersebut terus tinggal di negeri China dan berkahwin dengan wanita tenpatan. Ini membantu dalam penyebaran Islam di China. Sesetengah pendakwah pula ke China melalui laut bersama pedagang dan menyebarkan Islam di Bandar-bandar seperti Shanghai, Guangzhou, dan sebagainya.

Dalam kurun ke 4 Masehi (10Hijrah), Raja Turkestan Timur memeluk Islam. Ini memudahkan lagi penyebaran Islam di Turkestan Timur dan China (Muhyiddin Hasan, 1987). Bila masyarakat berbangsa Uyghur yang tinggal di Turkestan Timur memeluk Islam, maka mereka mula menyebarkan Islam di Turkestan Timur dan China.
Bila Maharaja China mula tertarik dengan kebaikan agama Islam maka beliau telah menjemput beberapa pendakwah Islam secara rasmi. Pendakwah tersebut dapat menyebarkan Islam dengan bebas dan selesa.
Berikut adalah zaman gemilang Islam di China pada peringkat awal.
1- Zaman Tang. berakhir 907 Masehi
2- Zaman Sung dari 907-1279 Masehi
3- Zaman Yunnan 1280-1368 Masehi
4- Zaman Ming 1368-1644. Masehi
Pada empat zaman ini jumlah penduduk Islam bertambah dari semasa ke semasa dan maju dari segi pendidikan, politik, ekonomi dan sosial. Ketika ini, ulama-ulama China lahir bak cendawan selepas hujan dan segala bidang ilmu berkembang baik bukan sahaja bidang ilmu agama mahupun falsafah dan sosial. Bahkan banyak ajaran Islam telah mula mempengaruhi falsafah Conficius serta beransur-ansur mengambil alih peranan falsafah ini dalam kalangan masyarakat.
Namun setelah era tersebut, umat Islam menghadapi banyak rintangan dan halangan. Kehidupan mereka menjadi yang sangat tertindas dan perit ketika dinasti Manchu mula mengambil alih tampuk kuasa di China (1644-1911 Masehi). Terjadi perseteruan paling dahsyat yang mana telah tercetusnya lima kali peperangan yakni Lanchu, Che Kanio, Singkiang, Uunanan dan Shansi. Umat Islam mengalami kekalahan dalam pertempuran-pertempuran kali ini. Korban yang jatuh tak terhitung dan mengakibatkan menyusutnya jumlah umat Islam sehingga sepertiga sahaja.
Setelah kekalahan menyakitkan itu, jumlah umat Islam kembali berkembang. Mengikut statistic, terdapat 60 juta umat Islam di China kini. Mereka bukan hanya mengenal teori tetapi juga praktikal. Mereka mengenal rukun Islam, konsep halal dan haram dan mereka sempat memimpin peradaban di China.

0 comments: