Posted by Unknown | 0 comments

LEKIU dalam perjalanannya




Kita rehat sebentar dari memikirkan persoalan berat yang kita tidak ketahui bilakah penghujungnya. Politik semasa juga turut melemaskan akal setiap pencinta keharmonian. Masing-masing mendakwa mereka sentiasa benar dan tidak mahu menilai sebarang kebaikan lawan mereka. Kekotoran politik menjijikkan dipayungi demokrasi sekular yang sentiasa korap dari nilai kemanusiaan sejagat. Jika ia dikatakan salah satu fitnah akhir zaman, ada kewarasannya dan sukar disangkal.

Kita tinggalkan dahulu kegilaan manusia yang kemabukan politik ini. Rehatkan minda dengan sesuatu yang lain, walaupun tidaklah begitu mengujakan.


Hang Lekiu nama individu terakhir lima bersaudara. Lagenda Melayu ini cuba diangkat sebagai satu ikon baru. Ia agak anggun meniti pembangunan perusahaan automobil nasional.


LEKIU





Konsep Proton Lekiu ini diadaptasi dari Proton Exora tetapi dalam bentuk SUV (Sport Utility Vehicle). Bentuk depan model Proton Lekiu ini hampir sama dengan Proton Exora. 


Menurut sumber, Proton dan Lotus Engineering akan membangunkan model SUV untuk pasaran Eropah. Walaubagaimanapun, tak dapat dipastikan lagi sama ada model Proton Lekiu ini akan dipasarkan atau tidak



Lampu belakang Proton Lekiu ini nampak seakan-akan Proton Exora. Cuma bahagian belakang Proton Lekiu ini nampak lebih tinggi dab sporty berbanding Proton Exora. 

Selain sesuai untuk aktiviti lasak, Proton Lekiu ini juga sesuai untuk mereka yang berkeluarga. Dengan ruang dalamannya yang luas tiada masalah untuk membawa barang yang banyak


Lekiu akan diiringi 4 sahabatnya yang tua iaitu Lekir, Kasturi, Jebat danTuah.



LEKIR





Konsep Proton Lekir ini diambil dari Lotus Eropah. Tak dapat di pastikan lagi adakah model ini akan dipasarkan di masa akan datang.

Jika model ini dipasarkan, persoalan yang timbul ialah adakah harganya dapat di terima oleh rakyat Malaysia? Biasanya kereta Eropah berharga RM100 000 ke atas.

Jika di lihat dari hadapan, model ini nampak 'unik'. Sekali pandang macam berudu pun ada. Bahagian hadapan kereta ini nampak ringkas dan kosong tanpa ciri-ciri yang istimewa.

Ruang dalamannya menggunakan tema berwarna oren. Jika diperhatikan, dashboard Proton Lekir ini nampak klasik. Walaubagaimanapun masih awal untuk memperkatakan setiap ciri-cirinya.




Secara keseluruhan, model Proton Lekir ini nampak menarik. Pastinya akan memenuhi citarasa peminat kereta sport 2 pintu.



KASTURI





Ini adalah pandangan dari hadapan model Proton Kasturi ini. Kelebaran model ini agak pendek sedikit kerana ia mengikut ukuran kelebaran Proton saga BLM.

Secara kasar Proton Kasturi ini hampir sama dengan model Proton Sage R3 cuma tema Proton Kasturi ini adalah hitam dan putih.


Bukan sahaja permukaan luar Proton Kasturi sahaja bertemakan hitam dan putih tetapi juga ruangan dalamannya dari dashboard sehinggalah ke kusyennya.

Meter Proton kasturi ini nampak ringkas tetapi yang pasti ianya membantu penglihatan pemandu melihat meter ketika cuaca gelap.


Terdapat lampu cahaya LED pada bahagian belakang model Proton Kasturi ini bagi membantu memberi pengcahayaan tambahan ketika cuaca berkabus.

Rimnya pula berjari 10 dengan saiz 18 inci. Dari jauh memang nampak mengancam sekali model ini. Secara purata, tak jauh beza Proton Kasturi ini dengan Proton Saga R3.



Model yang diberi nama Proton Jebat ini yang di inspirasikan dari Mitsubishi Lancer Evolution dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) baru-baru ini.


Pastinya bakal pemilik Proton Inspira teruja melihat model baru ini kan. Yelah dari dapat Proton Inspira yang ala-ala Lancer baik beli Proton Jebat ini yang ala-ala Lancer Evolution.

Tapi bakal pembeli Proton Inspira tidak perlu bimbang kerana tidak dapat di pastikan lagi sama ada model ini akan di pasarkan atau tidak.


Kerusi di bahagian hadapan adalah kerusi berjenama Recaro yang di datangkan bersama jalur merah yang nampak garang.




Di hadapan dan belakang model ini dilitupi warna hitam sesuai dengan jalur hitam di bawah pintu bagi menampakkan ciri-ciri sebuah kereta racing.

Di tambah pula dengan spoiler di bahagian atas bonet memang nampak mengancam.





Ada yang mengatakan bahawa Proton Tuah ini adalah model yang akan mengantikan Proton Persona di masa akan datang bagi menguasai segmen pasaran C bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga pasaran global.


Grill bahagian depan ini nampak 'unik'. Biasanya grill untuk kereta Proton lebih kepada grill yang berjalur lurus.


LED diletakkan di headlamps dan fog lamp model ini untuk memberi pencahayaan yang lebih pada siang hari mahupun ketika cuaca berkabus.

Rim tayar kereta ini berjari 10 dengan saiz 18 inci dengan mengunakan tayar jenis 225/40R18. Sekali pandang macam generasi kedua Subaru Legacy.





Lampu bahagian belakang yang berkonsepkan jalur merah ini menampakkan ciri-ciri futuristik sebuah kereta masa hadapan. Ekzosnya pula ada 2 iaitu terletak di kiri dan kanan.#

Sekian persembahan kali ini. Penyokong tentu akan mengatakan perkara-perkara baik sementara penentang akan menyebutkan yang buruk-buruk. Lumrah dunia. Ambillah jalan tengah dengan berfikiran positif.


tambahan:
BERITA DARI PROTON



Model Terbaru Proton 2012 | PROTON Holdings Berhad (Proton) mengesahkan akan mengeluarkan model terbarunya yang dilengkapi enjin Campro 1.6 turbo tahun depan dan ketika ini produk berkenaan dikenali dengan kod P3-21A.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, kereta terbabit ialah rekaan terbaru yang tiada kaitan dengan model Persona seperti dijangkakan umum sebelum ini.

Proton mengumumkan kesediaan untuk mengeluarkan sebuah model global baru bermula Februari tahun depan. Dengan pengumuman ini, bermakna proton telah bersedia untuk melancarkan model terbaru proton yang mungkin bakal pengganti model Persona.

Akan tetapi ia bukan model gantian atau kesinambungan kepada Persona. Ramai orang kaitkannya dengan Persona. Ianya tidak sama sekali. Banyak spekulasi yang bermain di fikiran apakah mungkin model terbaru proton adalah Proton Tuah yang pernah dipertontonkan sebelum ini? Apa pun, syabas buat proton kerana sifat berdaya saing dalam pembangunan globalisasi era kini.



Dan diharap pengeluaran kenderaan Nasional kali ini masih mempunyai harga mampu milik buat kaum bumiputera dan golongan yang berpendapatan sederhana. Saksikan salingan kenderaan baru proton yang yang maksudkan itu.

Syed Zainal Abidin berkata, kenderaan terbaru Proton itu akan turut dikeluarkan syarikat China yang sudah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai kerjasama antara mereka sehingga Disember ini, Hawtai Motor Group Ltd (Hawtai).

“Proton dan Hawtai saling memerlukan dengan perbincangan kini berkaitan proses pelaksanaan seperti meletakkan sumber dan struktur. Saya teruja Proton mengembangkan bisnes dan pendapatan bukan saja daripada menjual kereta, tetapi kejuruteraan, lesen dan lebih penting, kami kini berada di pasaran kereta terbesar dunia tanpa melabur terlalu besar.

“Kenderaan hasil kejuruteraan Proton yang dikeluarkan Hawtai itu menggunakan jenama mereka, tetapi produk berkenaan dimiliki syarikat perkongsian, sekali gus menyaksikan Proton akan memperoleh pendapatan melalui pemerolehan peralatan, jualan komponen dan kejuruteraan,” katanya.



0 comments: