Posted by Unknown | 0 comments

JESUITS dan Perancangannya Memerangi ISLAM (musuh yang tersembunyi)


Lambang (Momokan) Muslim dan Kristian

Masa depan Umat Islam Semakin Kacau

Kita perlu membuat kajian mendalam peranan kumpulan pemikir baru yang dibangunkan oleh satu pertubuhan sulit Vatican untuk tujuan mengatur sosio-politik negara-negara Islam. Di akhir perkhabaran ini akan terbayanglah kelahiran kuasa politik baru yang bertopengkan Islam yang mungkin juga dapat dianggap sebagai "as Sufyani" yang bakal bertapak kukuh selepas kejatuhan rejim Bashir al Asad nanti.

Damsyik (Syam-Syria) adalah tapak di mana lahirnya penguasa zalim yang akan menghalang kebangkitan semula Islam di bumi Arab. Kemuncak kejahatan as Sufyani ialah mencari untuk menghapuskan seorang hamba Allah yang akan di baiah di sisi Kaabah. Muhammad bin Abdullah yang akan bergelar Penghulu Akhir Zaman, al Mahdi.
Diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud , “Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah syed (sayyid) sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.” 
Peristiwa ini tidak akan berlaku selagi Arab Saudi tidak mengalami huruhara akibat perebutan kuasa antara pewaris takhta akibat kematian rajanya (mungkin anak Saud yang terakhir). Pengasas Arab Saudi telah mewasiatkan takhta singgahsana negara diwariskan kepada anak-anaknya. Kini kesemua anak-anaknya sudah pun meninggal dunia kecuali 2 orang tetapi dalam keadaan lanjut usia dan uzur.
Rasulullah saw bersabda: “Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Makkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Makkah, lalu mereka membai’at Imam al Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Kaabah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Makkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)
SERANGAN as SUFYANI
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (HR. Ahmad)
"umatku" bermakna "mereka yang beragama Islam".
Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari menerangkan di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS bahawa al Mahdi dilahirkan di Madinah Al-Munawwarah serta dibesarkan di sana. Sebelum umat Islam berbai’at dengannya, berlakulah satu peperangan yang besar di antara penduduk Madinah dengan tentera-tentera as Syufiani. Dalam peperangan tersebut, penduduk Madinah mengalami kekalahan dan mereka lari bersama-sama al Mahdi ke Makkah. Di Makkah datanglah orang dari berbagai-bagai negeri kerana berbai’at dengannya di suatu tempat iaitu di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.  
As Syufyani ini dari daerah Syam (Damsyiq, Syiria). Dialah yang menyerang Madinatul Munwwarah yang menyebabkan penduduknya melarikan diri ke Makkah, termasuklah Imam al Mahdi. Pada waktu itu tiada siapa pun yang tahu bahawa dia adalah Imam al Mahdi termasuklah dirinya sendiri.

Persediaan untuk kebangkitan rejim as Sufyani ini sedang berjalan lancar melalui perancangan NED, pertubuhan klon CIA dari USA. Juga difahamkan ia bertitik tolak dari penerusan aktiviti Illuminati yang menjadi pencatur utama penciptaan Israel Raya sebagaimana yang terkandung dalam 'Protocols of Zion'. Apa yang pasti al Sufyani akan mengiktiraf Israel sebagai syarat sebagaimana kehendak tuan mereka iaitu Yahudi Amerika.

The Society of Jesus (LatinSocietas IesuS.J.SJ, or SI
is a Catholic male religious order that follows the teachings
 of the Catholic Church. The members are called Jesuits  

Tanda-tanda ini semakin ketara. Dasar ini dipelupori oleh Jesuits Antarabangsa yang kini beroperasi secara giat di USA. Anehnya mereka yang menjalankan tugas "gelap" Vatican ini terdiri dari pemuka-pemuka Yahudi Zion di Amerika bukannya bangsa Eropah di Rome. Terdapat juga maklumat menyatakan bahawa Jesuits ini juga telah diserapi fahaman zionis walaupun ditadbir oleh Vatican.  Freemason dan Illuminati juga adalah agen Zionis Antarabangsa. Kita bolehlah menganggap bahawa ketiga-tiga pertubuhan ini walaupun memakai nama yang berlainan, tetap mempunyai misi yang sama iaitu menjadikan dunia ini milik mutlak orang Yahudi dan secara kebetulan musuh terakhir mereka ialah Islam.

Untuk mengelabui musuh (terutamanya Islam) dalam mengatur berbagai konspirasi, mereka berselindung di sebalik beberapa pertubuhan dengan berbagai nama atas berbagai misi dan peranan yang berbeza. Dalam satu segi, mereka sengaja menampakkan semua kegiatan hanya untuk kepentingan kuasa politik Amerika Syarikat, padahal ia telah lama direka untuk melindungi hasrat Yahudi membangunkan Israel Raya meliputi kawasan dari Sungai Nil hingga ke Sungai Tigris.

Melalui as Sufyani inilah seluruh negara Arab akan ditawan atau dipaksa bersekutu di bawah pengaruh Amerika kecuali Makkatul Mukarramah.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (HR. Ahmad)

Telah bersabda Rasullah s.a.w, "Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bahagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bahagian depan kepada pasukan bahagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengkhabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka." (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah).
FFF

Sejauh manakah Malaysia telah terseret ke dalam perancangan mereka? Kita perhalusi dahulu dari sudud Jesuits ini kerana amat jelas ia telah memberi kesan secara langsung perubabahan sosio-politik negara. Apa yang pasti mereka tidak akan pernah berhenti selagi kita tidak mahu mengikut cara yang mereka anjurkan. Untuk itu pelbagai bentuk kerosakan dilakukan secara rahsia atau secara nyata.

Amat malang maklumat ini akan menjejaskan sebahagian dari kita (umat Islam) yang telah diseliputi fahaman politik dan gagal melepaskan diri darinya (merdeka). Kebenaran terpaksa dipaparkan juga sebagi satu tanggung jawab walaupun tidak disenangi oleh sebahagian dari kita. Amatlah diharapkan satu hari nanti mereka yang enggan percaya akan memikirkannya semula sebagai manusia Islam yang merdeka. Untuk memahami konflik rumit ini, kita semestinya membebaskan dahulu diri kita dari sangkar politik.

Campur tangan Amerika dan Eropah melalui pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan juga NGO telah lama bertapak di negara kita. Ramai diantara pemimpin terdahulu terpaksa akur dengan helah dan putar belit Barat ini. Melalui pelbagai tekanan dari pelbagai sudud mereka akan cuba menyuntik racun. Inilah maksud "konspirasi" terancang. Ada juga pemimpin yang engkar dan cuba melepaskan diri, namun sebahagian besarnya gagal berbuat demikian demi menjaga kepentingan negara dan rakyat. Hanya pemimpin yang benar-benar bijak dan faham permainan Yahudi ini sahaja akan mampu mengelak dari terjerumus namun terpaksa juga berkorban dalam beberapa keadaan tertentu. Biasanya mereka akan cuba merahsiakannya (seperti kes surat Mahathir kepada Israel). 

Dari kacamata Barat, Ameraika khasnya. Malaysia diantara mangsa yang paling liat untuk dijinakkan. Indonesia yang mempunyai bilangan penduduk Islam teramai di dunia pun mudah mereka kuasai. Sebagai langkah menjerumuskan negara ke dalam situasi yang akan memenangkan mereka satu strategi khas telah disediakan. Berpandukan apa yang terjadi di Indonesia, Jesuits menjadi agen penting dalam usaha merosakkan Islam dari dalam atas pakaian Interfaith atau persamaan kepercayaan (khususnya Islam-Kristian) dan selanjutnya bangunkan pergerakan Islam Liberal. Dari luar akan wujud tekanan dari pihak Gereja Kristian menuntut itu dan ini dan dari dalam pula Gerakan Islam Liberal akan memberikan sokongan dan menawarkan pelbagai kelonggaran dan tolak ansur. Akhirnya Islam ASWJ akan terkulai layu. 

Keadaan ini telah pun berlaku di semua negara Islam kecuali Malaysia dan Brunei. Arab Saudi juga tidak terkecuali (anda akan lihat peranan tokoh billionair Prince Alwaleed Bin Talal dalam keterangan di bawah). Harap baca perlahan-lahan dan jangan gopoh untuk melihat keseluruhan perancangan jahat Jesuits ini. Walaupun agak berat, ia tidak sukar difahami terutama kepada mereka yang sering membuat kajian mengenai 'konspirasi zionis'.

Apa yang penting, tidak lama lagi akan berlakulah perang di Asia Barat melibatkan wujudnya kuasa baru di Damsyik. Ketika itu Malaysia harus bertahan agar tidak diperdaya dan dinodai oleh CIA/NED sebagai laluan penjajahan USA. Andai kata kita gagal, maka Malaysia akan menjadi sekutu as Sufyani dalam usaha memintas dan menghancurkan kebangkitan al Mahdi. Sekaligus, Melayu akan hancur menjadi debu setelah Islam diperkosa. (Sanggupkah anda melihat tentera kita dihantar ke negara Arab untuk membunuh saudara seagama demi mempertahankan Israel?).



Bergantung kepada kita jenerasi semasa dan akan datang untuk memahami percaturan Yahudi ini. Sama ada akan dapat lepas dan seterusnya bergabung menjadi tentera al Mahdi ataupun ikut serta mereka menentang al Mahdi nanti. Pilihan ada di tangan kita.

Kita tinjau keadaan semasa bagaimana ia menjurus kepada kemungkinan terbangunnya tentera as Sufyani tersebut. 

Pasti ada yang bertanya: Di mana pula tentera Putera Bani Tamim? Harap Maaf. Rahsia ini tidak akan dikongsikan di sini demi keselamatan mereka, tentu sekali untuk keselamatan umat Islam juga terutama yang "ikhlas" mencintai agama. Bukannya mereka yang mencintai dunia politik kepartian adunan Sekular Yahudi ini. Manusia politik akan mudah diratah oleh Yahudi.

Universiti Jesuits – Pasukan Tentera Jesus Arahan Vartican

Menurut wikipedia, Jesuits bermaksud Persatuan atau Pasukan Jesus yang ditubuhkan oleh Ignatius Loyola (seorang Kesatria Sepanyol/Spanish knight) sebagai satu ‘pasukan utama tentera-tentera Jesus’.

Permohonan menubuhkan Jesuit diluluskan Pope Paul III pada tahun 1540.

Menurut laman biblebelievers.org.au, Jesuits adalah ‘Kumpulan Tentera Agama Gereja Roman Katolik’ yang setiap ahlinya diajar bertugas sebagai: 

“mata-mata (spy), untuk mengumpulkan semua statistik, fakta dan maklumat dalam kekuasaan dari setiap sumber, untuk mengambil hati kepercayaan di dalam lingkaran keluarga Protestan dan bidaah dari setiap kelas dan watak, peniaga, banker, peguam, antara sekolah dan universiti, di parlimen dan perundangan, dan dewan negara, dan untuk menjadi segalanya kepada semua orang, supaya tunduk kepada Pope, dan mereka menjadi hamba sampai mati”


Logo Jesuit 


Logo Jesuits berbentuk salib dan tertulis perkataan IHS.



Perhatikan logo Jesuit (bertanda bulat), dalam Program Common Word, di Universiti Jesuit Georgetown. Dari kiri Tony Blair (bekas Perdana Menteri Britain), John Esposito, Mustafa Ceric (Mufti Bosnia/IIIT), Kjell Magne Bondevik (Bekas Perdana Menteri Norway) dan bekas TPM Malaysia, Anwar Ibrahim.


CMCU – Hasib Sabbagh & John Esposito

John Esposito adalah salah seorang Ahli Jesuit yang ketika itu mengajar subjek perbandingan agama di School of Foreign Service (Sekolah Perkhidmatan Luar Negara), di Universiti Georgetown.

Ketika menceritakan saat permulaan penubuhan Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU) John Esposito menjelaskan idea itu hasil perbincangannya dengan Father J Bryan Hehin, Naib Presiden Universiti Georgetown.

John Esposito  

Menurutnya, pada tahun 1993, Father J Bryan Hehin menjemputnya untuk makan tengahari berhampiran dengan rumahnya di Wayland, Massachusetts.

Semasa makan, Naib Presiden Universiti Georgetown menyatakan pihak universiti berminat untuk menubuhkan satu pusat yang dikenali sebagai Persefahaman Antara Muslim dan Kristian (Muslim-Christian Understanding). Mereka turut membincangkan kesan baik dan buruk dengan penubuhan pusat itu khususnya kepada agama Kristian.

Idea ini benar-benar menjadi kenyataan pada Oktober 1993, apabila John Esposito menghadiri Persidangan Nasional Konsultasi Bishop Katolik tentang Hubungan Katolik-Muslim (National Conference of Catholic Bishops Consultation on Catholic-Muslim Relation) di Washington dan dalam masa sama Naib Presiden Eksekutif Universiti Georgetown, Father Patrick Heelan memintanya datang berjumpa dengannya bersama Peter F Krogh, Dekan untuk Sekolah Perkhidmatan Luar Negara.

John Esposito dan Peter F Krogh mengakui pemain di sebalik tabir sebenarnya yang menjayakan penubuhan pusat ini adalah Hasib Sabbagh, seorang tokoh korporat Kristian yang berasal dari Palestin.

Hasib Sabbagh mendapat mandat daripada Pope John Paul II, ketika melawat Vartican pada tahun 1981. Pihak Vartican mahukan semua maklumat mengenai Islam, kerana selepas kejatuhan komunis, Islam berpotensi menjadi musuh utama.


Hasib Sabbagh (bertanda bulat) menemui Pope John Paul II di Vartican pada tahun 1981. Turut kelihatan Michel Sabbah (tengah), Latin Patriarch, Jerusalem dan Patriarch Maximos Hakim

Pada tahun 1992, Hasib Sabbagh kemudiannya menghantar pembantunya, Basel Aql menemui Peter F Krogh, Dekan untuk Sekolah Perkhidmatan Luar Negara, Universiti Georgetown untuk membincangkan idea penubuhan pusat Muslim dan Kristian.

Secara kebetulan, Basel Aql sudah lama berkawan dengan Peter F Krogh, jadi dalam pertemuan pertama, pembantu Hasib Sabbagh itu mengatur pertemuan selanjutnya dengan majikannya.

Krogh kemudiannya berjumpa dan berbincang sendiri dengan Hasib Sabbagh di Washington. Mereka membincangkan proses-proses penubuhan pusat itu dan masalah-masalah yang bakal dihadapi.

Menurut Hasib, beliau bersedia menyumbang sumber kewangan untuk membiayai pusat itu melalui syarikatnya, the Fondation pour L’Entente entre Chretiens et Musulmans, yang berpengkalan di Geneva.

Nama John Esposito dicalonkan sebagai Pengarah pusat itu, kerana pengalaman dan pemahamannya tentang Islam melalui penerbitan 4 buah buku ‘The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World’.


Turut didedahkan bahawa Satu Kerusi Untuk Islam di Asia Tenggara akan disumbangkan oleh penyokong dari Malaysia. Tetapi pendedahan itu tidak menyebut siapakah tokoh penyumbang dari Malaysia itu.

Pada tahun 1993, The Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU) telah ditubuhkan secara rasmi di Universiti Georgetown apabila majlis tandatangan dilakukan di antara kedua pihak iaitu Hasib Sabbagh mewakili the Fondation pour L’Entente entre Chretiens et Musulmans dan President Leo O’Donovan, mewakili Universiti Georgetown.


John Esposito (bertanda bulat menyaksikan majlis tandatangan penubuhan CMCU antara Hasib Sabbagh (Fondation pour L’Entente entre Chretiens et Musulmans) dan Leo O’Donovan (Presiden Universiti Georgetown)

Misi Pusat adalah untuk meningkatkan hubungan antara dunia Muslim dan Barat. Meningkatkan pemahaman umat Islam di Barat. Ruang lingkup pusat meliputi hampir keseluruh dunia Muslim, dari Afrika Utara ke Asia Tenggara, serta Eropah dan Amerika Syarikat.

Tujuh topik utama yang bakal difokus oleh pusat itu iaitu, ‘Keserasian Islam & Kehidupan Moden’, ‘Dialog Peradaban’, ‘Status Wanita dalam Islam’, ‘Islam & Pemodenan’, ‘Tradisi Yahudi-Kristian-Islam’, ‘Islam & Pluralisme’ dan ‘Islam, kekerasan & keganasan’. Klik di sini

Selepas penubuhan pusat itu, Hasib Sabbagh sekali lagi menemui Pope John Paul II di Vartican mengesahkan pusat yang diimpikan oleh pihak Vartican telah berjaya ditubuhkan di Universiti Georgetown. Sebagai membuktikan kebenarannya, Hasib turut membawa Leo O’Donovan, Presiden Georgetown Universiti untuk memberitahu perkembangannya kepada Pope.


Pertemuan Hasib Sabbagh kali kedua dengan Vartican pada tahun 1993. Dari kiri, Basel Aql, Hasib Sabbagh (bertanda bulat), Pope John Paul II, Leo J. O


Siapa Penyumbang Dari Malaysia ?

Walaupun Peter F Krogh tidak menyebut penama dari Malaysia yang menyumbang kepada penubuhan Kerusi Islam Untuk Asia Tenggara, namun John Esposito dalam tulisannya memberi bayangan siapakah tokoh yang dimaksudkan itu.


Menurut John Esposito, seperti yang dijanjikan sebelum ini, pada tahun tahun 1995, satu kumpulan ahli perniagaan dari Malaysia telah datang menyumbang sebanyak USD$2 million untuk membentuk Kerusi Malaysia di Kerusi Islam Asia Tenggara.

Perjanjian itu sebenarnya telah dibuat terlebih awal iaitu pada Oktober 1994.


Untuk lebih jelas lagi John Esposito turut mendedahkan pada 7 Oktober 1994, Anwar Ibrahim, ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah hadir ke Universiti Georgetown untuk diraikan dalam majlis penganugerahan President’s Medal.

Dalam majlis itu, Hasib Sabbagh turut hadir sama meraikan pemberian anugerah ‘President’s Medal’ oleh Leo J. O’Donovan, Presiden Universiti Georgetown kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu. Klik di sini

Menurut maklumat dalaman, ‘sekumpulan ahli perniagaan dari Malaysia’ yang menyumbang dana kepada Kerusi Malaysia di Kerusi Islam Asia Tenggara itu adalah sekumpulan pihak IIIT (The International Institute of Islamic Thought) yang ketika itu bekerja di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Sejak dari Anwar menjadi Menteri Pendidikan lagi beliau telah melantik rakan baiknya yang terlibat dalam penubuhan IIIT, di Herdon Virginia, Amerika Syarikat, bekerja di UIA, Malaysia. Mereka yang dilantik Anwar adalah Hamid Abu Suleyman (warganegara Arab Saudi yang menetap di Amerika Syarikat) dan Dr Jamal Barzinji, (warganegara Iraq yang juga menetap di Amerika Syarikat).

Hamid dilantik sebagai Rektor UIA manakala Jamal Barzinji pula dilantik Dean, Kulliyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. Klik di sini

Blog The Terror Finance mendedahkan Dr Jamal Barzinji dilantik Ketua Ahli Lembaga Pengarah BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) pada tahun 1997 yang memiliki saham terbesar dari JAMI Company Sdn Bhd. JAMI memilki saham sebanyak 3.82% di BIMB yang melayakkannya menjadi Pengarah Bank Islam. Klik di sini

JAMI Company Sdn Bhd yang berproksikan Dr Jamal Barzinji merupakan syarikat yang berpengkalan di New York yang sahamnya dimiliki oleh SAAR Corporation, Al Rajhi Banking and Investment Corporation (ARABIC) dan Sheikh Salah Kamel’s Al Baraka Group.

Glen Simpson dari the Wall Street Journal melaporkan, Jamal Barzinji, Ahmed Totonji dan Hisham Al Talib adalah trio dari pendatang-pendatang Iraq yang mengasaskan IIIT, di Amerika Syarikat (bersama dengan Anwar Ibrahim). Mereka telah berhubungan rapat dalam jangka lama dengan Youssef Nada ahli perniagaan Arab Saudi… Bermula pada tahun 1960-an dan ’70-an, mereka membantu mengasaskan rangkaian Islam (IIIT & WAMY) yang dibantu oleh Arab Saudi dan kumpulan Islam di Amerika Syarikat. Klik di sini.

Apologetik Jesuit, Putera Alwaleed

Menurut campus-watch.org pada tahun 2005, Putera Alwaleed Bin Talal telah menderma sebanyak USD$20 million kepada CMCU yang kemudiannya ditukar nama kepada ACMCU.

 

Putera Alwaleed bin Talal, anggota kerabat diraja Arab Saudi, menimbulkan kontroversi kepada dunia Islam apabila individu ke-26 terkaya di dunia itu didakwa merogol seorang gadis Sepanyol, 23 tahun di atas kapal persiaran yang berlabuh di Kepulauan Ibiza pada 2008.

Satu lagi kontroversi tentang dirinya terdedah apabila beliau menjalankan usahasama perniagaan dengan seorang korporat Yahudi ternama bernama Rupert Murdoch dalam News Corporation.

Derma Putera Alwaleed kepada CMCU disalurkan melalui Prince Alwaleed Bin Talal Foundation, salah satu syarikat Kingdom Holding Company yang berpengkalan di United Kingdom.

Penggerak utama Prince Alwaleed Bin Talal Foundation adalah aktivis IIIT (The International Institute of Islamic Thought), sebuah badan pemikir yang berpengkalan di AS.


Barisan hadapan dari kiri, John Esposito (Pengarah CMCU), John J. DeGioia (Presiden Universiti Georgetown), Putera Alwaleed Talal, Muna Abu Sulaiman (Setiausaha Umum & Pengarah Eksekutif Alwaleed Talal Foundation) dan Alexa Poletto (Georgetown).


Prince Alwaleed Bin Talal Foundation: Pemain di belakang tabir adalah IIIT, Dr Jamal Barzinji (Pengasas IIIT/duduk paling kiri), Muna Abu Sulaiman (anak Dr Abu Hamid Sulaiman/duduk tengah), Dr. Anas al-Shaikh-Ali (IIIT United Kingdom/berdiri no 3 dari kanan), Omer Totonji (anak Dr Ahmad Totonji pengasas IIIT/berdiri no 5 dari kanan). Di universiti Georgetown, Prince Alwaleed Talal Foundation menubuhkan CMCU (Center for Christian and Muslim Understanding). Wakil CMCU adalah John Esposito (duduk no 2 dari kanan), John Voll (berdiri no 3 dari kiri) dan Alexa Poletto (duduk no 3 dari kiri). CMCU adalah tempat Anwar menjadi pensyarah pelawat.

Penggerak Prince Alwaleed Bin Talal Foundation adalah Dr Jamal Barzinji (Pengasas IIIT), Dr. Anas al-Shaikh-Ali (IIIT, United Kingdom), Muna Abu Sulaiman (anak Abu Hamid Sulaiman pengasas IIIT) dan Omer Totonji (anak Dr Ahmad Totonji, pengasas IIIT).

IIIT ditubuhkan di AS pada 1981 diasaskan oleh Dr Ismail Faruqi, Dr Jamal Barzinji, Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji dan Anwar Ibrahim.

Bacaan lanjut, klik di sini.

Kalimah Allah

Pada 10 Januari 2010, semasa Anwar melawat Gereja Luther, Petaling Jaya, Bishop Jesuit Philip Lok dalam ucapan alu-aluannya menegaskan kepada Anwar supaya memperteguhkan janjinya untuk mempertahankan kalimah Allah kepada penganut Kristian.


Anwar melawat gereja Petaling Jaya: Dari kiri; Bishop Phillip Lok dari Lutheran Church di Malaysia & Singapore; Bishop Ng Moon Hing dari Anglican (no 3 dari kiri), Rev. Dr. Eu Hong Seng, Naib Pengerusi the Christian Federation of Malaysia (CFM); Dr Jeffrey Kitingan (aktivis Kristian Sabah), Anwar Ibrahim dan Father Thomas Phillips dari gereja Roman Khatolik, Petaling Jaya (paling kanan).

Katanya, perkara itu amat penting kerana Anwar sebelum ini telah berjanji dengan Bishop Lutheran dari Jerusalem, Israel bernama Biskop Munib Younan semasa dialog Kristian-Muslim di University Georgetown di AS pada tahun 2009.

“Di dalam suratnya, Bishop Younan berhujah bahawa perkataan ‘Allah’ telah bebas digunakan oleh orang Kristian Arab selama hampir 2000 tahun!"

“Beliau terus menggesa penggubal undang-undang, Datuk Seri dan rakan-rakan untuk melindungi kebebasan beragama bagi masyarakat Kristian di Malaysia.”, kata Bishop Philip Lok seperti yang dilaporkan oleh laman Asia Lutheran , asia-lutheran.org.

Berasaskan latar belakang di atas, maka tidak hairan, jesuit terlatih di Malaysia, Biskop Katolik, Dr Paul Tan Chee Ing memuji Anwar Ibrahim kerana keberaniannya mempertahankan hak-hak Kristian di negara ini.

The Unspinners.blogspot.com membongkar semula perkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan badan penaja Adenauer Foundation (KAF) atau Stiftung (KAS), membuka satu lagi ruang baru mengenali sisi hitam Ketua Umum PKR. AIDCNews – 13/03/12 – Kaitan Anwar Ibrahim & Missionari Jesuit Published by AIDC on March 13, 2012 

KAF/KAS adalah badan pemikir kepada sebuah parti politik aliran Jesuits di Jerman yang dikenali sebagai Christian Democratic Union.

Yayasan Kristian Jesuits Jerman ini kemudiannya menaja badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD) sekitar tahun 1987, iaitu dua tahun selepas badan pemikir itu ditubuhkan.

Maka tidak hairan pada tahun 1996, Anwar Ibrahim satu-satunya Muslim yang menerima anugerah ‘honoris causa‘ (anugerah ijazah untuk menghormati penerima) dari Universiti Jesuit Filipina, Ateneo de Manila University.

Pada tahun yang sama, Anwar juga dianugerahi ‘Presidential Medal’ oleh universiti Jesuit terbesar di Amerika Syarikat (AS), Universiti Georgetown, Washington DC kerana sumbangannya menggalakkan persefahaman antara agama.

Kemudian, pada tahun 2005/2006, Anwar kembali bertugas di Universiti Jesuit Georgetown di CMCU (Center for Muslim–Christian Understanding) yang kemudiannya ditukar nama kepada The Prince Alwaleed Center for Muslim–Christian Understanding (ACMCU).

CMCU diasaskan oleh pengikut Jesuits bernama John Esposito. 

###  penghargaan untuk AIDC

Harap pembaca boleh faham apa yang cuba disampaikan. Ini bukan bermotif politik, sebaliknya untuk memaklumkan peristiwa belakang tabir yang jauh dari jangkauan publisiti terutama akhbar arus perdana. Apa yang lebih penting ialah hebahan maklumat untuk para Muslimin. Orang Islam yang selama ini menganggap agama Islam di Malaysia masih lagi selamat dari sebarang gangguan, malah ada pula yang mengatakan Jesuits ini hanyalah sebuah cerita rekaan. Terserahlah anda sama ada mahu percaya atau tidak. Tiada sebarang paksaan.

Siapa As Sufyani ini? Mereka yang berpakaian Islam, berperaga Islam, berhujah seperti orang Islam, besemangat untuk mengangkat hukum Islam. Sayangnya mereka tidak berjuang kerana Allah tetapi kerana kuasa dan takhta. Berperang kerana dendam dan benci. Mereka bukanlah golongan Mukhlisin yang layak bersama tentera Pemuda Bani Tamim.

Apa yang dibimbangkan ialah telah terwujudnya satu keadaan luar biasa di mana musuh sedang bersembunyi dalam terang (silau). Begitulah caranya mereka bersembunyi.

Selain dari apa yang telah dipaparkan, masih banyak lagi maklumat yang terpaksa ditapis untuk mengelak kekeliruan dan salah faham pembaca. Kita perlu melihat dengan hati terbuka supaya tidak terkeliru dengan helah dan muslihat musuh. 

Siapakah sebenarnya musuh kita? Kenapa ia menjadi musuh? Siapakah yang telah terpedaya? Mampukah kita membanterasnya? Selamatkah anak cucu kita dari agenda mereka? Apakah usaha yang mampu kita lakukan?

Persoalan-persoalan tersebut saya serahkan kepada pembaca untuk membuat penilaian sendiri. Berdoalah kepada Allah Subhana wa Taala supaya Islam di Malaysia terus terpelihara sehingga hari kiamat. Amin.


0 comments: