Posted by Unknown | 0 comments

The HIDDENHAND - Kaitannya dengan DAJJAL





Kita sering memperkatakan kedurjanaan Dajjal dan kebangkitan Yakjuj dan Makjuj. Apakah perkaitannya  dengan apa yang disebut The Hidden Hand (THH)? Memandangkan ia diberitakan bakal (atau telah) menyihir manusia dengan fitnah yang terbesar dalam sejarah manusia, tentu sahaja kita mengalami kekeliruan ekstrim (yang amat sangat) untuk mengetahui siapa sebenar Dajjal ini. Jika tidak kenapa Rasulullah SAW amat bimbang mengenai ancaman Dajjal ini. Inilah masalah utama kita.


Persoalan Yakjuj Majuj sendiri pun masih dalam pengkajian yang berterusan, belum menemui kata muktamad. Para pengkaji terus menerus menyiasat perkara ini tanpa jemu dan berharap mendapat apa-apa maklumat baru yang boleh menyokong mana-mana teori yang telah dibangkitkan. Sementara itu sebahagian besar manusia lain sedang ghairah melahap pelbagai "keseronokan" yang dihamparkan kepada mereka.

Ada diantara para ilmuan yang sudah mulai jemu untuk meneroka rahsia ini. Maklumat yang timbul tidak cukup kuat untuk dikaitkan malahan pula turut terpikat dan terseret ke arah pertelingkahan politik adajuga yang terpaku dengan bentuk "syurga palsu" yang semakin bercambah di sekelilingnya.

Fenomena yang menakutkan kita ialah sesiapa sahaja yang menerima pujukan Dajjal itu seumpama telah bertukar rupa dari manusia menjadi Yakjuj dan Makjuj yang mana kerjanya hanya melakukan fasad (kerosakan) di muka bumi. Kita boleh rujuk pandangan Shiekh Imran Hussein mengenainya. Sabda Rasulullah saw, 999 dari 1000 manusia adalah Yakjuj dan Makjuj .

Hanya segelintir yang masih tetap berusaha untuk meneruskan pengkajian persoalan rahsia ini.Fakta yang paling kuat yang ada ialah menghubung kaitkannya dengan gerakan zionis antarabangsa. Maklumat ini terbongkar sedidik demi sedikit, malangnya seperti ada tangan ghaib yang cuba menghalang pembongkaran ini. Ramai para penyelidik yang hampir kepada sumber utama telah mati secara misteri. Kebanyakannya rakyat Amerika, Eropah dan sedikit dari lain negara.

Seperti satu igauan pula sebahagian besar dari amanat yang diturunkan oleh Rasulullah SAW amat mirip kepada apa yang telah berjaya dibongkar itu. Sebagai orang Islam yang mendapat imput tambahan dari sumber Hadis dan alQuran tentu mempunyai kelebihan merungkai kod tersembunyi. Ia memerlukan kesungguhan pemerhatian dan cuba memahami kod-kod yang terselindung di sebalik amanat tersebut.

Contoh yang boleh kita kaitkan: "Sesiapa yang menerima Dajjal sebagai Tuhan, akan mendapat syurga (atau segunung roti atau sebagainya) sebaliknya yang menentangnya pula akan menerima siksa neraka ciptaannya". Tiada siapa perasan mengenai kod-kod terselindung ini.

Seorang ilmuan yang telah membuat kajian mendalam serta mempunyai banyak maklumat "konspirasi" telah berjaya ditemui dan alhamdulillah, kita mendapat pandangan yang jelas dari beliau terhadap apa yang berlaku hari ini. Semoga maklumat ini dapat membantu sesiapa yang ingin turut sama berfikir mengenai fenomena akhir zaman ini.

HiddenHand (tangan tersembunyi) dikaitkan dengan pergerakan zionis yang telah mencampuri kehidupan kita seharian tanpa kita sedari. Teliti temubual AIDC dengan Pakar Konspirasi International, Dr Sulaiman Noordin berkaitan perkara ini.



AIDCNews – 28/11/11 – Pada Oktober lalu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor membuka satu dimensi baru tentang hala tuju politik negara.

Kata Rahim, ‘Dahulu.. Malaysia dilanda gelombang Marxisme, Sosialisme, sekarang gelombang Hak Asasi Manusia pula..jika tidak dibendung ia bakal menghakis dan meruntuhkan dasar-dasar negara yang sebelum ini dipersetujui bersama’.

Tertarik dengan ancaman gelombang baru itu, kami menemui Prof Madya Dr Sulaiman Noordin untuk mendapatkan kefahaman lanjut berkenaan asal usul gelombang baru tersebut.

Dr Sulaiman, bekas Pengarah Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan seorang penyelidik serius tentang gelombang antarabangsa.


Pada tahun 1994, beliau sudah menerbitkan buku bertajuk “Gerakan Antarabangsa dan Keselamatan Negara” untuk mendedahkan kepada rakyat Malaysia tentang bahayanya gelombang antarabangsa dalam memusnahkan sosio-budaya-agama-ekonomi di sesebuah negara.

“Hak Asasi Manusia berpaksikan Slogan ‘Freedom’. Slogan Freedom pula berasal dari ‘Slogan Illuminati’, dicipta hasil persidangan Freemason Brotherhood. Kemuncak ‘Freedom’ akhirnya menjadikan manusia sebagai Tuhan yang dinamakan doktrin humanisme”, itulah kesimpulan yang kami fahami hasil pertemuan dengannya.

Ikutilah wawancara lengkap dengan Dr Sulaiman, di Kajang pada 22 November 2011.

AIDC : Assalamualaikum doktor (Dr).. Dr ada mengatakan kebebasan (freedom) dan Hak Asasi Manusia digunakan sejak 200 tahun dahulu. Boleh huraikan dengan lebih lanjut maksud tersebut ?

Dr Sulaiman : Waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh..Bismillahirrahmanirrahim..

Berkaitan dengan soalan tadi, iaitu kata-kata hak asasi sebenarnya sudah lama. Saya pun telah menulis perkara ini dalam buku ini iaitu ‘Gerakan Antarabangsa dan Keselamatan Negara’ (1994).

Di mana pada tahun 1773, pemilik bank terkaya di dunia pada masa itu, namanya Mayer Rothschild di Eropah, khasnya di Jerman telah membuat satu meeting di mana yang hadir sahabat-sahabatnya, pemodal bank antarabangsa yang paling terkaya, lebih kurang 12 orang.

Mereka merancang bagaimana untuk membiayai dan kontrol revolusi dunia. Gerakan revolusi dunia sudah bermula tiga ratus lebih, lebih dari suku abad..Jadi, dengan takdir Allah ia terbuka, didedahkan oleh badan-badan perisik kerajaan pada masa itu.


Dalam buku ‘Pawns In The Game’(1958), ditulis William Guy Carr ada menceritakan bagaimana sekumpulan pemodal antarabangsa telah merancang dan membiayai gerakan revolusi sedunia.

Guy Carr adalah Komando dalam tentera laut Kanada, dalam bahagian perisikan adalah seperti tokoh Kristian yang ‘berjihad’ menentang gerakan revolusi sedunia.

Gerakan revolusi sedunia adalah untuk mewujudkan satu sistem pentadbiran yang diimpikan oleh kerajaan diktator, di mana, pemilik-pemilik harta yang terkaya ini akan menguasai ekonomi dunia melalui bank – bank ribawi.

Guy Carr mendedahkan satu persatu taklimat Rothschild kepada 12 kawan-kawannya itu, berkaitan dengan bagaimana mereka boleh menguasai kekayaan dunia, melalui satu kaedah yang sangat unik.

Cara mereka ini memerlukan kajian yang dalam, kepakaran yang tinggi berkaitan dengan brainwash(menyuci otak).

Mereka menggunakan ejen-ejen untuk menipu, mengguna frasa-frasa atau ungkapan-ungkapan yang bernilai tinggi, popular dan slogan serta membuat janji kepada rakyat jelata yang tidak tahu semua muslihat itu.

Dia (Rothhschild) berkata, kita janji, lepas itu kita pusing baliklah. Dia kata, itu tidak ada apa-apa.

Mayer Amschel Rothschild

Dia kata, mengguna ungkapan kebebasan (freedom), liberty…Dia kata, ‘goyim’ (bangsa lain selain Yahudi) ini adalah manusia lembu akan naik perasaan tinggi bila kita guna ungkapan ‘freedom’ sehingga mereka sanggup bertindak menentang undang-undang Allah dan undang-undang tabie.

Oleh kerana itu, kita juga boleh kontrol apabila kita berkuasa nama Tuhan pun kita boleh hapuskan daripada pelajaran manusia di muka bumi ini.

Jadi, maksudnya ‘freedom’ dan ‘liberty’ itu sama, maksudnya kebebasan ?

Sama. Perkataan sinonim. Free, bebas. Liberty, bebas. Kalau kita buka dictionary mereka, sama. Liberty itu apa yang kita suka lakukan. Liberty untuk menghuru-harakan, mencaci kerajaan; itu cerita lain, tapi matlamatnya sama.

Tetapi di bawah kerangka yang sama ?

Kerangka sama. Matlamat itu sama. Apa yang kita buat itu, walaupun rupa baik, tapi apa niatnya? Apa maksudnya?

Dr. ada mengatakan slogan ‘freedom’ atau kebebasan adalah slogan Illuminati. Boleh terangkan dengan lebih lanjut ?

Freedom dan liberty sememangnya ada dalam istilah-istilah yang digunakan oleh pihak pembangkang dalam Revolusi Perancis pada tahun 1789.

Perkara ini dibincangkan dengan jelas, dalam buku ‘Pawns in The Game’, bagaimana ungkapan-ungkapan ini digunakan.

Umpamanya dalam satu lagi buku bertajuk, ‘Protocols of the Learned Elders of Zion’, ditulis oleh Victor E. Marsden berdasarkan buku profesor di Rusia, Profesor Nilus.

Kedua-dua mereka ini pun mendedahkan rancangan Yahudi. Yahudi yang dikecam mereka adalah ‘Yahudi Baru’. Ada ‘Yahudi Lama’ dan ‘Yahudi Baru’. Mereka bukan anti-Yahudi tetapi anti ajaran satu golongan Yahudi (Yahudi Baru) yang menentang ajaran ‘Yahudi Lama’.

Zionis itu adalah ‘Yahudi Baru’. Mereka anti-Yahudi Lama. Zionis bukan keturunan yang berada di Palestin, tetapi daripada Khazar, keturunan Mongul.

Jadi, ini pun menimbulkan banyak masalah, bukan sahaja mereka menggunakan nama Yahudi dan Israel itu sebagai perisai, dengan menyorok di belakangnya tetapi mereka juga lah yang membunuh pengikut Nabi Israel.

Ini namanya ‘Yahudi Baru’, berbentuk ‘Yahudi Komunis’. Serupa juga dengan Kristian, mereka ada ‘Kristian Komunis’. Dalam Islam pun ada ‘Islam Komunis’. Jadi, ini pun mesti dijelaskan juga. Ada ‘Yahudi Baru’, ‘Kristian Baru’, ‘Islam Baru’.

Islam Baru adalah Islam Liberal, samalah tu.. mereka punya tajdid memperbahurui agama melalui pemikiran sains sosial.

Saya sudah jelaskan perkara ini dalam buku ‘Sejarah Pemikiran 1 – Sumber Ilmu. Perbandingan Ideologi dan Order Baru Dunia’. Dan ramai yang telah mentelaah buku itu. Jadi, kesimpulan saya, slogan itu adalah slogan illuminati.

Tapi yang menariknya, ia saling berkait juga ?

Ya, memang saling berkait.

Kalau kita tengok ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam ‘freedom’, ‘fraternity’, ‘liberty’, sememangnya ungkapan slogan yang dicetuskan bersumber daripada kumpulan ‘The Freemason Brotherhood’ iaitu Ikhwan Freemason yang menggerakkan Revolusi Perancis pada tahun 1789.

Dan ungkapan ini sememangnya ada dalam ‘Protocols of the Learned Elders of Zionis’.

Yang menariknya protokol ini, diulas dengan sangat baik oleh seorang warganegara Amerika Syarikat, seorang millionaire yang membuat kereta awam yang pertama di dunia, namanya Henry Ford.

Ford menjelaskan secara terperinci protokol Elders Zionis ini tetapi puak-puak Yahudi menafikan pendedahannya.

“Apa yang berlaku di Amerika Syarikat ini, apa yang kamu tulis, tak kiralah siapa tulis, tapi di depan mata saya sekarang ini apa yang saya dedahkan memang betul”, kata Ford.

“Apa yang dirancang 200 tahun dahulu, sedang dilaksanakan depan mata saya ini, depan mata kamu, hari ini, itu bukti jelas”, katanya lagi.

Sememangnya Ford rugi dalam perniagaannya kerana Yahudi menghentamnya dan tidak mahu mempopularkan keretanya, tetapi, kerana semangat patriotik, dia keluarkan buku ini, ‘Protocols of the Learned Elders of Zionis‘.

Ford sebut di sini, protokol nombor satu; ‘principle and rules of the Jews-masonry government Terror, “liberty, equality, fraternity.”

Ada ditulis di sini, dan dihuraikannya, bagaimana mereka menggunakan perkataan-perkataan liberty, equality, fraternity untuk menaikkan semangat revolusi.

Jadi, sememangnya sudah didedahkan oleh Henry Ford lagi… Sekarang baru datang ke Malaysia.

Bermakna, asal-usul daripada perkataan liberty, equality dan fraternity bermula sejak Persidangan Freemason ?

Ya. Freemason di Paris, Perancis. Di Perancis itulah titik permulaan Revolusi Komunis di negara Eropah.

Selepas itu, ia merebak sehingga setiap ketua negara masa itu, yakni Rajanya beragama Kristian dijatuhkan.

Mereka runtuhkan semuanya menjadi Republik. Sistem Republik itu, tangan belakangnya adalah Freemason yang berpusat di Eropah.

Jadi, apa pula peranan slogan liberty, equality dan fraternity ini dalam konteks menukar sistem pemerintahan ?

Peranannya menaikkan semangat… freedom…. bebas…bebas daripada kongkongan agama, bebas untuk menentang Raja yang dituduhnya sebagai zalim..

Tapi seperti dikatakan Ford, semua kata-kata itu hanya kosong semata-mata. Kata-kata yang ‘manusia lembu’ itu laungkan, freedom..kebebasan..

Kenapakah golongan pencerahan (enlightment) atau golongan freedom ini sering merujuk kepada Revolusi Perancis sebagai model mereka ?

Kalau dalam Islam, kita merujuk kepada Hak Asasi Manusia iaitu Declaration of Human Right yang diisytiharkan oleh Rasulullah s.a.w, 1300 tahun dahulu di satu kota namanya al-Madinah al-Munawwarah iaitu satu kota yang memberi cahaya.

Memberi cahaya maknanya illuminate. Memberi cahaya kepada seluruh dunia, cahaya rahmat. Daripada situlah timbulnya satu tamadun yang tidak ada sepertinya, juga memberi tamadun kepada Eropah yang ketika itu mengalami ‘Tamadun Gelap’, beratus tahun lamanya.

Satu tamadun yang sangat lama, sangat berjaya menegakkan Hak Asasi Manusia melalui cara Rabbani. Allah suruh buat macam ini, cara yang paling adil kepada manusia dan Tuhan.

Sebab ianya bercahaya kerana memberikan satu cara hidup yang sempurna, menjaga semua hak asasi kaum, hak asasi pemerintah, hak asasi rakyat, tanggungjawab perintah, tanggungjawab rakyat supaya sesuatu negara itu setia kepada Tuhan.

Jadi, daripada itu timbul lah idea manusia nak meruntuhkan tamadun lama, nak hijack dunia. Satu idea nak buat seperti Kota Madinah yang dibangunkan semula di Kota Perancis. Di situ pun timbul Revolusi Komunis pada tahun 1789.

Jadi, secara kebetulannya organisasi ini sekarang ini dinamakan illuminati. Illuminati ini adalah illuminate ataupun Munawarah.

Munawar, iaitu cahaya. Munawar, illuminate, cahaya – illumination. Tapi di belakang cahaya illuminati itu gelap-segelapnya.

Ia mahu mengajar, nombor satu, meruntuhkan agama. Kedua, mewujudkan huru-hara. Ketiga, untuk menghapuskan segala kerajaan tempatan untuk mewujudkan satu orde baru yang mereka susun.

Inilah slogan illuminati yang sebenarnya di belakang, mereka menggunakan agama. Ini sangat dibahas oleh tokoh-tokoh Barat, apa agama mereka ?

Agama illuminati adalah agama Lucifier, iaitu ajaran tafsir salah dari Kitab Talmud. Talmud ini menafsir Taurat.

Kitab Taurat yang dikatakan wahyu, ditafsirnya secara ganas. Yang dikata baik menjadi buruk.. asalnya, tidak boleh zina menjadi boleh berzina, ia berpusing-pusing, maknanya tafsir batin. Kata ini yang zahir, yang batin macam ini.

Jadi, agama ini namanya agama batiniah, agama batin. Jadi, agama batin ini diajar oleh sekumpulan pendita-pendita yang mengutarakan satu manual action doktrin dalam kitab Talmud.

Doktrin baru yang menentang tabie baik manusia. Ia mengajar umpamanya menggalakkan bercakap bohong. Bercakap bohong kepada ‘goyim’.


Goyim adalah manusia lembu, yakni orang yang tidak seagama dengan mereka adalah lembu, harta kekayaan mereka halal diambil dan sebagainya.

Mengenakan riba adalah halal. Macam itulah mereka punya ajaran semuanya teruk. Selain Revolusi Perancis, kenapa golongan ‘freedom’ sering merujuk kepada pemikiran John Locke ?

John Locke

John Locke ini adalah seorang profesor dalam bidang falsafah. Dia daripada keluarga Protestan. Protestan ini adalah tafsiran baru daripada agama Katolik yang merupakan ajaran lama dalam agama Kristian.

Dalam Kristian Katolik, mereka menganjurkan Allah dalam bentuk tiga. Paus dianggap sebagai Rasul.

Jadi, timbul penentangan oleh Martin Luther King untuk menafsir semula ajaran-ajaran gereja lama, Katolik. Ini dikatakan sebagai Protestan…protes.

Jadi, John Locke adalah daripada kalangan ini, Protestan. John Locke inilah yang menganjurkan satu konsep baru yang dinamakan sebagai humanisme.

Ideologi humanisme menganjurkan bahawa, ‘Tuhan yang maha kuasa itu sememangnya ada tetapi Tuhan yang maha kuasa itu adalah manusia. Tuhan manusia itu yang menentukan segala-galanya.

Manusia itu Tuhan sebab itu dinamakan humanisme. Tuhan yang asal sudah mati, jadi manusia yang jadi Tuhan. Jadi, ditafsirkan agama mengikut akal.

Humanisme ini adalah satu aliran yang digunakan kumpulan Illuminati untuk memporak-perandakan agama dunia. Humanisme adalah agama sementara untuk agama batiniah iaitu Illuminati.

Jadi, ia merupakan satu transisi.



Ada kaitan Malaysia?


AIDCNews – 09/12/11 – Hak Asasi Manusia dan demokrasi berakar-umbi daripada Humanisme iaitu satu fahaman yang menganggap manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itu adalah Tuhan yang Maha Agong.

Slogan-slogan itu diciptai oleh pemilik bank antarabangsa sebagai senjata politik untuk mencapai matlamat New World Order (NWO).

“Apabila mereka berakidah ‘Humanisme’, mereka kata, Tuhan tidak ada, yang penting ‘demokrasi’. Sistem yang berteraskan atas sistem bank ribawi, bursa saham menyerupai ‘kasino global’. Ia seakan-akan menjadi engin untuk pembangunan negara. Engin ini boleh jadi sakit, boleh meletup seperti yang sedang berlaku sekarang di Eropah dan di Amerika. Cuma kali ini mungkin natijahnya akan melahirkan pentadbir ekonomi dunia yang centralised“.

“Jadi, demokrasi yang berakar umbi kepada sistem bank ribawi ini membolehkan negara besar yang kaya menindas negara miskin melalui sistem bank ribawi. Contoh yang ketara ialah pertubuhan IMF. Pemiliknya seperti George Soros mencari peluang untuk memainkan sistem kewangan negara yang tidak mengawal sistem kewanganya dengan baik.

Sistem bank ribawi ini akan membawa kewujudan jurang perbezaan yang semakin besar antara kelas kaya dan kelas yang tidak berada. Orang kaya bertambah kaya dan orang miskin semakin miskin. Inilah punca masalah yang sebenar yang perlu dibetulkan bukan menukar pemerintah. Yang lebih dahsyat lagi ialah penyusunan semula dalam rancangan ‘NWO’ Zionis. Mereka ingin menghapuskan kelas pertengahan!

“Supaya ada tiga golongan kelas sahaja seperti dalam negara Komunis iaitu ‘Pemerintah’ (Banksters), ‘pekerja’ dan ‘tentera’. Itulah maksud sebenar Orde Baru Dunia. Nama ringkasnya NWO yang ditulis dalam rancangan ‘Protokol’ mereka pada tahun 1776 di Bavaria, Germany.

Ikutilah wawancara AIDC bersama Dr Sulaiman Noordin, 22 November untuk memahami persoalan ini.

AIDC :Adakah Islam Liberal atau Pluralisme Agama yang terjadi di dunia Islam hari ini juga warisan grand design 200 tahun dahulu ?

Dr Sulaiman : Sememangnya. Bermula dengan pluralisme dan liberalism, ia ada kaitan dengan agama Humanisme ini. Kaitan rapat seperti adik-beradik.

Bertrand Russell dialah tokoh yang memperjuangkan liberalisme di Eropah
.
Bertrand Russell

Dalam kerja meliberalkan agama Kristian di Eropah umpamanya, masalah perceraian diliberalkan sedikit, zina itu disyorkan liberalkan sedikit, kelakuan homoseksual itu disyorkan olehnya diterima secara liberal dengan hati terbuka.

Jadi, Bertrand Russell menafsir nilai etika baik atau buruk berdasarkan kepada akal. Wahyu tak boleh dipakai pada zaman moden.

Oleh kerana itu, dalam masalah pluralisme, dia menggambarkan bahawa semua agama itu adalah sama saja.

Humanisme menganggap agama adalah seperti cerita dongeng. Para Rasul adalah orang cerdik…cendiakawan yang bertujuan mengatur masyarakatnya supaya jadi baik.

Jadi, yang sebenarnya, golongan humanisme ini nak memukau rakyat dengan mengguna istilah-istilah ‘liberal’, ‘pluralisme’ dan ‘keadilan’. Yang penting niat mereka adalah untuk memporak-perandakan masyarakat supaya keadaan chaos iaitu huru-hara terjadi.

Bagi tujuan chaos ini, mula-mula mereka merosakkan nilai agamanya. Supaya masyarakat itu menjadi masyarakat ‘barbaric’ (tanpa peradaban).

Dalam keadaan chaos, huru-hara ini mereka ambil kesempatan mengadakan orde baru mereka. Iaitu dalam chaos yang mereka rancang, mereka membentuk satu orde baru dan satu agama baru dunia. Meruntuhkan orde yang lama, dan menggantikannya dengan orde yang ‘baru’.

Bagaimana slogan liberty, equality dan fraternity berkaitan dengan Hak Asasi Manusia ?

Sememanglah dalam slogan Hak Asasi Manusia ini ada cantuman tiga perkataan iaitu liberty, equality, fraternity. Ia berasal dari slogan Freemason…yang bergerak maju dari kota Illuminis (kota yang bercahaya) iaitu kota Paris ‘al-Munawarrah!’.

Slogan itu disebut dalam protokol (bahagian) satu Zionis tadi.

Dalam protokol satu ini prinsip akidahnya adalah ‘might is right’. Apa makna itu ? Iaitu ‘yang benar adalah kekuatan’. Apa makna hak bertempat dalam kekuatan ?

Inilah yang diungkapkan oleh Chairman Moa Tse Tung..

Moa Tse Tung

Ia berdasarkan teori evolusi Darwin. Teori itu kata, manusia berevolusi daripada monyet. Monyet jadi orang hutan, lepas itu dia jadi orang gua. Lama kelamaan dia jadi orang bandar. Dalam perjuangan hidup, manusia yang berhak hidup adalah yang terkuat. Kononnya hidup seperti pertarungan haiwan dalam hutan rimba.

Jadi, dalam teori politik protokol Zionis, yang ‘benar’ adalah terletak kepada orang yang menang. Tak kira bermoral, beretika atau tidak, dia dah menang. Tak kiralah bagaimana cara dia menang.

Itulah yang dikatakan oleh chairman Moa Tse Tung: ‘Saya tahu hanya ada satu kebenaran. Kebenaran itu terletak di depan lubang senapang aku’.

Jadi, inilah ajaran slogan liberty dan equality berdasarkan kepada akidah, might is right. Yang berkuasa itulah kebenaran.

Apa sebenarnya maksud liberty, equality dan fraternity ini ?

Ia bermaksud manusialah yang mencipta takrif ‘keadilan’.

Semua ketua-ketua Komunis seperti Stalin, Moa Tse Tung, Ho Chi Minh sebenarnya adalah orang proksi iaitu mereka adalah orang gurkha sahaja.

Pengurus sebenar tersorok di belakang tabir. Menyokong orang proksi dengan wang, bahan letupan, peluru, alat perang, kereta kebal dan sebagainya.

Semua mereka dibantu oleh pemilik ‘banksters’ yang berada di belakang tabir. Dan orang-orang ini menipu rakyat. Meraih sokongan rakyat dengan slogan-slogan yang enak didengar seperti menegakkan keadilan, menentang kezaliman. Tetapi di belakangnya? Iblis menggerakkan bidak-bidak di papan catur.

Apabila Moa Tse Tung, Stalin dan Ho Chi Minh memegang kuasa, siapa menentang mereka tidak akan mempunyai hak asasi. Hak asasi lesap jadi wap.

Semua penentang dilenyapkan. Disiksa atau ditembak tanpa pengadilan di mahkamah. Berpuluhan juta mati terkorban di Siberia, Rusia dan China.

Para penyelidik menganggarkan, tidak kurang daripada 60 juta dibunuh oleh parti komunis Moa Tse Tung.

Serupa juga di Vietnam, Ho Chi Minh yang disokong oleh pemilik bank antarabangsa, tidak kurang daripada 8 juta penentang dibunuh.

Jadi, mereka ini adalah ‘mass murderer’ iaitu pembunuh jumlah yang banyak, Jadi, penggerak komunis inilah yang melaungkan keadilan di rata-rata dunia.

Kalau mereka menguasai sesuatu negara, rakyatnya terpaksa lari. Sebab itulah, kita lihat fenomena ‘the boat people’ (orang sampan). Pelarian naik sampan sampai ke Australia, sampai ke New Guinea, sampai ke Malaysia.

Inilah rupanya keadilan yang mereka taja.

Adakah slogan ‘justice’ (keadilan) juga termasuk dalam slogan Hak Asasi Manusia ?

Yalah, slogan sebagai senjata politik. Slogan manis untuk meraih simpati…untuk menyorokkan tujuan mereka. Mereka mahu memerintah secara diktator mengguna bendera ‘justice’… keadilan!

Akhirnya rakyat yang kononnya hendak menegakkan keadilan, tertipu.

Datuk Ambiga Srceenevasan sokong Seksualiti Merdeka berpegang kepada Hak Asasi Manusia ?

Ya, sememangnya kerana orang yang laungkan itu berniat menggunanya sebagai senjata politik. Jadi, dari sudut mana dia ambil.. Daripada sudut apa ? Dari sudut politik.

Kita lihat orang itu, orang politik. Dan kita lihat , dia juga yang menentang Islam habis-habis dalam kes Lina Joy. Menentang Hakim Mahkamah Tinggi. Tuan Hakim yang sudah membuat keputusan pun, dia berani menentang atas dasar ‘Hak Asasi’ kaum ekstrem . Dia menetang dasar perlembagaan negara!

Ini satu tanda yang tidak baik.

Adakah semua yang diceritakan ini ada kaitan dengan New World Order (NWO)?

Sangat-sangat berkaitan dengan The New World Order atau Orde Baru Dunia yang diimpikan oleh pemilik-pemilik bank antarabangsa, berjumlah lebih kurang 12 keluarga. Keluarga terkaya yang mengikut ajaran Illuminati Zionis yang tertulis dalam rancangan ‘Protokol’ mereka.

Semua buktinya ternyata iaitu apa yang terjadi di depan mata kita sungguh pun ia ditulis 200 tahun dahulu!.

Dalam buku “The New Barbarians The Diabolical Plot For an Imminent Totalitarian World Government Exposed!” (Barbarian Baru. Rancangan penipuan bagi Mengadakan Kerajaan Kuku Besi Dunia Dalam Masa Terdekat Didedahkan):


Terdapat, tujuan pertama agenda mereka yang dapat dipastikan adalah seperti mana tersebut dalam buku-buku lain seperti, ‘Pawns in the Game’ oleh W.G.Carr (1957), ‘The New International Jew’ oleh Gordon Mohr (1967), ‘Proofs of a Conspiracy’ oleh John Robinson (1798), ‘Adam Weishaupt a Human Devil’ oleh G.B. Wimrod dan lain-lain adalah untuk menghapuskan semua agama kerana agama mempunyai nilai benteng yang kuat untuk menjaga kestabilan sesuatu masyarakat.

Sudah beribu-ribu tahun sebelum ini, agama telah berfungsi untuk menstabilkan masyarakat.

Tujuan yang kedua, menghapuskan kerajaan-kerajaan nasionalisme tempatan yang sah.

Yang ketiga, menggantikannya dengan satu Orde Baru Dunia yang kononnya bersifat antarabangsa. Apakah Orde Baru Dunia ini? Apa yang baru? Apa yang orde? Betulkah yang berorde yang baru ?

Yang penting, pusat pentadbiran NWO ini dirancang diletak di Israel. Di mana akan diwujudkan Parlimen Dunia, di Baitulmaqdis. Masjid Aqsa akan dirobohkan, Bangunan kuil Raja Solomon dirancang dibina semula di situ.

Yang keempat, dunia akan ditadbir oleh pemilik banksters yang berideologi ajaran kitab Talmud Pharisees Zionis yang bertuhankan syaitan Lucifier yang kononnya membawa cahaya bagi dunia yang gelap.

Yang kelima, pendidikan seks yang dilaung-laungkan sekarang ini adalah alat untuk mengawal dunia. Ia juga akan menjurus ke arah menggalakkan homoseksualiti.

Yang keenam, pengguguran bayi. Dalam buku ‘The New Barbarians’, seorang penceramah yang mengetahui rahsia dalam, melaporkan pengguguran bayi akan diberi subsidi. Pengguguran digalakkan sebagai satu rancangan untuk mengurangkan populasi dunia.

Jadi, homoseksualiti digalakkan membantu menggurangkan populasi dunia sambil meruntuhkan institusi kekeluargaan.


Yang Ketujuh, peranan institusi kekeluargaan akan dikecilkan. Pihak negara akan mengambil peranan keluarga. Persis macam sistem komune kominis.

Yang kelapan, harga perkhidmatan perubatan akan dinaikkan sepertimana yang terjadi di Amerika Syarikat (AS). Ia dijadikan mahal sehingga orang miskin tidak mampu. Tujuannya apa ? Untuk memudahkan lebih ramai yang mati. Ia termasuk dalam rancangan untuk mengurangkan populasi dunia.

Yang kesembilan, rancangan untuk kawalan ketat bagi perubatan. Rawatan herba akan disekat, tidak dibolehkan, dikatakan ia mengandungi racun. Perubatan dadah bukan beracun. Pada hal perubatan dadahlah yang mengandungi racun.

Yang kesepuluh, penyakit baru akan dicipta seperti AIDS. AIDS ini dicipta dalam makmal dan ujikaji telah dibuat ke atas dua negara di Afrika. Dari sanalah merebaknya AIDS.

Satu negara di utara Afrika telah dapat menangkap jururawat Perancis yang menyuntik dengan suntikan mengandungi virus AIDS!

Setelah disiasat, WHO terpaksa mengakui bahawa vaksin berkenaan ‘tercemar’ secara kebetulan!

Yang kesebelas, Ini penting. Memendamkan cara terbaik pemuliharaan bagi penyakit kanser. Iaitu sudah ada teknologi baru yang boleh mengawal penyakit kanser. Mereka sengaja memendamkannya bagi rancangan mengurangkan populasi dunia.

Jadi, dalam propaganda untuk menyekat penyakit kanser, beberapa yayasan kanser sebenarnya menjadi pertubuhan bukan untuk menyekat penyakit kanser.

Yang keduabelas, kawalan saluran maklumat dikawal dengan ketat. Umpamanya sudah ada teknologi untuk mencipta motokar yang kurang mencemar udara mengguna bateri yang tahan lama, tetapi dipendamkan. Sebabnya perniagaan minyak akan terjejas.

Sememangnya saluran maklumat di Amerika Syarikat dikawal. 90 peratus dari syarikat media terbesar dimiliki oleh pemilik banksters antarabangsa.

Yang ketigabelas, menggalakkan salah guna dadah. Dadah yang menjadi masalah di seluroh dunia termasuk di Amerika Syarikat sebenarnya sebahagian daripada aktiviti perniagaan CIA.

CIA ?

Ya CIA… CIA ini adalah menjadi penaja dadah yang paling besar di dunia.

Ini didedahkan oleh beberapa ejen-ejen CIA dan pagawai militari yang cinta negaranya AS, di mana CIA menggunakan diplomatic immunity mereka untuk bawa masuk bertan-tan marijuana daripada Columbia dan sekarang ini diimport pula daripada Afghanistan, satu ladang kokain marijuana terbesar di sana.

Sebelum ini China adalah mengeksport dadah yang paling besar…Juga, minuman keras dan lain-lain… mereka inilah tauke.

Itulah NWO…

Siapakah dalang di sebalik slogan Hak Asasi Manusia ?

Dalangnya adalah pemilik bank antarabangsa. Di AS, orang-orang yang faham tentang perkara ini mereka kata, ‘bankster’ iaitu pemilik bank yang jadi ‘barbarians gengsters’, iaitu kerja mereka adalah menggalakkan peperangan.


Dalam buku Alexander Jim, ‘The Hidden History of Money on Feudal Orde the US Secret’,..ini boleh dimuat turun daripadae-book… Inilah manual terbesar dalam terroris. Jadi bacalah, jangan terikut-ikut dengan propaganda mereka.

Jadi siapa mereka ? Dalam buku ini, mengatakan lebih kurang 12 keluarga dan pemodalnya iaitu keluarga Rothschild, keluarga J.P Morgan, keluarga Warburg, keluarga Rockefeller, keluarga Schiff.

Dan bank mereka adalah Goldman Sachs, Kuhn Loeb, Morgan Guaranty, Lehman Brothers, Lazard Freres, Dillon Read dan Chase Manhattan.

Inilah orang-orangnya yang mempunyai bank Amerika yang dikatakan Federalism Bank. Orang ini punya,.. mereka kongsi. Orang inilah yang mempunyai Bank of France.

Jadi, bank inilah yang membiayai Hitler… Membiayai Stalin…

Saya serulah orang-orang yang terjebak ini ataupun orang yang terlibat dalam group thinkers, think thank dalam pasukan anti-teroris… Bacalah buku ini supaya mereka dapat penjelasan berkenaan apa itu The New World Orde yang kita sedang berdepan sekarang ini.

Dr. pernah sebut tentang Fabians Society, boleh jelaskan ?

Fabian ini adalah rancangan lama. Fabian Society ini wujud di England tetapi sekarang ini ditukar namanya Council of Foreign Relations (CFR).

Jadi, itulah Fabian?

Itulah Fabian. Setiap Setiausaha Negara AS, majoritinya mesti dijemput menjadi ahli CFR. Dia boleh jadi Presiden.. boleh jadi Setiausaha Negara.

Dalam buku ini ‘Sejarah Pemikiran 1’ pun saya sudah dedahkan 15 tahun dahulu, apa itu Fabians… CFR adalah tangan yang tersembunyi di belakang kerajaan AS yang tidak bertukar… tetapi parti itu bertukar.

Kadang-kadang parti politik Republikan menang, kadang-kadang parti Demokrat menang. Tapi orangnya mesti datang daripada CFR.

Di belakang CFR ini… adalah syarikat bank-bank raksasa dunia. Jadi, bank ini yang beri duit dalam pilihan raya kepada kedua-dua pihak. Parti mana yang menang, kita menang. Mereka bertaruh dua-dua.

Orang Amerika sudah faham tentang perkara ini dan mereka memberontak sekarang. Kita mesti peka apa yang terjadi di AS, boleh buka laman ini, www.infowarsh.com. menceritakan bahawa orang AS sudah bosan, muak dan sedar tipu yang dibawa oleh Fabians Society di bawah CFR.

Kenapakah pejuang Hak Asasi selalu merujuk kepada The Universal Declaration of the Human Rights di Paris tahun 1948 ?


Declaration of Human Rights adalah Deklarasi Hak Asasi Manusia timbul daripada kepercayaan ideologi Humanisme iaitu timbul daripada kota yang memberi cahaya kepada kegelapan.

Paris adalah kota pertama yang menaja Revolusi Komunis Karl Marx, di belakangnya pertubuhan Freemason dan ibu pejabatnya juga di situ pada tahun 1789.

Freemason ini melahirkan komunisme.

Alger Hiss adalah penulis Perlembagaan United Nations. Dia ini didedahkan oleh orang patriotik di AS dan dia dibicarakan dalam mahkamah.

Dan keputusan mahkamah menyebut dia (Hiss) ini adalah ejen komunis dan dia ini convicted of perjury.

Ini ada diceritakan dalam buku ‘Pawns in the Game’ oleh William Guy Carr.

Jadi, United Nations ini yang melaungkan Hak Asasi Manusia juga adalah satu rancangan orang penipu.

Oleh kerana itu, Hak Asasi itu terselit dalam ideologi Humanisme supaya kita disuruh melupakan Hak Asasi Allah.

Seorang Presiden Humanisme di Boston, AS berkata, “Adakah ahli humanisme percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa?”. Dia menjawab, “Sememangnya kita percaya Tuhan Yang Agung itu adalah manusia. Humanis tidak tahu ada yang lebih agung daripada dirinya.”

Dia berdasarkan kepada Teori Darwin. Satu orde ekonomi, sosialis dunia perlu ditubuhkan iaitu orde baru dunia.

Kenapa di Malaysia, tokoh dan NGO Hak Asasi Manusia sering dikaitkan dengan George Soros dan National Endowment for Democracy (NED) ?

Penglibatan Soros dan NED telah didedahkan pada tahun 80-an di AS, di mana seorang bekas ejen CIA, Phil Agee telah menulis satu buku ‘Inside the Company’.

Di dalam buku itu, dia mendedahkan bagaimana dia sebagai ejen CIA yang menyalurkan wang kepada pihak-pihak pembangkang di negara-negara membangun khasnya di Latin Amerika, Timur Tengah, Filipina dan lain-lain supaya memandu proses demokrasi, di mana yang menang itu akan berpihak kepada AS.

Dia (Agee) mendedahkan perkara ini secara berani. Selepas itu, Kongres membuat satu undang-undang supaya bekas-bekas ejen CIA tidak boleh lagi mendedahkannya.. Itu maknanya betullah.

George Soros 

Satu organisasi Soros iaitu Open Society Institute (OSI) yang menyumbang wang kepada NED. Maka, kerja-kerja lapisan. NED ini adalah topeng CIA.

George Soros ini yang menyebabkan kemelut kewangan negara kita pada tahun 1997/1998. Dia mainkan duit kita di mana Thailand, Indonesia, Filipina pun turut mengalami nasib yang sama.

Nasib baiklah, Tun Dr. Mahathir bijak menggunakan think thanknya. Dalam satu bulan boleh melawan balik. Itu satu usaha gergasi yang mana negara serantau tidak dapat, tiada ketua negara yang mempunyai kaliber, keberanian, political will untuk menentang ancaman yang besar ini.

Soros ada menyalurkan dana kepada NGO dan juga Malaysiakini.com sebanyak RM800,000 pada tahun 2001 dan 1.25 billion pada tahun 2002. Ini ada dalam laporan tahunannya.

Dia pun berslogan bahawa kita mahu menembusi media massa negara-negara membangun yang dikongkong, katanya. Ini melanggar etika sesebuah negara.

Apa kaitan Hak Asasi Manusia dengan demokrasi ?

Hak Asasi Manusia dan demokrasi berakar-umbi kepada Humanisme. Apabila mereka berakidah kepada Humanisme, mereka kata, Tuhan tidak ada, yang penting demokrasi. Amalan bank riba atau kasino hendaklah menjadi satu cara hidup atau enjin untuk pembangunan.

Jadi, demokrasi mesti membawa kepada sistem bank riba iaitu negara besar menindas negara miskin melalui sistem riba.

Seperti IMF memberi pinjaman kepada negara-negara, sistem riba sangat mustahak dalam ekonomi mereka.

Oleh kerana itu, kita mendapati bahawa Allah menghapuskan riba supaya tidak ada peperangan kelas. Riba mewujudkan perbezaan kelas atau kasta. Orang kaya bertambah kaya dan orang miskin semakin miskin. Riba ini adalah satu cara atau rabbani supaya tidak akan wujud kelas.

Mereka ini pandai. Mereka mewujudkan satu manifesto komunis untuk menghapuskan kelas kononnya melalui humanisme, keadilan, freedom. Mengelabukan rakyat.

Yang menjadi tanda besar, bukti bahawa Karl Marx ini bersekongkol dengan kapitalis besar adalah di Moscow. Di Medan Merdeka Moscow ada Chase Manhattan Bank, yang paling besar tersergam di situ.

Kalau ada perayaan kebangsaan, Presidennya, Generalnya, mengadakan minuman besar di dalam bank tersebut. Apa benda ini ?

Setiap tahun ia buat macam itu. Ini dilaporkan oleh media massa alternatif AS.

Mana ada sosialis menentang pemodal elit yang terkaya, dia menentang pemodal tempatan sahaja supaya eliminate kelas tempatan ini.

Supaya ada tiga lapisan sahaja iaitu pemodal, pekerja dan tentera. Itulah namanya New World Orde.

Sistem demokrasi yang sebenarnya ada dicatat dalam protokol Zionis iaitu pemerintahan secara rakyat jelata yang tidak tentu arah. Itulah demokrasi supaya sesuatu negara atau bangsa itu sentiasa bergaduh.

Mewujudkan suasana sentiasa bergaduh. Itu demokrasilah. Yang penting, dalam pergaduhan atau huru-hara, musuh negara mengambil peluang campur tangan untuk menjadi penyelamat kaum.

Dalam protokol ini kata, demokrasi ini adalah satu permainan.

Kita sering difahamkan demokrasi hanya dikaitkan dengan pilihan raya yang adil dan bebas dalam konteks Malaysia ini. Benarkah fahaman itu kerana maksud demokrasi yang difahami Barat lebih luas termasuk freedom of religion dan freedom of conscience yakni kebebasan beragama. Adakah dengan memilih demokrasi ini seperti memilih bebas beragama ?

Betul. Sememangnya bertujuan begitu dan di AS yang mempraktikkan demokrasi, tetapi demokrasi yang saya katakan tadi, di belakang CFR ini ada ‘dua kuda’. Satu Demokrat dan satu lagi Republikan. Yang mana menang tak kiralah.

Jadi, yang penting itu adalah pihak media bebas untuk ‘mendakwah’ kepada freedom dalam seks bebas, homoseksual, lesbian sehingga menjadi tahap seperti sekarang ini.


Di San Francisco ada gereja homoseksual yang boleh kahwin. Dan Presidennya pula mesti sebut, “Kau sokong homoseksual ?..Ya, aku sokong !. Kau sokong lesbian?, Aku sokong. Kau sokong Israel ?, Aku sokong!”

Itu yang terjadi kepada negara yang dikatakan freedom for all ini.

Kalau kita tengok di AS, apa yang mereka komplen sekarang. Di sana ada pilihan raya Presiden, satu pilihanraya terpenting.

Bagaimana cara pilihan raya? Melalui “black box”. Ada satu buku menceritakan berkenaan apa itublack box.

Pilihan raya melantik Presiden AS melalui black box iaitu satu tempat, boot di mana kamu cucuk untuk mengundi.

Misalnya, Kalau pilih Bush, cucuk Bush, siapa kamu pilih sama ada A atau B. itu black box, tak ada tulis, tak ada cop.

Kamu rakyat ada social number.. masuk.. cucuk.

Orang yang cerdik mula siasat, angka ini yang yang Bush menang, saudara-mara Bush yang cucuk. Sudah diprogram.. cucuk A keluar B.

Undang-undang membenarkan itu. Hari ini pun masih black box juga. Ini yang dikatakan transparensi di AS melalui black box.

Sepatutnya Soros settle masalah pilihanraya di AS itu.. mana transparensinya. Program boleh diprogramkan khasnya saudara kamu yang mengendalikan black box ini, tentulah kamu menang.

Oleh itu, hari ini mereka sudah memberontak. Mereka kata kita tak mahu, ini tipu. Sememangnya orang Amerika kata, kita ini kena tipu oleh parti-parti. Mereka kata, yang sebenarnya kita mesti kembali kepada konstitusi asal AS, bebas untuk bersuara. Sekarang tak bebas katanya.

Yang memegang media ini, suara kita tak keluar, suara dia saja. Media dikawal 90 peratus. Dia kata,all the media control by the family. Duit kawal, jadi tak ada bebas.

Dia kata bebas bersuara, tapi bebas suara siapa? Suara dia. Suara yang 90 peratus tak ada. Jadi, mereka pakai alternative news sekarang.

Ada berlaga info… peperangan minda… satu itu, miss information dan satu lagi information betul. Jadi, orang sekarang ini sudah berjuta-juta masuk kepada alternative news ini.

Itu betul mereka punya peperangan lah. Sekarang ini beribu-ribu demonstrasi di Wall Street.

Perkara ini boleh dapat… tiap-tiap malam mereka beri laporan dalam presentplanet.com.. kalau kita dapat ini, barulah kita dapat gambaran yang lebih jelas bahawa mereka menaja kita transparensi, tetapi di negaranya sendiri ditutup.

Inilah yang dinamakan demokrasi.

Kalau berpegang kepada konsep demokrasi cara Barat tadi, bermakna boleh mempraktikkan kebebasan ?

Cara Barat, undang-undangnya lain daripada kita. Tapi mengikut undang-undang Kristian pun, mereka mengharamkan seks bebas.

Seks bebas haram. Daripada asalnya haram. Dia orang Kristian pun haram. Zina haram.

Apabila Pentagon dapat menguasai pucuk pimpinan, dia buat exit attitude orde, tukar-tukar. Jadi rosak habis, constitution rosak.

Jadi, kita dalam konteks Malaysia, kita pun ada pelbagai. Jadi janganlah kita jadi AS pula. Menganjak paradigme nilai melalui orang-orang ini. Kita harap janganlah. Kita jangan terikut-ikut kemusnahan depan mata kita ini. Kita patut belajar.

Adakah gelombang revolusi di Timur Tengah juga berkait dengan Hak Asasi Manusia ?

Gelombang yang ada di Timur Tengah ini yang dilaung-laungkan dalam media mereka, dikatakan ‘the spring revolution’ iaitu ‘Revolusi Pembangunan’..Revolusi ini dipandang mereka sebagai satu positif, menghala kepada NWO.

Apa yang berlaku sekarang ini mengecewakan rakyat Mesir. Sekarang ini rakyat Libya kecewa kepada Afghanistan, Iraq, di mana beribu-ribu rakyat mati. Dan di Mesir sekarang ini pun bergolak.

Sememangnya rancangan Revolusi Spring itu bukan untuk rakyat. Yang sebenarnya adalah untuk huru-hara.

Pada 10 Mac, saya download dokumen ini daripada presentplanet.com. Dia mengatakan bahawa, ElBaradei ini daripada ICG (International Crisis Group), di belakangnya adalah Soros.


ICG Tajaan Soros : Dari kiri, Shlomo Ben-Ami, Stanley Fischer, Shimon Peres, dan Mohamed ElBaradei.
Oleh itu, dia kata ElBaradei ini adalah orang Soros. Soros adalah pemodal antarabangsa. Ini adalah satu penipuan besar yang merugikan rakyat.

Sememangnya rakyat rugi dan rakyat mengharapkan penukaran yang baik tapi dia terjebak dalam operasi CIA.

Pemodal-pemodal daripada luar negara semua lari. Negara tak stabil. Maka negara mendapat kebuluran dan pengangguran.

Sekali ini pusingan kedua tetapi kerajaan baru ElBaradei ini mengatakan tak boleh demonstrasi, tidak boleh ada slogan keadilan, siapa-siapa demonstrasi tangkap – pecah kepala.

Ini perubahan yang didapati berlaku di Iraq. Seratus ribu yang terbunuh di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana menggunakan Syiah, memfatwakan bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah ini najis, halal darahnya. Jadi, serupa di Afghanistan sekarang ini.

Dan terbaru ini Libya pula kena. Libya ini lagi terang-terang kasar kerana NATO masuk campur.

Sebabnya, pada Januari 2011, Presiden Muammar Gaddafi mengisytiharkan bahawa daripada sekarang saya tak mahu bayar mengguna US Dollar walaupun matawang Euro untuk menjual minyak. Kita akan hanya terima dinar dalam bentuk emas.

Ini mengecewakan pemodal bank antarabangsa. Dan kerana itu, pada Februari, mereka masukkan tentera NATO khas dari tiga negara iaitu Perancis, British dan AS. Masuk ke Banghazi.

Banghazi ini adalah di Timur daripada Libya. Banghazi ini sarang al-Qaeda, pemberontak. Ramai al-Qaeda daripada berperang jihad di Afghanistan, Iraq ditempatkan di penjara Bhanghazi.

Di penjara itu, ada dua orang terkenal iaitu penolong Osama bin Laden, namanya Abdel Hakim Belhaj dan Abdel Hakim al-Hasidi yang ditangkap di Malaysia dan dihantar ke penjara Libya.

Yang menjadi pelik, apabila NATO masuk, mereka membebaskan dua hingga empat belas orang al-Qaeda termasuk Abdel Hakim al-Hasidi dan Abdel Hakim Belhaj . Belhaj bunuh Gaddafi dan memerintah di Tripoli pula.

Pelik juga, katanya al-Qaeda itu teroris tetapi kenapa kamu mengguna teroris memerintah Libya?


Dan mengapa kamu yang melaungkan Hak Asasi Manusia bahkan di United Nationsiaitu di New York, tetapi kamu menceroboh satu negara yang bebas dan membunuh pula ketuanya yang tidak mendapat kelulusan United Nations.

Malah menggunakan bom kluster pula. Ini boleh didapati di dalam video di chanel libya-whatrealyhappened.com.

Buka di sana, ada video didedahkan bahawa mereka menggunakan kluster bom. Yang paling zalimnya, mereka bom di kawasan rumah di Tripoli yang ada ramai kanak-kanak.

Apabila Presiden Gaddafi ditangkap, dalam undang-undang United Nations, Hak Asasi Manusia pun, soldier pun jadi precedence of war.

Gadaffi ketua negara, mana boleh bunuh. Tak boleh. Ini satu jenayah antarabangsa. Ini termaktub dalam United Nations, dalam Deklarasi Human Rights.

Tapi kenapa dia dibunuh? Yang membunuh itu askar daripada Qatar yang dimasukkan dalam tentera untuk menolong al-Qaeda.

Dan yang lagi sedih apabila Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton mendengar berita bahawa Presiden Gaddafi sudah dibunuh, apa dia cakap, “We came, we saw he died.” Iaitu, “Kita masuk, kita lihat, dia sudah mati”. Dia boleh ketawa. Dia cakap depan kamera, boleh buka di whatreallyhappened.com.

Ini satu menyedihkan, kerana mereka inilah, Setiausaha Negara adalah mempengerusi CIA. Mempengerusi National Security Agencies (NSA) iaitu yang paling besar kerana ada maklumat berkenaan seluruh dunia.

Apa yang berlaku sekarang ini adalah terang-terang memerangi Hak Asasi Negara dan Hak Asasi Rakyat.

AIDC: Dr Sulaiman : Slogan ‘Freedom’ Illuminati, Senjata Baru Tumbangkan Kerajaan



Dr Sulaiman : Slogan Kebebasan, Hak Asasi Senjata Revolusi Rakyat 200 Tahun Dulu..



AIDCNews – 06/11/11 – “Sejak 200 tahun dahulu sudah ada slogan ‘freedom’(yakni) bebas,’Equality’, ‘Fraternity’. Ini (slogan) freedom llluminati“, kata Profesor Madya Dr Sulaiman Noordin ketika ditemui abuaqif di Kajang, Selangor, 3 November lalu.

Dr Sulaiman, bekas Pengarah Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia berkata strategi mengunakan senjata liberty (kebebasan), equality (persamaan) dan fraternity (persaudaraan) pernah digunakan pada tahun 1789, semasa Revolusi Peranchis untuk membentuk sebuah Negara Liberal pertama di dunia.

Ketika itu beberapa slogan lain turut digunakan oleh kumpulan Freemasonry antaranya; “Strength (kekuatan), Equality (persamaan), Justice (Keadilan), namun slogan “Liberty, equality, fraternity” paling berkesan.

Menurut Dr Sulaiman slogan kebebasan dan hak asasi itu digunakan untuk mencapai cita-cita revolusi yang sebenarnya di bawah telunjuk kuasa asing untuk menjayakan agenda New World Order (NWO) atau Order Baru Dunia.

“Ia adalah slogan untuk mencetuskan revolusi rakyat menentang pengusaha (pemerintah) untuk mewujudkan..menyusun semula Order Baru Dunia.

“Order Baru Dunia ini ditaja oleh 7-10 keluarga pemilik bank antarabangsa yang terkaya di dunia

“Mereka ingin menguasai dunia yang disebut sebagai ‘global village’, di mana kuasa pemerintahan berpusat kepadanya dengan mewujudkan tiga kelas rakyat iaitu pemerintah, tentera dan pekerja”, katanya.

Menurutnya slogan ini adalah slogan sains sosialis untuk menyusun semula masyarakat yang bebas daripada nilai-nilai agama dan budaya kaum dan membentuk satu sistem sosialis komunis bentuk baru.

“Hak asasi manusia adalah slogan sosialis yang bersumberkan kitab Talmud (kitab agama Yahudi terpenting).

“Di belakang slogan ini adalah kuasa-kuasa ghaib yang berselindung di belakang pemilik-pemilik bank dunia”, katanya

Dalam buku The Hidden History of Money & Feudal Order Usury Secrets, karya Alexander James, mendedahkan, untuk mencapai cita-cita tersebut, langkah pertama yang perlu dilakukan oleh para pendokongnya dengan memporakperandakan ‘nilai-nilai agama’.

Hal ini terbukti, apabila, Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Lucy Mcfadden, tokoh yang terlibat secara langsung mengkaji perkaitan bank dengan kuasa mengesahkan bahawa pemilik-pemilik bank antarabangsa telah bekerja untuk mewujudkan suatu keadaan huru-hara dan kemiskinan supaya mereka (pemilik bank) boleh terus menjadi pemerintah (sebenar).

Selepas peristiwa 9/11, empat negara Islam, Iraq, Afghanistan, Mesir dan Libya menjadi sasaran melalui slogan tersebut.

Menurut Dr Sulaiman, kebanyakan pengkaji Barat mencurigai modus operandi berlakunya tragedi 9/11 dan kemungkinan besar tragedi itu sengaja direka untuk mempercepatkan kejayaan agenda NWO.

Selepas tregedi 9/11, negara-negara Islam menjadi sasaran, termasuk di Malaysia yang dilakukan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan dalam perhimpunan haram BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.

“Ambiga melalui BERSIH mendapat bantuan daripada NED (National Endowment for Democracy), pertubuhan topeng CIA, targetnya untuk melakukan huru-hara.

“Supaya mereka (Barat) boleh mengambil kesempatan seperti di Mesir dan Libya”, katanya.

Pada Julai lalu, sebelum menjelangnya perhimpunan haram BERSIH 2.0, Dr Sulaiman mendedahkan perhimpunan itu adalah sebahagian daripada agenda kuasa asing yang bertopeng ‘people power’ (Kuasa Rakyat).

Katanya, perkara ini semakin jelas, apabila Ambiga sendiri dijemput untuk merasmikan acara tahunan Seksualiti Merdeka 2011 yang bertujuan mahu mengiktiraf kumpulan seks bebas, LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

Katanya, program Seksualiti Merdeka adalah kesinambungan BERSIH 2.0 iaitu melakukan provokasi nilai-nilai ekstrim kepada masyarakat.

“Dalam demokrasi di Malaysia, mereka cuba merintis nilai-nilai ekstrim, seksual bebas, homoseksual, lesbian melalui NGO (hak asasi manusia).

“Kumpulan NGO ini berusaha mengancam nilai-nilai murni kumpulan rakyat yang majoriti yang (sudah pasti) tidak (akan) terima nilai-nilai seperti ini.

“Mereka menerima nilai kebebasan, persamaan dan persaudaraan sebagai perisai kerana di belakangnya adalah Soros, Cohen dan Madeline Albright.

“Mereka cuba membuat New World Order..di mana mereka (akhirnya menjadi) firaun terbesar”, katanya.

Menurutnya, kumpulan tersebut bersembunyi di sebalik istilah-istilah yang baik untuk menyembunyikan keganasan yang bakal mereka lakukan.

Dalam buku terbarunya bertajuk “Sejarah Pemikiran I – Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi dan Order Baru Dunia” menyimpulkan bahawa matlamat akhir kumpulan kebebasan dan hak asasi manusia itu adalah untuk menukar takrif nilai-nilai agama dan budaya tempatan.

Mereka mahu takrif nilai-nilai agama dan budaya tempatan yang baru yang kononnya bersesuaian dengan peredaran zaman.

“Tuntutan hak asasi ini yang sebenarnya ditaja oleh The Fabian Society di London, New York, yang berasaskan pemikiran sosialis marxisme yang di belakangnya dibiayai oleh pemilik bank antarabangsa.

“Mereka ingin menukar nilai masyarakat melalui kata ramai..kata majoriti (dunia)..nilai masyarakat moden..menggunakan slogan nilai perlu ikut zaman.

“(Nilai baru itu) mestilah lepas daripada kongkongan agama..agama itu katanya kuno, racun, membantutkan kemajuan dan sebagainya” katanya.

Namun begitu, mengikut kajian Victor E Marsden dalam bukunya, ‘The Protocols of the Elders of Zion’, merosakkan nilai institusi keluarga dan pembelajarannya adalah termasuk dalam salah satu protokol Zionis tersebut.

0 comments: