Posted by Unknown | 0 comments

REALITI dusta


Sekadar peringatan bagi mereka yang mahu memahami.... dan juga kepada yang suka kepada jalan yang menyakitkan padahal jalan mudah dan sejahtera ada di hadapan mata.

kejam


pelarian


hina alQuran


rusuhan

sukakan keganasan

hilang kawalan

juara jalanan

Penghasilan Demo (Mesir)
REALITI
Akhir zaman ini adalah detik-detik kemuncak kapada penipuan Dajjal dan ramai yang telah termasuk di dalam lingkungan fitnah itu. Jangan sesekali menyangka kita dengan mudah akan terselamat. Ujian berat sedang berlaku dan menjadi semakin hebat di masa hadapan. Bencana ini sedang menanti kita.

Apabila kita melihat semua sistem yang melingkari peradaban manusia hari ini, kita akan lihat betapa ramai yang terpedaya dan menganggapnya pula satu realiti kehidupan. Realiti adalah satu istilah escapism yang dicipta untuk memperdaya manusia supaya berlapang dada dengan peredaran dan tindakan manusia disekelilingnya.
Antara Fitnah Utama Akhir Zaman
Sedangkan jika kita buka mata hati kita dan tanya kembali iman kita, kita akan dapati apa yang kita lihat pada wajah dunia hari ini adalah semata-mata hasil ciptaan dan perancangan manusia. Manusia sering melihat akan ciri fizikal pada landskap bumi ini sedangkan dalam lingkungan pandangannya manusia masih mampu melihat langit yang berada di atasnya tetapi berapa ramai yang mahu melihat dunia dengan cara begitu. Wajah langit itu sentiasa mengikut peredaran dan kitarannya semenjak Adam a.s. berjalan di atas bumi Allah ini dan itulah yang dinamakan fitrah.

Tetapi wajah landskap dipermukaan bumi itu adalah hasil dari kerja tangan manusia. Peperangan, kerosakan, penindasan, kebencian itu semuanya datang dari sifat manusia dan ramai yang tidak mampu berbuat apa2 kerana terpedaya dengan Istilah Realiti itu.

Istilah realiti ini sejengkal demi sejengkal telah menutup istilah Fitrah dan tauhid manusia dianjakkan dari mengikut peringatan2 Allah.

Pada saya langit itu adalah ilham dan peringatan Rukyah dari Allah kpada manusia kerana dengan merenung langit itu, saya dapat merasakan akan satu kuasa yang maha tidak terbayangkan kekuasaannya dan peredaran langit itu menandakan betapa maha besarnya kuasa yang mentadbir alam ini dan ianya suatu peringtan pada penghuni di bawah langit ini bahawa penguasa alam ini tidak pernah lalai dari memerhatikan tingkah laku penghuni bumi yang berada di bawah langit itu.

Saujana Mata Memandang Luas Tidak Terjangkau
berapa luas alam ini? Berapa banyak makhluk di dalamnya?
Besar mana pula Penciptanya?

Apabila menyaksikan sistem caturan manusia yang sedang mendominasi peradaban manusia sehingga seluruh dunia terpegun melihatnya, tidak teringatkah kita pada peringatan Allah bahawa orang-orang Kuffar itu memang disegerakan ke atas mereka akan kebendaan dan senantiasa diberikan tangguh oleh Allah kerana Akhirat itu bukan kepunyaan mereka. Lalu mengapa kita yang meyakini akhirat itu adalah negeri yang abadi turut berbondong-bondong sama mengejar dunia?

Sesungguhnya zaman ini adalah zaman kepada Ujian Keyakinan dan kitaran pemisahan antara manusia yang berserah diri kepada Allah dan yang telah menjual akhirat dengan harga yang murah.

Antara pengajaran dari Surah Al-Kahfi pada golongan muda adalah kita harus membebaskan fikiran kita dari dibelenggu oleh realiti ciptaan Order Baru Dunia (NWO) ini.

Jika dapat membebaskan diri dan fikiran kita dari belenggu ciptaan manusia ini, barulah kita akan mengenal Fitrah Allah ke atas diri kita dan bangkit membina kekuatan Iman dari sekarang kerana kita adalah tauladan kepada generasi selepas kita yang mana mereka ini bakal bersatu dengan kepimpinan Manhaj Ubuddiyah (Al-Mahdi) untuk melawan tipu daya Dajjal.

Malaysia telah di monitor oleh Singapura yang lebih kecil dari kita dan India kerana keduanya adalah sekutu rapat kepada Amerika dan Israel. Kedua negara ini sangat mendiskriminasi penganut-penganut Islam di negara mereka.

Pengkalan Zionis di Kawasan Timur
Malaysia sedang dihancurkan secara perlahan-lahan bukan melalui peperangan tetapi dibutakan mata kerohaniannya.

Kita diasak dengan kefasikkan (hiburan), minda bawah sedar anak-anak kita dirangsang secara seksual. Makhluk asing didoktrinkan sebagai penyelamat manusia, amalan Khurafat menjadi tontonan setiap channel Tv, Majlis2 yang tidak mengingati Allah (melekakan) begitu banyak bersiaran secara langsung menghimpunkan seberapa ramai manusia yang sudi dilalaikan secara "on Air" akan melahirkan kelompok manusia yang tipis kerohaniannya.

Adakah semua ini terjadi secara kebetulan?

Tidak!!! Malahan ia telah dirancang lebih lama oleh Sir Henry Gurney, orang yang berjaya membantu membentuk Negara Israel dan kemudian dihantar ke Tanah Melayu.

Henry Gurney
Melihatkan kepada segala macam kerosakkan yang berlaku pada hari ini, umat Islam seharusnya membuka hati dan fikiran untuk mencari jalan keluar. Mohon kepada Allah supaya hati kita dibuka untuk melihat dan menerima kebenaran dicelah-celah kekalutan, harubiru, hiruk pikuk umat di waktu ini. Fitrah semulajadi boleh dirosakkan tapi boleh dipulihkan semua jika hati diserah kembali kepada Tuhan. 

sujud dan syukur kepada Pencipta
Fitrah yang rosak akan menafikan kebenaran walau terpampang di depan mata, hati yang sudah keras tidak lagi sensitive atau merasa terancam dengan program kemaksiatan. Sebab itu Tuhan datangkan gempa bumi dan tsunami untuk melembutkan hati manusia. Kerosakan berlaku pada segenap sudut kehidupan manusia, aqidah ibadah akhlak, di tahap yang amat kronik.

 

Sudah sampai masanya bagi Allah mendatangkan pemimpin penyelamat untuk umat manusia diakhir zaman ini. Umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah mendapat khabar gembira tentang kedatangan Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim. Mereka adalah tokoh kepimpinan umat Islam di alaf ini yang bertaraf Mujaddid, Mujtahid, ulama ul amilin, warisatul anbiya’, Rasul lil rasul . Dalam pandangan sufi mereka adalah mursyid, sohibuzzaman, wali Allah, sultanul auliya'.

Tuhan menjadikan setiap sesuatu ada pasangannya, ada gandingannya, ada saingannya. Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim dibekalkan dengan karamah dan bantuan ghaib untuk berhadapan dengan pihak Dajjal dan konco-konconya yang mengusai sihir dan diberi istidraj. Hakikatnya Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim sudahpun berperanan. Kedua dua pihak yang berlawanan ini sebenarnya amat mengenali antara satu sama lain.

tegak kembali panji-panji tauhid
Sudah banyak kajian ahli pemikir yang mengandaikan “kemunculan” Putera Bani Tamim adalah dari Nusantara. Kepimpinan mereka akan mengembalikan kegemilangan dan kesatuan alam Melayu, bani Jawi, kaum Mala. Ertinya mereka ada dikalangan kita. Malangnya kita tidak dapat mengenali mereka dengan mudah kerana minda kita sudah dikawal (mind control).

Semua jalan-jalan untuk umat Islam berhubung dengan mereka sudah ditutup, disekat, dikelirukan, dinafikan. Cara hidup dan berfikir tajaan NWO sudah sebati dalam diri kita hatta dalam mempelajari dan memahami ilmu Islam itu sendiri pun adalah dalam ruang lingkup yang telah disusun, dikawal dan dirancang oleh mereka.


Laut Galilee/Tasik TIBERIAS / Kinneret/Gennesaret/Tabariyyah
semakin hari semakin susut.. tiada jalan keluar untuk baikinya 

penanda aras kemunculan dajjal 
Illuminati merahsiakan kewujudan perhubungan antara mereka dengan iblis sejak sekian lama malah menanamkan kepercayaan kepada umat manusia bahawa iblis tidak wujud. Sekaligus supaya manusia tidak mempercayai kewujudan Tuhan, Malaikat, Rasul dan alam ghaib. Mereka menjalankan usaha-usaha merosakkan Agama Tauhid sebelum ini dan menggunakan modus operandi yang sama terhadap Islam. Untuk memahaminya sila kaji intisari Islam Liberal. Ia amat serasi dan seiring dengan Kristian Liberal. Matlamatnya ialah pluralisma bawaan Dajjal Laknatullah.

Illiminati berusaha melemahkan kerohanian Islam
Mereka menyusup masuk ke dalam kalangan penganut Islam dan institusi Agama Islam melakukan usaha mengolah ,mengubah, menyelewengkan dari dalam. Percubaan demi percubaan dibuat oleh kaum Yahudi dengan mengunakan kepakaran yang mereka ada bermula sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi..

Selepas mengalami kekalahan dalam perang salib, Pusat-pusat Orientalis ditubuhkan dan agen-agennya dihantar ke seluruh dunia dengan menyamar menjadi ulama (Wahhabi dan Islam Liberal adalah konco mereka). Mereka tidak boleh mengubah Al Quran tetapi mereka menterjemahkan kitab kitab muktabar, mengubah keasliannya, memadamkan juzuk-juzuk tertentu agar umat islam tidak tahu “rahsia kekuatan mereka”.

Illuminati merahsiakan kekuatan
Antaranya, sebahagian besar umat Islam pada hari ini sudah tidak boleh menerima malah tidak percaya bahawa, bagi mereka yang bertaqwa boleh berhubung dengan alam ghaib yakni dengan rohani Rasulullah - Nur Muhammad SAW dan para sahabat serta rijalullghaib dan juga mendapat pimpinan dari rohani baginda SAW. Ada yang menolak terus kewujudan "Nur Muhammad". Padahal dari sinilah bermulanya pengajian Tauhid dan jati diri. Golongan Wahhabi dan Liberal menjadi dalang kepada penghapusan kepercayaan ini.

Suatu ketika dulu kita pernah disajikan dengan kisah- kisah bantuan ghaib kepada pejuang mujahiddin yang taat dalam menjaga urusan Allah sewaktu melawan Komunis Russia (USSR). Banyak lagi kisah-kisah seumpama itu yang (sangat) memberi kesan dan meniupkan semangat dan harapan kepada umat Islam. Ini adalah pembelaan secara langsung dari Tuhan.

Mujahideen Afghanistan
Memandangkan gerakan musuh tidak pernah berhenti mencari dan mengesan Imam Mahdi, sudah tentu beliau akan diselamatkan. Mustahil buat waktu terdekat dia akan menonjolkan diri kepada umum. Belum tiba masanya. Meewakilkan kepada Putera Bani Tamim untuk membuat segala persiapan awal. 

“Kumpulan-kumpulan yang memegang bara api” yang berada di sekitar Timur Tengah dan Khurasan akan bergabung dibawah kepimpinan Imam Mahdi. Bara api ini akan menyala dan membakar musuh-musuh manakala cahayanya menerangi seluruh alam.

Cahaya Islam Bergerlapan
Selama ini Allah telah mengizinkan segala macam kelebihan (yakni kuasa, pangkat, sihir, harta, kekuatan tentera, ekonomi, teknologi) kepada pasukan Iblis, Syaitan, Dajjal, Iluminati, Yahudi, Freemason dan konco-konconya. Melalui kelebihan ini, mereka bermaharajalela, membuat kezaliman, mencatur dunia sekehendaknya, menurut hawa nafsu sepuas puasnya. 

Sekarang ini dia sedang menagajak kita semua menjadi ahli kumpulan mereka dengan mencintai hawa nafsu. Alam kegelapan mutlak.

Semua ini hanya untuk menguji keimanan hamba-hambaNya yang tulus ikhlas. Tuhan menguji manusia mengikut tahap keimanan masing-masing, Maha Suci Allah dari bersifat zalim. Manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri. Walaupun sudah diberi peringatan, adakah manusia akan kembali kepada Allah? "La Ilaha Illa Anta SubhanaKa Inni Kuntu Minaz Zalimin". Zikir Nabi Allah Yunus as semasa hidup dalam kegelapan setelah ditelan ikan nun. Bagaimana dengan kita yang juga hidup dalam kegelapan (sebenarnya) setelah dikuasai oleh penguasa kegelapan (Iblis, Syaitan dan Dajjal)?

Zikir di atas menjadi pedoman untuk kita keluar dari alam kegelapan ini. Keluar dari realiti syaitan dan masuk ke wilayah realiti mutlak sang Pencipta. 

Antara Kumpulan Rahsia Dajjal


Tidak lama lagi pasukan (Dajjal) ini akan bertemu dengan “lawannya’ yang dikirim terus oleh Tuhan. “Lawan” yang bakal menjadi pennyelamat seluruh umat manusia supaya dapat kembali kepada Tuhan yang Esa. 

Pasukan Rasululah SAW diterajui oleh Imam Mahdi, Nabi Isa a.s, Putera Bani Tamim dan para wali Allah. Perang besar WW3 akan meletus di akhir zaman sebelum penutup kisah dunia ini. menuju Mahsyar dan Hari Pengadilan. Semoga kita terpilih dan tergolong dalam pasukan Allah ini. Insya Allah.

Berhati-hati, Dajjal dan talibarutnya akan cuba sedaya upaya menghapuskan keyakinan umat Islam tentang kebangkitan akhir zaman dan kehadiran Imam Mahadi. Kita akan dikelirukan dengan berbagai versi Mahadi palsu, sehingga kita semua akan menolak kehadiran Mahadi sebenar jika ia muncul kelak. Disamping usaha menghapuskan hadis dan tafsiran mengenai baginda penyelamat ini. Pemikiran jenerasi baru selepas jenerasi sekarang akan dirosakkan. Tidak lagi akan memperdulikan Imam Mahadi, kecuali sebahagian kecil yang tidak dapat didustai.

Berhati-hatilah dengan Islam Liberal yang dibina khusus untuk tujuan ini disamping mengangkat Yahudi (Dajjal) sebagai tuan.

Kredit untuk PENULIS ASAL - pengunjung blog ini


Sebelum berita baik yang dinantikan benar-benar terjadi iaitu kemunculan Pemuda Bani Tamim dan alMahdi, kita akan dihunjam ke dalam api malapetaka buatan manusia. Iaitu huru hara dan kemusnahan yang bakal memuncakkan lagi kekeliruan. Sehingga kita tidak pasti lagi sama ada kita berada di landasan benar atau salah. Hasilnya kita tidak mampu lari dari kehidupan yang menyakitkan.


Terlebih malang ada diantara bencana ini adalah terhasil dari tindakan kita sendiri yang telah terhasut dengan "kegelapan" ciptaan Dajjal. Kita sering laungkan dan ungkapkan bahawa inilah dia "realiti" padahal ia cuma bayangan berbentuk halusinasi yang diubah. Kita telah kehilangan dan terlepas dari memahami "realiti" sebenar.


Tanda-tanda akan berlakunya kekacauan telah semakin nyata. Itulah sebenarnya yang dinamakan era pembersihan. Memisahkan antara munafikin dan mukmin sejati.


Pilihan di tangan anda.



0 comments: