Posted by
Unknown
|
0
comments
Kalau Orang Islam Sendiri Tolak Hudud, "Kami" Akan Terima
Satu peringatan kepada UMNO! Benarlah Islam itu rahmat kepada seluruh alam tanpa mengira bangsa dan agama. Akan sentiasa ada segolongan yang mahukan kepada Islam sehingga akhir zaman. UMNO dan Barisan Nasional telahpun menolak hukum Tuhan. Namun, Allah gantikan mereka dengan PAS dan rakan sekutu mereka yang bukan Islam yang mana mereka melihat hanya hukum Tuhan dan undang-undang Tuhan dapat memulihkan negara ini yang semakin hari semakin terperosok jauh ke lembah kehinaan.
Bukan Islam pun sokong Islam |
Dengan sokongan masyarakat bukan Islam iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (ll) kepada masyarakat bukan Islam.
Penasihat DHPP Kelantan, Jeffry Lee Weng Chun berkata, program penerangan itu dijangka turut disertai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, program penerangan dianggap perlu memandangkan hukum hudud sengaja dimanipulasikan pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.
“Program penerangan itu akan bermula November ini. Tenaga penceramahnya beberapa orang peguam bukan Islam yang akan bercakap berkaitan perundangan Islam.
“Kami merasa terpanggil mengambil tanggungjawab ini bagi memberi penerangan lebih jelas kepada bukan Islam terutamanya mereka yang sudah berusia,” katanya kepada media di sini hari ini.
Menurutnya media bukan medan sesuai memberikan penjelasan berkaitan hudud memandangkan ruangan agak terbatas, lagi pun media arus perdana lebih gemar menyiar aspek negetif.
Jeffri yang juga seorang usahawan berkata, masyarakat bukan Islam di Kelantan sudah diberi penerangan sejak 21 tahun lalu mengenai perundangan Islam, sebelum enakmen hudud diluluskan.
Sekumpulan masyarakat India yang tahu Islam itu adil kepada semua |
Kata beliau, rata-rata masyarakat bukan Islam terutamanya golongan muda faham kerana penerangan mengenai hudud diadakan sepanjang masa.
”Bagi mereka yang tinggal di luar Kelantan mungkin ada sedikit masalah memandangkan tidak banyak penerangan mengenai hudud dibuat. Lagi pun kekeliruan sengaja ditimbulkan media massa,” ujarnya.
UMNO, apa lagi yang kamu mahu? Masih tidak cukupkah kerosakan yang kamu bawa kepada kestabilan sosiobudaya dan keharmonian masyarakat negara ini?
Ayuh semua kita bangkit, dengan slogan "PAS GANTI UMNO" !!!
0 comments: