Posted by Unknown | 0 comments

Dr Asri Mengulas Tentang Aduka Taruna

Tiba-tiba nama Aduka Taruna menjadi masyhur disebabkan penghinaannya kepada Sultan Iskandar, Sultan Johor yang sudah meninggal dunia. Siapa Aduka Taruna sebenarnya, tidaklah saya ketahui.

Semakin gempar nampaknya apabila Dr Asri mendedahkan tentang isi kandungan blog yang pernah ditulis oleh Aduka Taruna tentang isteri Nabi SAW. Kandungannya teramat hina lagi dina. Untuk gambaran yang lebih jelas klik link ini : http://drmaza.com/home/?p=994

Siapakah yang lebih utama seorang sultan atau seorang nabi. Memang kedua-dua individu tersebut perlu dihormati oleh semua umat islam. Namun terdapat satu kejelikan di sini apabila isu berkenaan Sultan Johor mendapat bantahan yang amat meluas daripada NGO dan sesetengah parti politik khususnya sehingga menjurus kepada penangkapan beliau.

Kenapa ketika artikel tentang tentang penghinaan terhadap isteri nabi SAW dikeluarkan tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap beliau. Saya bersangka baik, mungkin tiada maklumat yang jelas dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Namun, isu ini harus diambil pengajaran oleh semua rakyat di Malaysia khususnya masyarakat melayu islam supaya lebih peka terhadap apa sahaja isu yang timbul yang membabitkan agama islam dan bangsa melayu. Isteri nabi SAW perlu dihormati begitu juga raja-raja di Malaysia kerana tanpa raja-raja,agama Islam tidak akan dilindungi dan dijamin hak keistimewaannya di Malaysia.

Wallahualam.

0 comments: