Posted by
Unknown
|
0
comments
Hukuman Bagi Seorang yang Murtad
Umat Islam, dalam bentuk apa pun dilarang memaksa orang bukan Muslim untuk memeluk Islam. Hal ini sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 256: "Tidak ada paksaan untuk memasuki agama Islam. Sungguh telah jelas jalan kebenaran dari jalan kesesatan."
Bersandar pada ayat tersebut, jelas bahawa jika ada orang bukan Muslim yang ingin masuk Islam, sesungguhnya dia telah mendapat hidayah. Umat Islam akan dengan senang hati menerima mereka dan menjadikan mereka saudara. Namun sebaliknya, jika ada seorang Muslim yang ingin keluar dari Islam, sebenarnya dia sedang tersesat dari jalan yang benar setelah sebelumnya dia mendapat hidayah.
Allah swt berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 217: "Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."
Hukuman apa yang harus diberikan kepada seorang yang murtad? Tentang hal ini, ulama bersepakat, sebagaimana diungkapkan oleh Wahbah az-Zuhaili, bahawa lelaki yang murtad hukumannya adalah dibunuh dengan syarat dia baligh, berakal dan tidak dalam keadaan dipaksa. Bagi perempuan yang murtad pun hukumannya adalah dibunuh menurut majoriti fuqaha kecuali kalangan Hanafiyah. Sungguh hukuman yang sangat keras.
Mengapa seorang yang murtad begitu keras hukumannya? Hal ini dilakukan untuk menjaga kemuliaan Islam dan kaum muslimin dan sekaligus menjaga akidah umat Islam dari keraguan yang akan disebarkan murtad jika mereka bebas berkeliaran di tengah-tengah umat Islam. Hukuman ini akan menjaga keutuhan jamaah kaum muslimin dari perpecahan dan menjaga mereka dari berbagai kerosakan.
*Diterjemahkan dan disusun oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
0 comments: