Posted by Unknown | 0 comments

Perbincangan antara Imam Ahmad dan Syafie

Di dalam “Thobaqaat Syafie”, Imam as-Subki menceritakan kisah perbincangan antara imam Ahmad dan imam Syafie tentang orang yang meninggalkan solat.

Imam Syafie: wahai ahmad, adakah kamu menganggap bahawa orang yang meniggalkan solat adalah kafir?

imam Ahmad: ya

Imam Syafie lagi: jika mereka kafir, bagaimanakah cara untuk mereka menjadi muslim kembali?

Imam Ahmad: ucaplah kalimah syahadah

Imam Syafie: kalimah ini adalah kalimah yang sentiasa mereka ucapkan sehingga mereka tidak pernah meninggalkannya.

Imam Ahmad:jika begitu dirilah solat

Imam Syafie: bagaimana mereka hendak menunaikan solat, sedangkan menurut kamu mereka telah kafir. Solat orang kafir tidak sah.

Imam Ahmad mendiamkan dirinya.

sumber dari freewebs.com/sinarislam

0 comments: