Posted by
Unknown
|
0
comments
Selangor oh Selangor
2013 tahun penuh misteri untuk MELAYU. Mampukah Melayu hidup aman tenteram sebagaimana sebelumnya? Tidak mustahil juga Melayu akan menjadi manusia dagang di tanah air sendiri akibat buta bercampur tuli membiarkan manusia asing merampas kerajaan. Paling menakutkan ialah Melayu akan menjadi boneka kepada satu kuasa yang amat di benci. Israel. Ia pasti terjadi kalau tidak berhati-hati.
Selangor negeriku yang maju dan meriah kini bukan lagi milik Melayu walaupun Melayu yang mengetuai kerajaan. Bangsaku dengan mudah menjadi puppet. Ketawa membahak mendakwa diri sebagai ketua negeri sedangkan bangsa lain sebenarnya menguasai Selangor, negeri termaju dalam negara. Bangsa yang dulunya amat dicurigai kini sedang meratah-ratah bangsa Melayu yang hanya menang sorak.
Pusat seks seperti rumah urut dan premis yang menjanjikan hiburan seks membiak bagai cendawan selepas hujan. Pesta arak ada di mana-mana. Pemurtadan dipertahankan dan aktiviti memurtadkan umat Islam oleh misionari Kristian dilindungi. Apakah yang dapat lakukan oleh Parti Islam sekarang? Dari keadaan yang berlaku, PAS sudah tidak relevan lagi sebagai alternatif kepada kekuasaan Melayu. Pesuruhjaya PAS Selangor sendiri pernah membuat kenyataan yang tidak mencerminkan diri sebagai seorang Muslim. Exco agamanya pula bukan orang PAS sebagaimana selayaknya.
Isu murtad sudah tidak penting bagi Pesuruhjaya PAS berbanding dengan pengundi hantu. Apa maknanya? Adakah dia sudah tidak peduli lagi amanah yang dipertanggungkan keatas bahunya sebagai pemimpin Islam Selangor? Adakah dia tidak percaya lagi "alam kubur" dan "alam akhirat" dengan membuat kenyataan seperti itu? Malang sekali bagi rakyat Selangor, harapkan pagar, pagar memakan padi.
Itu belum lagi soal Israel dan soal berkaitan seks bebas serta maksiat-maksiat lain yang semakin meningkat di sana sini. Dulu PAS pernah berkata BN menyuburkan judi, sekarang ini adakah PAS mampu meminta PR hapuskan judi di Selangor? Dulu PAS kata BN tidak Islamik dan menolak hudud. Sekarang mampukah PAS memaksa PR menerima hudud? Adakah PKR setuju laksanakan hudud bila berkuasa? Ada pengakuan dari peneraju PKR? Dulu PAS anti Israel nombor wahid. Apa sahaja yang dikaitkan dengan Yahudi akan dilabel sebagai jahat dan ditolak. Bagaimana sekarang setelah Ketua PR sendiri bersekongkol dengan Yahudi? Menyatakan pula akan melindungi keselamatan negara (haram) Yahudi dengan apa cara pun!.
PAS semakin hari semakin hampir menyamai makhluk yang bernama "sesumpah". Kata orang Cina, "Kata tak serupa bikin". Sungguh mengecewakan.
Apa pula yang ada pada PKR? Tiada apa-apa kebanggaan yang diberi oleh PKR kepada bangsa dan agama di Selangor selain menjadi rubber stamp kepada kehendak DAP. Parti cacamerba yang lebih menguntungkan bukan Melayu, Ambeega dan BAR Counsel, Suhakam dan Suaram, Kristian dan Kristianisasi. Ramai penyokong telah terpesona dengan laungan "reformasi" dan semangat membara menjatuhkan kerajaan. Akhirnya ada yang tersedar semua itu helah politik sahaja. Sebelum memerintah, bolehlah janji itu dan ini. Semua itu belum tentu dapat dilaksana. Bila memerintah berbagai alasan pula akan diberi apabila tak mampu laksanakan.
Allah telah izinkan Selangor diangkat sebagai negeri contoh untuk diperhatikan dan dinilai oleh orang Melayu. Samaada tindakan mereka menukar kerajaan menjadikan mereka lebih baik atau sebaliknya. Ramai juga pemimpin parti politik yang sebelumnya begitu angkuh mendakwa diri sebagai pure islamic, kini tersengih ganjil melihat agama sendiri dipermainkan. Pejuang agama ditindas dan dikhianati. Kini dicaci nista dan dianggap sebagai pengkhianat. Apa yang Parti Islam dapat dari kemenangan di Selangor?
Begitulah juga jika nasib mereka baik dan mendapat Malaysia. Mereka tidak akan dapat apa-apa kecuali potfolio Adat Istiadat dan Sokan. Hanya itu yang layak bagi orang Melayu yang mendakwa diri sebagai Perjuang Islam. Selebihnya nasib bangsa dan agama diserahkan bulat-bulat kepada bangsa lain yang jelas anti Islam. Jika PAS tidak layak menjawat jawatan eksko agama di Selangor dan Pulau Pinang, ini bermakna dalam kerajaan Malaysia nanti juga PAS tidak layak menjaga agama.
Dasar menguatkuasakan "Logo Halal" pada makanan pasti akan ditamatkan kerana dianggap sebagai diskriminasi agama. DAP tentu tidak benarkan agama dibeza-bezakan. Segala aturan dan enakmen berkaitan 'halal' juga akan ikut lenyap. Akhirnya semua orang Melayu dan Islam akan terdedah kepada makanan dan sumber makanan tidak halal atau subhah (ragu). Tidak mustahil akan termakan makanan bersumberkan babi atau sekurang-kurangnya yang tercemar dengan DNA babi. Dalam diam mereka (penguasaha) akan lakukannya.
Jika ini berlaku, Islam akan hancur dengan mudah. Doa tidak lagi akan makbul.
ada masa depan?
Kerajaan yang sebelum ini dituduh tidak Islamik, skular, penuh salah laku dan rasuah. Kini telah menjadi lebih komited membela agama berbanding retorik PAS dan PKR. Parti jahat sudah bertukar peranan menjadi jambatan yang sangat berharga sebagai harapan setiap Umat Islam. Kesinambungan menjaga Ketuanan Islam di Bumi Bertuah ini. Pelik tetapi benar. UMNO lebih dihormati dalam mempertahankan agama jika dibandingkan dengan PAS (Selangor). Sekiranya tranformasi dapat dilaksanakan dengan penuh erti, kerajaan sedia ada pasti mampu menjaga bangsa Melayu yang semakin mendayus ini.
Pilihan sebelum ini yang disandarkan kepada PAS sudah semakin longgar setelah mereka melepaskan tanggung jawab utama menjaga agama dan ummah. Amat mustahil dalam suasana sekarang PAS mampu untuk menjadi juara sebagai pejuang agama. Dibawah teraju kerajaan PR, Islam sedang dipersenda secara sinis. PAS menjadi duri dalam daging kepada Umat Islam apabila bersetuju secara total mengangkat seorang pemimpin yang kejujurannya semakin dipertikai menjadi ketua mutlak.
PAS tidak akan mampu melawan badai gelombang. Jelas dan tidak akan dapat disangsikan lagi. PAS sering kali tumbang dalam perjuangannya mempertahankan agama setelah diserang ganas oleh rakan sekutunya DAP. PKR juga tidak dapat diharapkan dalam perjuangan memertabatkan agama apabila mereka lebih selesa dengan pemertabatan Islam Moderat.
Selain dari gagal menegakkan akidah ASWJ, PAS juga berhadapan tentangan sengit dari kumpulan Islam Liberal yang semakin berkuasa. Tidak mustahil juga wujudnya anasir JIL dalam PAS. Tidak mustahil sebahagian dari pemimpin PAS adalah penganut Islam Liberal secara senyap.
Sejauh mana kemampuan PAS membawa watak penyelamat ummah?
Setelah berlaku beberapa isu panas di Selangor, negeri tadbiran PR, PAS jelas telah gagal dalam misinya untuk memertabatkan agama dalam pentadbiran kerajaan Selangor. Pemimpin PAS yang mempunyai semangat jitu untuk berbuat demikian akhirnya tersingkir hina dan terus dimalukan dengan pelbagai tuduhan. Selangor kini telih teruk keadaan masyarakatnya berbanding semasa berada dalam pentadbiran kerajaan (dikatakan rasuah) Khir Toyo.
Kita tahu Khir Toyo bukanlah seorang pemimpin yang baik. Tetapi jika dibandingkan dengan apa yang ada pada hari ini, keadaan semasa lebih teruk lagi. Mereka yang berada jauh dari negeri ini (Selangor) tidak akan terasa betapa pahitnya diperintah oleh seorang boneka bangsa asing. Umat Islam yang amat rindukan kerajaan yang lebih Islamik daripada apa yang dihadiahkan oleh BN dahulu, kini sedang sengsara dipermainkan DAP. Aktiviti maksiat menjadi-jadi di setiap bandar besar termasuk Shah Alam dan bandar di Raja Kelang.
Kita harus sedar PKR diketuai oleh ramai bekas ahli UMNO yang memberontak atau yang gagal menjadi ketua dalam UMNO dahulu. Sebagaimana UMNO begitulah PKR dan mungkin lebih ganas lagi kerana sifat berontak mereka kini dilayan sebaik mungkin untuk membalas dendam. Jika dahulu mereka menentang rasuah dan salah guna kuasa, kini mereka juga melakukan hal yang serupa. Mereka menentang rasuah bukan kerana "perinsip" tetapi kerana "dengki" dan iri hati. Rata-rata pemimpin PKR adalah tamak dan haloba. Kekayaan negeri dikongsikan semama mereka dan DAP. PAS hanya sebagai pemerhati yang buta dan tuli. Mengharapkan belas ehsan.
Mungkin ramai yang tidak ketahui apa yang telah terjadi kepada Yayasan Selangor yang begitu teguh satu masa dahulu dalam mempertingkatkan anak-anak pribumi mendapatkan ilmu. Sebelum ini ada desas desus usaha penjualan bangunan pentingnya di Kuala Lumpur demi menggandakan untung segera. Ada maklumat yang terbocor menyatakan Yayasan Selangor yang kaya raya satu waktu dulu sedang bergerak ke arah kemuflisan. Untuk mengesahkannya, Audit Negara wajar membuat siasatan berapakah nilai tabungan yang masih ada dalam Yayasan ini sekarang. Andai kerajaan bertukar tangan nanti, pastinya segala keburukan ini akan terdedah. Oleh itu PR akan sedaya upaya menghalang peralihan kuasa di Selangor.
Jika Selangor yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu dan beragama Islam gagal diperbaiki tahap ekonomi Melayu dan peningkatan syariah Islam berbanding sebelum ini, apakah yang kita harapkan jika mereka (PR) memerintah negara?
Melayu Selangor kini hanya hidup berkhayalkan cerita dongeng bahawa Islam kembali syumul di Selangor sekiranya mengundi PR. Sekarang terbukti semua janji itu hanyalah pembohongan belaka. Berita yang menyedihkan ialah bertambah biaknya pusat hiburan dan seks di sekitar bandar dan tidak mustahil akan menjadi pengkalan maksiat di Malaysia. Bagaimana pula dengan pemurtadan? Siapa yang memantau selepas exconya diganti? Bagaimana dengan peminuman arak secara bebas di Selangor? Siapa yang akan menghalangnya?
Pembela Melayu?
Sedih bercampur geram melihat bangsaku dipermainkan.
surat dari Meon, bekas ahli UMNO kini bekas ahli PKR (Sepang)
diedit oleh akhzaman.
0 comments: