Posted by
Unknown
|
0
comments
Datuk Bandar Yahudi Samakan Azan dengan Suara Babi
Julia Shtraim |
Datuk Bandar Haifa, Julia Shtraim menyeru larangan azan di kota Haifa. Semasa pertemuan yang diadakan oleh dewan bandar Haifa, Timbalan Datuk Bandar Israel itu menyeru larangan Azan di masjid-masjid di seluruh bandar.
Dia mendakwa bahawa jumlah babi hutan meningkat di bandar mereka dan tidak ada keperluan untuk "suara tambahan" merujuk pada panggilan azan.
Timbalan Datuk Bandar kedua Haifa Suhail Assad, menganggap kenyataan Shtraim itu rasis dan bodoh. Dia menuntut permintaan maaf dari Julia atas kenyataan tersebut.
Dia menekankan Azan dan loceng gereja telah menjadi sebahagian dari bandar Haifa selama berabad-abad lalu.
Wakil perikatan demokratik kebangsaan Jamal Khamis meminta Datuk Bandar tempatan untuk mengecam kenyataan rasis itu dan memecat Shtraim dari kedudukannya.
Gerakan Islam di Haifa berkata, kenyataan ini datang sebagai sebahagian dari perang Israel terhadap Islam dan sebagai langkah awal untuk rampasan pembesar suara masjid.
Gerakan Islam menekankan bahawa azan akan terus dikumandangkan di masjid walaupun Israel membisukannya.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
0 comments: