Posted by Unknown | 0 comments

[GEMPAR] Kewujudan Makhluk Bersayap Sebelum Jin & Manusia di Bumi?

Siapakah Al-Hin?

Baru-baru ini saya terbaca dalam 1 forum berkenaan dengan dialog seorang Ustaz dengan 1 makhluk yg tidak dapat dikenali dan di'scan' olehnya. Makhluk ini dipercayai hidup terlebih dahulu dari jin dan manusia. Dikhabarkan mereka ini wujud sekitar 4 juta tahun dahulu. Wallahua'lam. Persoalannya, siapakah mereka yang sebenarnya?


Ikuti dialog diantara Ustaz dengan Al-Hin ini.

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di Pusat Rawatan. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di Pusat Rawatan. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"

Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "

Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".

Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"

Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."

Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"

Pesakit: "Agama Monoteisme"

Saya: "Agama apa tu..?"

Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"

*Terkena jugak aku.

Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"

Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."

Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."

Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."

Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"

Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."

Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"

Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."

Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"

Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."

Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"

Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"

Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"

Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."

Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'

Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"

Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."

Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"

Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."

Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."

Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"

Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"

Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"

Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"

Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"

Saya: "A'ah...kenapa?"

Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."

Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."

Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."

Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"

Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."

Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."

Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."

Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"

Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"

Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."

Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"

Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu.

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..
Mungkinkah "angel" yg diimaginasikan oleh orang-orang barat adalah Al-Hin?

Seorang novelis iaitu Ramlee Awang Mursyid pernah menulis dalam sebuah novelnya iaitu "Trilogi Cinta Sang Ratu" tentang golongan Poppy ini. Adakah beliau pernah bertemu atau berinteraksi dengan Al-Hin?

Sehingga sekarang saya masih memikirkan tentang Al-Hin ini? Adakah mereka ini benar-benar wujud?

Artikel Tambahan--->

Apakah Itu Bangsa Polip? Adakah anda tahu berkenaan bangsa Al-Hin yang dikatakan wujud jutaan tahun sebelum kewujudan manusia? Jika ya, Bangsa Polip juga adalah sedemikian. Bangsa ini juga telah dikatakan muncul jutaan tahun sebelum bangsa manusia wujud di muka Bumi Allah ini. Bangsa Polip juga sama sebagaimana bangsa Al-Hin iaitu mereka bukanlah daripada kalangan bangsa jin, malaikat apatah lagi manusia. Mereka adalah suatu makhluk ciptaan Allah yang lain sebelum manusia di tempatkan di muka Bumi ini sebagai Khalifah.

Dikatakan rupa jasad Bangsa Polip adalah sama sepertimana manusia namun mereka mempunyai ciri khas di belakang badan mereka iaitu sepasang sayap untuk mereka berterbangan. Istilah zaman sekarang manusia bersayap disebut sebagai Pari-Pari. Namun ada juga yang berkata bahawa Bangsa Polip bersayap dan berkaki banyak namun bertubuh manusia. Perbezaannya hanyalah pada kewujudan sayap di belakang badan dan kakinya yang banyak berbanding manusia. Wallahualam.


Malahan terdapat pendapat mengatakan bahawa Bangsa Polip ini diciptakan terlebih dahulu daripada bangsa jin. Merekalah Khalifah di muka Bumi sebelum bangsa mereka dihapuskan akibat kemaksiatan mereka pada Allah. Namun demikian, terdapat pula hujah yang bertentangan yang berpendapat bahawa Bangsa Polip ini telah musnah akibat peperangan mereka dengan bangsa manusia. Dalam erti kata lain bangsa manusia dan bangsa polip pernah berinteraksi antara satu sama lain. Wallahualam.

Daripada sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim. Antara 10 perkara di bawah, mana satu daripadanya boleh datang terlebih dahulu atau kemudian. Maknanya tanda² kiamat ini tidaklah datang menuruti turutan.

Daripada Abu Tufail bin Usaid Al-Ghiffari, beliau berkata; "Telah datang Rasulullah S.A.W sewaktu kami tengah sibuk membincangkan masalah hari kiamat.

Baginda berkata; "Apa yang sedang kamu bincangkan ini?"

Kami menjawab; "Kami tengah membincangkan hari kiamat."

Baginda berkata; "Oh, kiamat itu belum terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda."

1. Datang asap yang membuatkan kabut seluruh dunia.
2. Datang Dajjal.
3. Keluar binatang.
4. Matahari terbit dari tempat terbenamnya.
5. turun Al-Masih Isa bin Maryam
6. Keluar Yakjuj dan Makjuj.
7. terjadi gerhana di tiga tempat iaitu di sebelah timur.
8. gerhana di belahan bumi sebelah barat.
9. gerhana di jazirah Arab.
10. Keluar api dari bawah tanah Eden yang akan menghalau manusia ke tempat perkumpulan mereka.
[Riwayat Muslim]

Kita fokuskan sahaja salah satu daripada tanda² kiamat itu seperti yang di bawah ini:

KELUARNYA BINATANG MELATA DARI BUMI
"Dan apabila perkataan telah jatuh ke atas mereka, Kami keluarkan binatang sejenis melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami." [Al Naml;82-]

Daripada Abdullah bin Amr,bahawa Rasulullah bersabda; "Sesungguhnya tanda yang mula-mula muncul adalah matahari terbit dari barat dan keluar binatang kepada manusia pada waktu Dhuha. Yang mana sahaja pun yang terlebih dahulu muncul di antara keduanya, yang satu lagi akan segera menyusul."

Ketika keluarnya binatang itu nanti, dia akan bercakap dengan manusia.

Al Suddi berkata; "Binatang itu nanti akan bercakap kepada seluruh manusia menerangkan bahawa agama-agama selain Islam tidak benar dan tidak diterima Allah. Ada yang mengatakan binatang itu akan bercakap kepada manusia menerangkan jahatnya kelakuan mereka. Ata' Al Khurasaniy berkata; "Binatang itu akan mengatakan pada manusia dengan kata2; "Sesungguhnya manusia tidak percaya bahawa kami akan didatangi menjelang terjadinya kiamat."

Al-Qurthubi berkata; "Binatang itu akan berkata, "Dahulu orang tidak percaya dengan kedatangan kami." Ada banyak riwayat tentang sifat dan ciri binatang itu. Ada yg mengatakan panjangnya 60 hasta. Ibnu Juraij berkata; "Binatang itu kepalanya seperti lembu, matanya seperti khinzir, telinganya seperti gajah, tanduknya seperti tanduk rusa, leher seperti burung unta, dadanya seperti dada singa, warna seperti harimau, rusuknya seperti kucing, ekor seperti kibas dan tinggi seperti unta."

Apapun, cerita² itu tidak mudah diterima akal. Saya juga menyarankan agar tidak terlalu mempercayainya kerana tidak dijumpai dalam hadis mutawatir mengenai ciri² haiwan melata yang seperti itu.

Membaca perkara ini membuatkan saya teringat akan satu kajian daripada penulis Mesir iaitu Muhammad Isa Dawud mengenai 'Penghuni Bumi Sebelum Manusia'. Mereka mengatakan bahawa Allah S.W.T menciptakan 18 umat yang berbeza-beza di muka bumi ini sebelum Adam A.S. Di antara mereka ada yang memiliki sayap dan suaranya gemerincing. Ada yang memanggil mereka bangsa Polip. Ada yg bertubuh seperti singa dan berkepala seperti burung, memiliki rambut dan ekor serta suaranya bergema. Ada yang memiliki dua wajah dan memiliki banyak kaki. Ada yang memiliki tangan dan kaki seperti manusia dan suara jeritan mereka seperti bangau. Dikatakan bahawa umat-umat ini melahirkan keturunan sehingga menjadi 120 umat. Apapun kita sendiri tidak tahu setakat manakah kebenarannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan makhluk yang lebih utama, lebih baik dan indah iaitu manusia sehingga diarahkan golongan malaikat dan iblis tunduk kepadanya. Wallahualam..

Dalam Al-Quran hanya menerangkan ciri² binatang yang keluar itu nanti tahu berkata² dengan manusia. Selebih itu, semuanya merupakan Amrun Ghaibiah (perkara ghaib).

Maka apakah maksud binatang melata yang akan keluar pada akhir zaman ini nanti merupakan bangsa² makhluk berakal yang pernah Allah ciptakan sebelum kejadian manusia diciptakan di muka Bumi seperti Bangsa Al-Hin dan Bangsa Polip?


Namun yang demikian sesungguhnya masih belum ada bukti kukuh yang mampu menunjukkan bahawa kebenaran kewujudan makhluk² yang kita bincangkan ini. Apakah mereka benar² wujud atau hanya sebuah lagi mitos yang diciptakan untuk tujuan tertentu. Apatah lagi hadis di atas menyebutkan bahawa makhluk yang mampu berkata² dengan manusia itu kelak adalah binatang. Maka amat sukar untuk ditentukan kewujudan makhluk² ini sepertimana yang sedang kita bincangkan. Sesungguhnya berpegang teguhlah pada Alquran dan Hadis Rasulullah untuk keselamatan dunia dan akhirat. Maka ambil ringanlah terhadap perkara yang tidak disebutkan dalam Alquran dan Hadis. Wallahualam.

0 comments: